"Tapi,lebih baik kamu semua jauhkan diri dari saya",kata Mimi.
Air matanya dah berhenti mengalir.
"Eh?Kenapa pula?",kata Risa.
"Sebab.....Spirits of Elementals?",soal Asyi.Mimi mengeleng.
"Semua ahli organisasi ni bencikan saya.Mereka juga takut dengan sayaTapi.....Halilintar yang paling bencikan saya",kata Mimi.Wajahnya jadi sedih.
"Tapi kenapa mereka benci kau,Mimi?",soal Zara.
"....sebab sesuatu yang teruk telah berlaku 3 tahun lepas disebabkan saya",kata Mimi.
"3 tahun lepas?"
Mimi mendiamkan diri.
"Oh ya.Pihak atasan berikan kamu bertujuh misi",kata Mimi sambil tersenyum manis.
"Misi?!",kata tujuh gadis itu dengan gembira.Mimi mengangguk.
"Ya,misi.Misi kamu adalah selamatkan keluarga diraja kerajaan Einhart",kata Mimi.
"Siapa lagi yang sertai misi tersebut?",tanya Crystal.
"Hanya kamu bertujuh sahaja.Pihak atasan cadangkan kamu semua untuk lihat kemajuan kamu semua",balas Mimi.
"Lagipun misi sebelum ni kamu semua tak sempat nak buat apa langsung disebabkan Cerberus kalahkan semua raksasa,kan?"
Mimi mengeluarkan candy apple dari poketnya dan memasukkannya dalam mulut selepas tanggalkan pembalut.
"Apa benda tu?",soal Mel.
"Eh?Ini candy apple.Epal yang disalut dengan gula-gula cair(?).Kamu semua tak pernah makan ke?",kata Mimi.
Tujuh gadis itu menggeleng.
"Oh.Betul juga.Lagipun sebelum ni kamu semua keluarga diraja.Memang takkan jumpa manisan macam ni",kata Mimi.
"Oh ya.Bukankah Cerberus itu anjing berkepala tiga,penjaga pintu neraka yang merupakan haiwan peliharaan Hades,raja dunia bawah tanah?",soal Crystal.
"Eh?Mana kakak Crystal tahu?",soal Mel.
"Kakak terjumpa buku legenda atau lebih kurang begitu tentang di Greek.Buku tu kakak jumpa diperpustakaan istana yang lama",balas Crystal.
"Erm,betul.Cerberus adalah anjing berkepala tiga",kata Mimi.
"Jadi,kenapa ada 9 orang yang dipanggil Cerberus?",tanya Alina.
"Mia,Qistina,Nuriah,Cerberus Magik.Mereka dipanggil Cerberus Magik kerana mereka handal menggunakan magik.Sha,Ayumu dan Akram,Cerberus Bersenjata.Kerana mereka handal berlawan menggunakan senjata.Shafiq,Fatini,Nuraiza,Cerberus Scineta.Kerana kebolehan mereka memerlukan pengetahuan sains untuk menggunakannya sebaik mungkin",terang Mimi.Tujuh gadis itu mengangguk dan Zara perasan sesuatu.
"Nanti Mimi.Kau tak dipanggil Cerberus ke?",soal Zara.Mimi menggeleng.
"Saya tak dipanggil sebagai Cerberus kerana kuasa saya melebihi semua Cerberus",kata Mimi.
"Kak Mimi!"
Seorang kanak-kanak perempuan yang memakai jaket berhud telinga arnab berlari ke arah mereka.Rambutnya diikat dua ke bawah. Mimi tersenyum dan merendahkan lututnya ke lantai.
Kanak-kanak tersebut berlari ke Mimi dan Mimi menyambutnya.
"Misa?",kata Alina.
"Ya?",tanya Misa dengan dengan senyuman yang comel.
'SANGAT COMEL,SANGAT COMEL!',kata tujuh gadis dalam hati mereka.
"Mana ibu?Takkan Misa seorang diri",tanya Mimi pada Misa.Mimi berdiri dan kemudiannya mendukung Mimi.
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...