😈25😈

18.5K 762 16
                                    

"Intan, minta maaf jika sepanjang jadi isteri bie, Intan ada buat salah atau silap sehingga bie terasa dan kecil hati. Assalammualaikum." Aku cuba menyalami tangan dia tapi ditepis. Perlahan-lahan aku membawa diri sambil menarik bagasi. Dalam hati berharap dia akan tarik aku masuk ke dalam dakapan dia dan mengatakan semua ni cuma mimpi dan salah faham. Tapi, aku tahu semua itu tak akan terjadi. 

"Kau tak nak beritahu perkara yang sebenar ke, Intan?" Tanya Ferhad sebaik sahaja aku masuk ke dalam keretanya.

"Jom balik. Pandai-pandailah aku jelaskan dekat abah dengan ummi."

"Tapi."

"Ferhad, dah sampai kejut aku." Terus aku menutup mata memeluk Mr. Elly, patung gajah yang diberikan oleh Danny.

 Elly, patung gajah yang diberikan oleh Danny

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa minggu sebelum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa minggu sebelum

Aku bergegas naik ke bilik hotel apabila mendapat panggilan daripada Danny yang mengatakan suhu badan dia panas. Kad akses yang aku minta di kaunter lobi aku gunakan untuk masuk ke dalam bilik kami. Tapi, tiada sesiapa pun berada di dalam bilik. Memang sebelum aku keluar tadi, Danny mengadu badannya lemah dan lenguh. Tapi, aku menyangka ia mungkin dari semalam waktu dia mandi pantai tidak ingat dunia. 

"Bie." 

"Bieeee."

Aku mengeluarkan telefon mendail nombor dia, tetapi semua masuk dalam peti suara. Sudah aku geledah bilik ini mencari dia tapi tidak ditemui. Tiba-tiba, bunyi ketukan dari luar balkoni. Langsir diselak, terkejut aku apabila melihat dia berdiri di luar balkoni sambil tersenyum. "Ish, bie!"

"Sorry. Meh sini, kita breakfast."

"Special breakfast?"

"Kind of. Disebabkan bie tak boleh pinjam dapur hotel ni, so bie just boleh order apa yang bie rasa sedap."

"Thanks, bie." Aku memeluk tubuh dia yang hanya bersarung seluar pendek. Tahulah body lawa. Nasib baik balkoni ni tinggi dan berada di tingkat atas sekali, so tiadalah mata-mata perempuan atau lelaki melihat tubuh ketul-ketul suami aku. 

"Most welcome, baby girl. Meh, duduk atas peha bie." Aku apalagi, bagai pucuk dicita ulam mendatang terus duduk di peha dia.

"Orang tak berat ke, bie?"

"Pendek, chubby tapi bie larat lagi nak tampung." Aku lihat ada satu patung gajah diletakkan di kerusi lagi satu.

"Siapa punya tu bie?"

"Apa?"

"Elephant tu?"

"Berkenan ke?"

"Gila tak berkenan, comel."

"It's yours."

"Seriouslah?"

"Yes, baby girl."

"Thank you. Thank you so much, bie." Pipinya aku kucup.

"Aik, tak akan pipi je?"

"Habis tu?"

"Ni?" Jarinya dibibir dia.

Terus aku mendarat laju bibirku di bibirnya. 

"Merahnya muka orang tu."

"Bie..." Meleret aku memanggil.

"Ok, tak. Makan ni, nanti petang nak balik dah."

"Sekejap sangat kita dekat sini." Kata aku.

"Tak puas lagi ke?"

"Tak, tapi Intan akan puas kalau stay dekat satu tempat ni selama-lamanya."

"Dekat mana?" Tanya dia.

"Dekat hati bie."

"Sejak bila pandai bermanis bibir ni?"

"Since you taste the sweetest of my lips."

"Hahahaha. Pikat line pinjam dekat siapa ni?"

"Mana ada pinjam. Orang create sendiri tau untuk bie seorang."

"Ok, my baby girl."

New episode utk korang. Berikan sbnyak mna komen korang utk teka konflik apa yg trjadi between this couple. Jelesnya baca novel sendiri the sweet scene pdahal tak ada lansung pengalaman. Nak kahwinnnnnnn, please my future husband yang masih tidak memunculkan diri tu, masuk minang. Hahahaha. Readers, jangan lupa vote dan komen. Sayang korang.... Love you guys so much. Selamat bercuti semua. 

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now