Akhirnya hujung minggu yang diidam-idamkan pelajar kunjung tiba. Intan mengulit tubuhnya di dalam selimut. Dia yang tidak boleh solat kerana ABC (Allah bagi cuti) membuatkan dia lebih enak bermalasan diatas katil. Telefonnya yang berbunyi pagi itu membuatkan dia mendengus geram kerana tidak suka diganggu.
"Aku pick-up kau lagi 1 jam. Pastikan kau dah siap. Kalau tak, aku sendiri yang mandikan dan pakaikan kau baju." Kata suara itu dicorong telefon. Belum sempat aku menjawab apa-apa, panggilan itu dimatikan.
"Siapa call kau pagi-pagi ni?" Tanya Iman yang sedang duduk dihadapan cermin solek.
"Malaun mana entah. Dah ah, malas nak layan. Tidur lagi bagus." Earphone dicucukkan ditelinga dan volume dinaikkan.
Iman yang melihat adiknya hanya menggeleng kepala. Kalau waktu tengah mood bendera Jepun memang Intan susah nak bangun. Tapi, kalau tidak cuti pastinya gadis itu sekarang sudah ada dibawah menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga. Jadi, denga ini Iman sendiri menawarkan diri untuk menggantikan tempat adiknya.
"Morning ibu." Kucupan diberikan pada pipi Datin Sri Paduka Xendra Aira.
"Assalammualaikum nya mana, sayang?" Aira menegur.
"Sorry, ibu. Assalammualaikum." Iman membetulkan ayatnya semula.
"Waalaikumussalam, anak ibu. Hah, mana lagi seorang?"
"Bendera Jepun, ibu."
Aira sudah faham anak bongsunya itu. Tangannya ligat menyediakan sarapan sambil dibantu oleh Iman. Beberapa minit selepas itu, Rayqal serta Amiruddun dan Amirulla turut turun duduk di ruang makan menunggu sarapan. Baru sahaja keluarga itu ingin duduk menikmati sarapan mereka, kedengaran seseorang bagi salam dari luar.
"Assalammualaikum..."
"Amiruddin cuba tengokkan siapa yang bagi salam pagi-pagi ni?" Arah Rayqal kepada anak terunanya.
Amiruddin bingkas bangun menuju ke pintu utama, lantas dibuka. Sekujur tubuh Danny sedang berdiri tegak dihadapan rumah mereka. "Eh, bro."
"Siapa tu Amiruddin? Jemput kawan kamu tu masuk." Amiruddun yang mendengar arahan ayahnya terus mengajak Danny masuk ke dalam rumah. Mereka berjalan ke ruang tamu.
"Familiar nya muka." Kata Aira apabila melihat wajah teman anaknya.
"Anak uncle Qorisy, Danny."
"Patutlah pun. Danny ingat lagi aunty?"
"Ingat-ingat lupa, aunty." Kata Danny jujur.
"Tak apalah. Meh jemput duduk, sarapan dengan kami." Kata Rayqal.
Danny senang dengan layanan keluarga Intan yang menerima dia secara terbuka. Matanya mencari-cari kelibat Intan tapi tiada. "Kenapa kamu tak ajak daddy kanu datang sekali?" Tanya Rayqal mencipta perbualan.
"Daddy ada hal. Saya datang sini pun sebab ada hajat."
Aira yang sedap menambahkan nasi ke pinggan suaminya terhenti. Hajat apa pula yang anak muda ni datang bawa ke rumah dia.
"Saya ingat nak minta izin aunty dengan uncle untuk saya bawa Intan keluar." Tarik nafas lega Aira. Ingatkan anak gadisnya itu akan dilamar.
"Intan? Dia masih tidur dekat atas." Jawab jujur Rayyan memberitahu keberadaan anak bongsu nya.
"Tapi, kenapa Intan sahaja? Kenapa tidak ajak abang dan kakaknya yang lain?" Tanya pula Aira.
"Jujur saya cakap, saya berkenan dengan anak aunty tu. Kira saya nak bawa dia datinglah." Danny tidak menapis lansung jawapannya.
"Berani. Uncle suka. Bawalah tapi pastikan Intan sampai rumah sebelum pukul 10 malam. One more thing, setiap kali korang berpindah tempat, Intan kena inform dekat uncle. Faham?"
Danny mengangguk faham apa yang diminta dan disampaikan ayah Intan. "Iman, kejutkan adik kamu tu. Suruh dia siap. Kesial pula Danny ni tunggu lama."
Iman memanjat tangga menuju ke bilik dia dan Intan. "Hah, Danny sementara tu, kamu makanlah nasi lemak ni. Air tangan isteri uncle ni memang terbaik. Tak dapat cari dekat luar." Tambah Rayqal.
"Intan... Adik... Bangun." Iman menggoncang tubuh adiknya.
"Umm. Janganlah kacau aku tidur, kak." Aku menepis-nepis tangan kak Iman supaya tidak menganggu tidurku.
"Danny ada dekat bawah."
"Kau ingat dengan sebut nama lelaki tu, aku akan bangun ke." Aku menjawab.
"Kau tak percaya, kau pergi tengok sendiri dekat bawah."
'Ish, tak akanlah mamat tu serius call aku. Rasanya mimpi je tadi. Tak akanlah dia berani nak jumpa ibu dengan ayah.' Bisik hatiku.
Terkejut Iman apabila adiknya menerpa keluar daripada bungkusan selimut itu. Kus semangat. "Dah, pergi siap."
Aku keluar dari bilik sambil tangan ligat menyarung tudung dikepala. Hoodie yang dipakai dizipkan sampai atas menutup auratku yang hanya memakai singlet. Sampai sahaja diruang makan, mata ibu dan ayah memandang aku.
"Morning, sunshine."
"Assalammualaikum, ayah." Aira menahan gelak apabila muka suaminya kelat kerana diperli oleh anak bongsunya itu.
"Ni kenapa tak mandi dan siap lagi? Kesian si Danny ni tunggu lama." Aku memandang kearah ayah.
"Ayah bagi Intan keluar dengan lelaki ni?"
Rayqal memandang anak bongsunya dan mengangguk. "Tapi, Intan tak nak keluar dengan dia. Intan nak tidur."
"Intan, tak baik buat macam tu. Keluarlah sekejap. Jaga hati Danny yang jauh memandu datang ke sini semata nak jumpa anak dara comel ayah."
"Siapa suruh dia drive jauh-jauh. Hari ni cuti sekolah, rehatlah dekat rumah." Aku hanya membuat endah sahaja apabila ibu mengarahkan aku untuk minta maaf.
"Sekejap ya, uncle aunty. Danny nak cakap berdua dengan Intan." Danny bangun menuju ke ruang tamu. Intan mengikut sahaja langkah Danny. Manakala, Iman duduk semula di ruang makan ingin menyambung menikmati sarapannya yang tergendala tadi.
"Keluar dengan aku." Danny dah mengeluarkan aura mafianya.
"Tak nak." Aku berdegil.
"Kau tak nak kan aku bagi gambar ni dekat ayah kau." Danny sudah senyum sinis dengan menunjukkan satu gambar dari iPhonenya.
"Aku siap!" Aku menghentak kaki dan berlalu pergi. Dasar lelaki licik! Geram aku.
Atas prmintaan ramai yg meminati Xavia Intan dan Engku Danish Akhbar, Aisy buat keputusan untuk menghasilkan karya khas yang berkisarkan mereka berdua. Harap korang sudi membaca dan vote cerita ini. Please komen... Siapa yg excited nk chapter 5... 😉
Love, CKK.
YOU ARE READING
Can I Kill Him ?
RomanceXavia Intan anak bongsu kepada pasangan Dato' Sri Paduka Putera Rayqal dan Datin Sri Paduka Xendra Aira yang masih dalam usia remaja sudah mengetuai kumpula mafia milik bapa angkatnya yang juga merupakan sahabat baik kepada ibunya. Suatu hari dia me...