😈17😈

16.9K 778 23
                                    

Dari satu butik ke satu butik aku masuk mencari baju pengantin yang mengikut citarasa aku. Tapi, malangnya masih tidak ditemui lagi. "Xav, kau ni lambat lagi ke?"

"Ala, sekejaplah bro."

"Sekejap benda kau. Dah nak dekat 1 jam cari baju untuk kau je. Eh, cincin dengan hantaran semua tak cari lagi tau." Ferhad dah membebel tapi kaki masih ikut langkah aku.

"Cincin biarlah dia yang cari. Kenapa aku pula yang kena cari? Hantaran kita pergi GM Klang baru syok nak beli belah."

"Ish kau ni nasib baik adik tau. Kalau tak dah lama aku pelangkung kepala kau tu."

"Thanks abang Ferhad." Mata dah keatas dan tangan pula dibahu. Menyampah bila keluar dengan Ferhad tapi dia ni kawan a.k.a abang susuan aku yang tak pernah lelah layan karenah manja aku.

Ferhad ni tua dua tahun daripada aku. Ummi pernah menyusukan dia sewaktu dekat rumah anak yatim di London dulu. Pernah aku tanya ummi kenapa dan ummi jawab sebab abang Ferhad sudah kehilangan ibu dan ayah. So, apa salahnya ummi mencurahkan rasa kasih seorang ibu kepada abang Ferhad anak yatim piatu yang tidak tahu asal usulnya. End up, abang Ferhad dijadikan anak angkat kepada satu keluarga di negara Arab dan dekat situ terputuslah hubungan antara ummi dan abang Ferhad. Tapi, Allah maha berkuasa atas segalanya jadi Allah dah plan baik ummi terjumpa dengan abang Ferhad sewaktu fly ke Dubai bersama abah. Rupa-rupanya, family angkat abang Ferhad tak pernah merahsiakan tentang ummi yang menyusukan abang Ferhad selama setahun enam bulan.

"Tahulah aku hensem. Tak payah tenung macam tu, orang pandang." kata Ferhad yang segan-segan.

"Pui, acah segan konon. Oh, kau tenung kak Elly macam nak makan boleh pula?"

"Elly tu bakal isteri aku. So, tak salah untuk aku tenung dia."

"Eh, mana boleh. Allah dah sebut dalam al-Quran jaga pandangan. Sekali tengok maybe lah rezeki dan dua kali tengok jatuh zina mata tau."

"Sejak bila ketua mafia ni jadi ustazah ni? Tak kena pada jiwa betul." 

Aku menepuk kuat bahu Ferhad. Tara guna punya abang susuan.

"Ehem. Ehem. Ehem." Siapa pula yang sakit tekak ni? Aku menoleh ke belakang. Danny berdiri tegak sambil memandang aku tajam.

"Seronok berasmaradana dengan lelaki lain dekat public macam ni?"

"Seronok." Aku membuat muka teruja dan memeluk lengan Ferhad kuat.

"Siapa?" Ferhad berbisik ditelinga aku.

Danny yang melihat lelaki entah mana datang munculnya suka mak bapa dia je pergi bisik dekat telinga bakal isteri dia menahan sabar. Ikutkan hati mahu mati kena belasah juga lelaki yang nampak sama umur dengan dia ni.

"Inilah bakal menantu kesayangan Dato' Sri Paduka kita." jawab aku berbisik ditelinga Ferhad. Itu pun aku kena tarik cuping telinga itu ke bawah. Almaklumlah kita ni rendah orangnya.

"Xavia Intan!" Pengunjung pusat membeli belah disitu sudah pandang kearah kami dan berbisik.

"Jangan jeritlah. Public." kata aku.

"Jom ikut aku." Dia menarik tangan aku dengan selambanya. Nasib baik abang Ferhad tak lepas tangan yang lagi sebelah.

Muka aku dah merah menahan malu kerana menjadi perebutan diantara dua lelaki hensem ini. Sekejap badan aku ke kiri, sekejap badan aku ke kanan. "Stop it, both of you."

"Kau balik." Arah aku kepada Danny.

"Kau ikut aku." Tangan Ferhad aku tarik. Masa banyak dah terbuang dekat sini kerana adegan yang memalukan.

"Shit!" Danny menahan geram. "Siaplah kau nanti, Intan." katanya sendiri.

"Intan, balik rumah sekarang!" Abah terus meletakkan panggilan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Intan, balik rumah sekarang!" Abah terus meletakkan panggilan.

"Kenapa?" tanya Ferhad dan aku mengangkat bahu tanda tidak tahu apa-apa.

"Siapa telefon?"

"Abah."

"Abah cakap apa?"

"Balik sekarang."

"Nada?"

"Marah gila. Wey, aku takut. Aku tak buat apa-apa pun hari ni. Hal mafia pun aku tak uruskan dah beberapa minggu ni. Ferhad kau backup aku."

"Kau pasti kau tak buat apa-apa salah?"

"Pasti. Confirm. Sure. Yakin. 100%" Jawab aku dalam nada tegas.

"Chill-chill."

"Abah tak pernah marah aku macam tu tau." Mengadu aku.

Ferhah mengusap lembut kepala adik susuannya yang dibalut tudung. Rasa kasihan dengar nada sayu itu. Walaupun, gadis ini kasar diluar tapi di dalamnya lembut. "Mungkin ada benda yang kau buat tapi kau tak sedar. Tak apalah. Kita bincang baik-baik dengan abah." pujuk Ferhad.

Aku mengalihkan pandangan diluar tingkap memikirkan apa yang telah aku buat sehinggakan suara abah tadi ibarat menengking aku. Sedih.

Nah, entry sis belanja lagi utk korang. So korang kenalah belanja vote dan komen. Nak pergi kelas untuk tgk mmber2 buat presentation, kita kasi supportlah walaupun kita dah habis. Hehehe.Jangan lupe vote dan komen tau. Agak-agak korang apalah yang si Abah ni marah sangat. Sayang, CKK.

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now