😈13😈

17.8K 831 19
                                    

Aku berdiri di depan cermin. "Dah lawa dah adik abang seorang ni." Puji along Amir kepada aku.

"Masuk tu cuba ketuk dan bagi salam."

"Sorry, my bad."

"So, macam mana rasanya nak menempuh alam pekerjaan untuk kali pertama?"

"Gila kau. Cuak siot. Tak pernah-pernah tau pakai macam ni."

"Ok apa. Nampak sisi perempuan adik along seorang ni."

Aku melihat semula tubuhku yang terpantul di cermin. Ya, aku mengaku. Lebih nampak ayu dan perempuan memakai baju kurung kedah dan dipadankan dengan bawal chiffon warna pastel. Macam barbie doll ala muslimah. 

"Pagi ni naik apa pergi kerja?"

"Naik Mr. Ninja lah."

"No way!" along Amir sempat merampas kunci motor besarku.

"Ala...Please along."

"Wey, kau nak rabakkan kain baju kurung ni ke apa?"

"Malaslah drive Miss Rose."

"Semua transport dalam rumah ni kau namakan kan. Mr. Ninja lah, Miss Rose lah, kereta aku Mr. Froggy lah. Macam-macam lagi."

"Bisinglah kau long. Jom turun, nanti ummi mesti bebel."

"Hah, tahu pun. Jom."

Aku dan along beriringan menuruni tangga menuju ke ruang makan. Semua sedang menunggu kami untuk bersarapan. Along Amir duduk disebelah isterinya yang sudah setahun berkahwin. Manakala, angah Amir pun baru sahaja menjejak ke alam perkahwinan beberapa bulan lepas. Kak Iman lagi fast forward kerana habis-habis sahaja SPM, Ridz sekeluarga datang bertandang ke rumah memetik bunga yang satu itu. Alhamdulillah, kakaknya bahagia bersama Ridz dan puteri mereka, Aina Atirah. Riffin dan Arif pula sedang berada di bangku sekolah, darjah 2.

"Lawanya anak abah." Puji Rayqal meletakkan surat khabarnya ditepi.

"Terima kasih, abah." Segan pula aku apabila dipandang semua orang.

"Jom lah makan. Lambat. Angah lapar ni." angah Amir mencelah.

"Ish, awak ni." Jawabnya angah kena makan sepitan ketam oleh kakak iparnya yang tua setahun bernama Syahirrah.

"Padan muka, thanks kak Syira."

Aku duduk di kerusi sebelah isteri along, Aliya. Rasa seronok dikelilingi oleh keluarga yang riuh ini. Tak kering perbualan diantara kami. Jika ada yang habis bercerita yang lain pula sambung menimbulkan satu topik. Aku hanya akan mencelah disaat hendak mengenakan orang sahaja.

Langkah sahaja aku masuk bangunan yang gah berdiri di tengah bandar Kuala Lumpur membuatkan aku gugup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langkah sahaja aku masuk bangunan yang gah berdiri di tengah bandar Kuala Lumpur membuatkan aku gugup. Kata-kata peransang abah, ummi, along, angah dan kak Iman aku putarkan semula di kepala. Rasa menyesal kerana menolak tawaran supaya bekerja sahaja di pejabat abah. Bukan apa, seganlah. Sebab pekerja-pekerja abahnya kenal siapa dia, kasar, ganas dan tidak cukup sifat keperempuanan. Tetapi, yang tak menahan macam mana dia boleh terjebak dalam bidang sains sekretariat yang selalu dibelajar oleh gadis-gadis ayu dan sopan. Jatuh maruah dia sebagai ketua mafia kalau geng-geng mafia lain tahu.

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now