😈28😈

19.8K 699 10
                                    

'Sejak bila pula mamat ni ada dekat dalam bilik? Bukan aku kunci bilik? Macam mana dia masuk? Rasanya kunci spare pun aku dah sorokkan dalam bilik.' Bisik hatiku sambil memandang dia dari pantulan cermin.

"Sejak bila ada morning sickness?" Tanya dia.

"Macam mana masuk?"

"Nak air? Biy pergi ambilkan jap."

Aku tarik lengan bajunya. Dia mengangkat kening bertanyakan kenapa.

"Macam mana masuk?"

"Ikut balkoni. Lain kali, sliding door balkoni pastikan kunci. Selalu sangat lupa. Nasib baik biy ada, kalau ada sesiapa masuk macam mana?"

"Balkoni? Macam mana?"

"Guna balkoni sebelah untuk langkah."

Aku terus tepuk bahu dia kuat. "Biy tahu tak yang balkoni ni tinggi. Kalau jatuh macam mana? Tak sayang nyawa ke?"

Dia mencubit pipi aku. "Auch, sakitlah."

"I miss you, sayang."

Aku baru sedar, bukan dia beku dan dingin ke dengan aku. Terus, aku lekapkan tapak tangan di dahinya. Normal suhunya. Kemudian, aku lekapkan pula tangan di dahi sendiri. Normal juga suhunya. Aneh.

"Sayang... Are you okay?"

"Oo... Ok. Kenapa?"

"Tercegat berdiri dekat sini. Sampai pukul berapa nak berumah dalam tandas ni?"

"Hah, sorry."

Dia menghulurkan segelas air yang baru sahaja dituang dari jag. Memang rutinku setiap malam sebelum tidur bawa sedulang jag air dan gelas jika haus waktu malam. Malas nak turun tangga lewat-lewat malam.

"Thanks."

"Kenapa sayang tak beritahu biy  yang sayang mengandung?"

"Jom turun." Kata aku tanpa menjawab soalan dia. Masih dalam keadaan buntu. Peliklah sebab dia acting like nothing happen.

"Sayang, are you sure you okay?"

"Intan rasa macam lost memory sekejap."

"Sayang rehat sahajalah. Nanti biy bawa breakfast naik atas."

"Tak apa. Intan boleh turun."

"Sayang, meh sini." Dia pimpin aku ke katil kami. Perlahan-lahan tubuh aku seperti menurut perintahnya terus duduk di birai katil. Kaki aku yang terjuntai dia angkat dan selimut ditarik sampai ke paras pinggang.

"Rest." Katanya sebelum keluar dari bilik.

"Sejak bila di masuk? Tadi subuh, tak ada pun. Tak akanlah angah Amir atau along Amir berpakat pecah masuk bilik aku? Eh, bukan. Ke Ferhad yang jadi geng dia? Macam dia tahu aku pregnant? Apa yang berlaku ni? Rasanya semalam dia macam dah tak nak jumpa aku untuk selama-lamanya." Aku dah bercakap sendiri dalam bilik.

'Dia care pasal anak kau tu je? Kau tu mana penting. Lepas anak ni lahir, dia bawalah diri sebab anak dalam perut ni lagi penting.' Akal menghasut.

"Dia tak sayang aku dah ke? Apa salah aku?" Aku dah memeluk bantal menangis.

"Sayang, kenapa ni?" Dia letak dulang diatas sofa. Tubuh aku dipeluknya erat. Belakang tubuh diusap lembut seperti memujuk.

"Biy..." teresak-esak aku memanggil dia.

"Iye, sayang."

"Am I dreaming?"

"Siang macam ni mimpi apa pula?"

"I miss you. Miss you, so much." Aku peluk dia lebih erat.

"I miss you too, sayang. Shush, nak jadi ummi pun menangis macam budak kecil."

"Kenapa biy buat sayang macam ni? Kenapa biy ignore sayang? Apa salah sayang? Kenapa?"

"I'm sorry. Semuanya salah faham. Biy minta maaf. Semuanya dah jelas sekarang. Sorry, sebab biy jealous tak tentu pasal. I'm trully sorry, sayang."

"Jangan buat lagi. Lepas ni, kalau ada apa-apa please. Please bawa berbincang. Sayang minta maaf sebab tak jadi isteri yang baik."

"Shush, apa pula cakap camtu. Isteri biy ni lah satu-satunya seorang isteri yang pandai jaga hati suami dan sentiasa mengutamakan suaminya. Biy beruntung sangat sebab dapat jadi seorang suami kepada budak comel nama Xavia Intan binti Dato' Seri Paduka Putera Rayqal."

"I love you, Engku Danish Akhbar."

"Love you too, Xavia Intan."

TAMAT



Eh, belum lagi. Tinggal lagi satu lg episode sahaja.

Nantikan the next episode. ❤

Thanks for all my readers yang susah payah support story ni dari Datuk or Dato'?! sampai terhasilnya Can I Kill Him 😈 kisah anak Aira dan Rayqal.

Sayang korang ketat2, sendat2 dn padat2.

Love, CKK 🌸.

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now