"Bie." Aku memeluk di dari belakang.
"Hmm."
"Are you sure you want to leave me?"
"Hmm."
"Apa salah Intan?"
"Nothing wrong. Bie ngantuk dah, jom tidur." Dia menarik tangan aku menuju ke katil kami.
Sinar mentari yang menusuk ke mataku membuatkan terpaksa juga aku mencelikkan mata. "Eh, sejak bila aku ada dalam bilik?"
"Tulah, sedap sangat tidur. Dah pergi mandi siap-siap. Kau nak akad nikah lagi beberapa jam lagi ni."
"Dah pukul berapa, kak Iman?"
"9 pagi, tuan puteri."
"Ya Allah..." Terus aku berlari menarik tuala di ampaian dan terus masuk ke dalam bilik mandi. Pintu bilik mandi yang terkuak sedikit membuatkan aku menguatkan suara ingin bersembang dengan kak Iman yang mungkin sedang mengemas tilam aku.
"Kak, bukan semalam aku keluar dengan Danny ke? Macam mana boleh celik-celik dalam bilik sendiri ni?"
"Ish, kau ni bahaya betul. Nasib baik si Danny tu bawa kau balik ke sini, kalau dia bawa pergi rumah dia ke atau mana-mana. Kau nak buat apa?"
"Dia baik. Adik tahu."
"Dah sayang memang nampak baik je."
"Kak Iman!"
"Sayang cakap sayang. Ferhad mengadu dekat kitaorang yang kau datang butik tapi sedap tidur peluk lengan bakal suami kau."
"Hah, baru ingat. Eh, abang Ferhad pergi layan mak datin cerewet mana entah. So, aku penat tunggu memang tidur ah."
"Kak, kalau tak mekap tak apa ke?" Aku keluar dengan berkemban sahaja. Tak apa, hanya ada kak Iman.
"Pakai t-shirt biasa dulu dan duduk sini." Aku tengok diatas meja solekku sudah tersusun perkakas-perkakas mekap milik kak Iman. Kak Iman dalam jadi suri rumah, kadang-kadang dia ambil upah jadi mak andam. So, dekat sini cut dah bajet mekap. Tapi, ikutkan aku memang nak naked face je, tapi kak Iman membangkang sekeras-kerasnya.
"Ala."
Selepas 1 jam lebih menadah muka kepada kak Iman akhirnya dapat juga aku menarik nafas lega. "Wow. Masterpiece."
"Terima kasih. Biasa-biasa je ni." kata kak Iman merendah diri.
"Patutlah abang Ferhad beriya pujuk abang Ridz nak upah akak jadi jurumekap. Memang masterpiece." Suka aku dengan mekap natural yang disolek oleh kak Iman. Nampak high class tapi nipis. Agaknya kalau upah mak andam lain mahu bertempek muka aku dengan bedak berkilo.
YOU ARE READING
Can I Kill Him ?
RomanceXavia Intan anak bongsu kepada pasangan Dato' Sri Paduka Putera Rayqal dan Datin Sri Paduka Xendra Aira yang masih dalam usia remaja sudah mengetuai kumpula mafia milik bapa angkatnya yang juga merupakan sahabat baik kepada ibunya. Suatu hari dia me...