😈20😈

17K 753 7
                                    

"Kau nak apa Danny?"

"I want you."

"Stop it."

"What?"

"Berhentilah! Kau nak bunuh aku ke apa?" Dia menggoyangkan tali.

"Hahahaha. Dah, turun. Jom kita pergi makan pula. Aku dari pagi tadi tak makan."

"Tak nak."

"Aku boleh je naik tanpa tali. Aku rasa kau tahu benda tu kan?"

"Ish! Yelah, yelah."

Sampai sahaja ke bawah aku terus menendang kakinya.

"Auch!"

"Uwekk, padan muka."

"Siaplah, aku dapat kau."

"Arghhhh." Jerit aku sambil berlari dari ditangkap oleh Danny di dalam Camp5. Tempat yang pernah dia bawa aku ke sini  untuk rock dan wall climbing. Tapi, selepas sahaja dia hilangkan diri ke London pusat aktiviti indoor ni sentiasa aku lawat setiap hujung minggu.

"Dapat pun kau." Kata Danny yang tubuhnya diatas aku. Mata kami bertembung diantara satu sama lain.

"Ehem, maaf cik. Pusat ni awam dan banyak orang tengok." Tegur pekerja disitu.

Aku terus menolak tubuh Danny dan berdiri tegak memperkemaskan pakaian aku. "Dah, jom makan. Tadi kata lapar sangat." Kata aku yang ingin hilangkan gugup.

"Jom." Dia membetulkan topi yang tersarung di kepalanya semula. Danny hanya berpakaian kasual bersarungkan t-shirt polo berkolar dan seluar jeans hitam. Karismanya sebagai lelaki metroseksual membuatkan pandangan gadis-gadis di sekita pusat membeli-belah tidak mehu melepaskan peluang melihat dia.

"Nak makan mana?" Tanya aku apabila dia tidak berhenti lansung di kedai makanan yang ada.

"Apa kata kita makan dekat rumah kau dan kau masak untuk aku?"

"Are you sure?" Aku meminta kepastian.

"Kenapa? Kau tak pandai masak? Tak pernah dan tak reti masuk dapur?"

"Jom kita singgah Giant sekejap cari bahan basah. Kau nak suruh aku masak apa?" Kata aku yang sudah tercabar teruk. Dia tak tahu aku pernah ganti chef dekat hotel milik abah di Langkawai beberapa bulan. Mahu menyesal sebab pandang rendah pada aku.

"How about ikan siakap steam, kerang bakar dan udang butter?"

"Ok, done. Jom cari barang."

Sepanjang aku mencari lauk basah dia ada disamping aku sambil menolak troli. Waktu aku pilih ikan, aku meminta pendapat dia dan dia lansung tidak kekok dalam membeli lauk basah. "Tinggal apa je lagi ni?"

"Udang. Kau nak udang besar ke udang kecil?"

"Besar."

"Tapi, kau sure ke yang kau boleh makan udang, Danny?"

"Boleh je. Kenapa pula tak boleh?"

"Oh, tak ada apa-apa. Danny, ingatkan aku singgah farmasi nanti."

"Kenapa, kau sakit ke?" Tangannya terus melekap di dahi aku.

"Bukanlah. Just nak beli vitamin C. Habis."

"Patutlah tak matang. Budak tak cukup vitamin rupanya."

"Ish, mana ada." Aku menghadiahkan cubitan ketam di lengannya.

"You look so cute." Dia mengusap kepalaku lembut.

Tiba-tiba, "Anak berdua ni baru kahwin ke?" Tegur seorang pakcik yang sedang bermain dengan cucunya yang sedang duduk diatas troli.

"Haah, pakcik." Jawab Danny sambil bersalaman dengan pakcik itu. Aku dah buat muka.

"Sama cantik, sama padan. Pakcik doakan kamu berdua dihadiahkan anak yang comel dan soleh solehah."

"In sya Allah, terima kasih, pakcik." Ucap aku sambil tangan mengulurkan lolipop kepada cucu dia yang bulat dan comel itu.

"Terima kasih, kakak."

"Sama-sama, sayang. Bye-bye."

"Awww, comel siot budak tu. Rasa nak digomol-gomol je." Tambah aku lagi apabila pakcik tu dah beransur pergi bersama isterinya.

"Daripada kau gomol budak tu, baik kau gomol aku je." Danny mengenyitkan mata kearah aku.

"Merepek, dah jom."

"Jap, aku nak cari buah." Aku pula mengikut dia kearah seksyen buah dalam Giant.

Danny mengambil tembikai sebiji, beberapa biji epal dan oren. Terkejut aku apabila dia pusing-pusing menyumbatkan anggur dalam mulut aku. "Erk, thanks."

"So, how?"

"Huh?"

"Manis tak?"

"Apa yang manis?"

"Aku rasa aku masukkan anggur dalam mulut kau. Bukannya bibir seksi aku ni yang mendarat."

"Manis-manis."

"Intan, kau ok tak?"

"Kenapa pula tak ok?"

"Muka kau merah. Demam ke?" Dia meletakkan dahinya didahiku. Aku dah terpaku teruk. Ya Allah, he make me fall in love again.

"Ish, Danny." Aku tolak tubuh dia.

"Makin merahlah, baby girl."

"Stop calling me baby girl."

"Tak nak."

"Jom, bayar."

Aku dan dia berjalan seiring kearah kaunter untuk membuat bayaran.

"Intan."

"Hmm."

"Pandang sini."

Aku pandang dia sambil berjalan.

"I love you, my wife to be."

"Hahaha. Cute lah." Dia mencubit pipiku.

Sweet tak? No more langau. Hahahaha. Think so. Jangan lupe vote dan komen. Love you guys. 😘 CKK.

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now