😈8😈

17.1K 804 13
                                    

Geramnya aku bila tangan Danny tak reti duduk diam meliar. "I sewar to God, if you dare try to touch me again. Memang aku jerit dalam panggung ni." Bisik aku rapat ditelinga Danny.

Iman sudah khusyuk melihat cerita yang sedang dimainkan. Terpaksalah juga terjebak tengok filem genre seram. Muka kak Iman lansung tak menunjukkan dia takut dengan setiap adegan yang keluar malah mukanya sangat teruja seperti ternanti-nanti untuk hantu keluar.

"Baik, sayang." Aku sudah mengepal penumbuk yang hanya tunggu masa menyinggah di wajah hensem tu.

"Intan, duduk diam-diam. Kakak tak fokus tengok cerita ni." Iman berbisik kepada aku pula.

"Fine."

"Danny, behave please." Kata Iman mengingatkan Danny. Aku suka kerana Iman berpihak kepada aku. Tangan Danny sudah berhenti merayau.

Dari jauh aku perhatikan angah Amir yang seronok bermain di arked bersama teman-temannya. Terus aku mendekati mereka. "Ehem, Assalammualaikum. Seronok keluar dengan member sampai lupa kak Iman?"

"Intan. Erk."

"Tak payah nak tayang muka tak bersalah pula. Ni, adik nak tanya jantan mana buat kak Iman sentap?"

"Benda kecil pun nak sentap ke?" Aku jegilkan mata mendengar ayat yang keluar dari bibir angah Amir.

"Tu hah." Kata angah Amir menunjukkan seorang lelaki yang sedang asyik bermain permainan lumba motor.

Aku mencuit bahu lelaki itu. Sedas tumbukan hinggap di pipi dia. "Woi!"

Danny dah menghalang lelaki itu dari mendekati aku. "Sabar bro."

"Eh perempuan, kau ingat sebab kau perempuan, aku tak berani nak lawan balik ke?"

"Adik, janganlah gaduh." Kak Iman dah tarik-tarik tangan aku cuba untuk bawa jauh. Aku masih berdegil.

"Berani apa lagi? Tumbuk ah." Aku kedepan tapi masih dihalang Danny. Ada juga dua mangsa tumbukan aku hari ni.

"Adik, kau nak aku call along Amir ke?"

"What the heck pergi libatkan along? Dia ada rehearselkan untuk tournament next week." Aku dah bengang.

"Kau maju sedikit, aku call along Amir." Angah mengingatkan sekali lagi.

"Fine. Jom." Aku tarik tangan kak Iman. Tersentak aku kebelakang bila tangan kak Iman ditarik oleh lelaki itu.

"Kau nak apa lagi? Aku nak belah ni."

"Aku nak cakap sikit dengan Iman." Kata Ridz.

"Tak perlu."

Danny berdiri di depan aku. "Biar Iman setelkan masalah ni sendiri. Kau tak perlu nak masuk campur. Jom, ikut aku. Kita layan movie lain."

"Tak nak. Scary tau duduk dengan kau dekat dalam wayang berdua." Jujur aku berkata. Danny meleraikan tangan aku dengan kak Iman dan dia oula yang menarik tangan aku pergi dari situ.

"Iman, Ridz minta maaf."

"Salah Iman sebab suka-suka je ikut geng angah Amir lepak. Sorry."

"Saya tak tahu yang awak tak ada kawan."

"So, awak dah tahulah sekarang?" Ridz mengangguk.

"Awak pun tak nak kawan dengan saya?" Pertanyaan Iman mendapat hamburan ketawa Ridz. Kalau lah gadis naif itu tahu apa yang tersembunyi di dalam hati dia pasti gadis itu sendiri yang tidak mahu berkawan dengannya.

"Kita kawan."

"Awak nak kawan dengan saya?" Tanya Iman tidak percaya.

"Ya, saya nak kawan dengan awak. Mana tahu, masa akan datang kita lebih daripada kawan."

"Maksud awak?"

"Tak ada apa-apa. Jom, arked." Iman mengikut langkah Ridz.

"Tapi, Intan?"

Angah Amir memeluk bahu Iman. "Don't worry. Perempuan lasak tu, Danny uruskan. Kita dekat sini boleh teruskan aktiviti di hujung minggu."

"Ish, angah ni. Lasak-lasak tu juga yang akan tolong kita kalau ada apa-apa."

"Ye lah, kakak kesayanganku." Cemberut wajah Iman apabila adik lelakinya itu menggosok kepalanya yang berlapik tudung.

"I wish I can do that too." Ridz bercakap sendiri.

"Ridz, cakap apa tadi? Iman tak dengar."

"Tak ada apa-apa."

Love, CKK. Jangan lupa vote dan comment ♡.

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now