😈26😈

17.4K 729 8
                                    

"Adik balik seorang je?" Tegur ummi sebaik sahaja nampak tubuh aku melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ummi..." Aku memeluk tubuh ummi dan menangis.

"Eh, Intan sayang. Kenapa ni?"

"Ferhad, what's wrong with adik?"

Belum sempat Ferhad menjawab, aku sudah membuka mulut dahulu. "Adik rindu ummi je, lama tak jumpa. Ummi sihat?"

"Ish, drama sungguh anak ummi seorang ni."

"Ummi, lapar. Mana semua orang?"

"Ariffin dengan Ariffudin ada dekat bilik tengah study. Abah pergi jumpa kawan sekejap dekat luar. Abang-abang dengan kakak kamu semua dekat rumah sahaja. Mungkin esok atau lusa baru datang sini berkumpul."

"Jom, ummi pergi dapur. Abang Ferhad pun lapar tu." Aku menarik tangan ummi dan abang Ferhad.

Intan pergi ke dapur membawa semua pinggan kotor. "Ferhad."

"Iye, ummi."

"Ummi tahu ada yang tak kena, kenapa dengan Intan?"

"Ferhad dah diupah untuk tak bercakap apa-apa, sorry ummi."

"Tak lama pun kamu dapat sorok semua ni, Ferhad."

"Erk." Aira hanya senyum memandang anak angkatnya. Dia pasti yang dia akan cuba cari tahu punca anaknya sedih. Lagipun, dia seorang ibu, tahulah dia jikalau anaknya dalam kesedihan, kesusahan, kemenenangan, atau kegembiraan.

"Intan naik atas dulu ye, ummi, abang Ferhad?"

"Naiklah berehat. Ummi nak keluar sekejap dengan abang Ferhad, ada barang rumah yang sudah habis ingin dibeli."

"Baiklah, ummi. Hati-hati. Abang Ferhad, jaga ummi baik-baik."

"Iye tuan puteri Xavia Intan. Dah pergi naik sana, mandi ke, rehat ke."

"Iyelah, pakcik tua. Kuat sangat bebelnya."

Beransur sahaja Intan naik ke bilik, Aira menarik lengan Ferhad dan berjalan menuju ke luar rumah sambil membawa beg dompetnya.

"Barang apa yang habis, ummi?"

"Sengaja sahaja ummi buat alasan. Ummi tahu kalau di rumah, mesti kamu tidak mahu memberitahu ummi perkara yang sebenar. Jadi, baik ummi heret kamu keluar rumah supaya senang untuk memberitahu segalanya."

"Ummi ni licik sungguh. Baiklah, Ferhad akan ceritakan semua. Mari." Ferhad membukakan pintu untuk umminya. Sungguh gentleman.

Ferhad memberhentikan keretanya di taman permainan yang ada di taman perumahan disitu. Tangan umminya dipimpin sambil berjalan mengilingi taman yang berada di kawasan tasik. "Ummi."

"Iye, Ferhad."

"Ferhad sudah berjanji dengan adik untuk tidak beritahu perkara ini kepada siapa-siapa."

"Tapi, apa salah untuk ummi ambil tahu. Mungkin ummi boleh bantu menyelesaikan perkara ini. Apa yang ummi rasa sekarang ini adalah Intan dan Danny sedang lagi ada masalah dalam rumah tangga mereka. Adat hubungan suami isteri, ada pasang surutnya. Umur ummi dah 50, usia perkahwinan ummi dengan abah juga dah 20 tahun lebih. Sepanjang kami berkahwin pernah sahaja berlaku masalah, tapi itu semua ujian daripada Allah. Jadi, ummi merayu sangat. Tolong beritahu apa yang anak perempuan ummi sedang hadapi, Ferhad."

Ferhad serba salah. Dia menjadi orang tengah, antara adik kesayangannya dan ibu susuannya yang tercinta. Tapi, dia tahu lambat laun perkara ini akan diketahui juga oleh abah dan ummi.

"Mari duduk dulu, ummi. Ceritanya panjang. Ferhad cuba pendekkan sehabis boleh ye?" Ferhad cuba berbasa basi.

"Terima kasih, Ferhad."

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now