😈2😈

17.7K 648 10
                                    

Qorisy menyandarkan tubuhnya di balkoni sambil mata tepat memandang ke arah bulan terang yang menghiasi langit gelap malam itu. Dia terfikirkan anak lelakinya yang seorang itu. Sudah 3 minggu anak angkatnya itu berada di Malaysia tapi masih sibuk menguruskan kumpulan mafianya di Malaysia. Tidak padan dengan umur yang bakal menghadapi SPM. Sudah berkali dia membicarakan tentang persekolahan kepada Danny tapi hanya dipandang remeh sahaja. Tersedar dia dari lamunannya apabila telefon bimbitnya menjerit untuk diangkat.

"Assalammualaikum, daddy."

"Waalaikumussalam."

"Hey, what's wrong daddy? Are you okay? Tak sihat ke? Nak Intan datang melawat daddy ke?"

"Tak perlu, dear. I'm fine."

"Daddy, dari kecil kita kenal. Tak akanlah Intan tak dapat cam suara daddy sama ada tengah ok atau tak."

"Ok, ok. Daddy tengah fikirkan Danny."

"Jantan tu buat apa dekat daddy? Nak Intan belasahkan dia ke?"

"Dear, mind your language."

"I'm sorry, daddy. Teremosi pula."

"Ni kenapa call daddy?" tanya Qorish kepada anak angkatnya yang seorang ini.

"Saja-saja. Just nak minta daddy doakan Intan, abang Amirullah, abang Amiruddin dengan kak Iman punya exam pertengahan tahun."

"Daddy akan doakan kejayaan anak-anak daddy. Kirim salam pada semua, jangan lupa."

"Baik, daddy. Ok lah, daddy. Tomorrow is the big day. Got to go."

"Intan, after the exam. Can we meet? I need your help."

"Anything for you. Sweet dream, sleep tight, daddy. We love you. Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam." jawab Qorisy selepas Intan meletakkan panggilan. Dia tahu yang Intan pasti akan menolong dia mengendalikan Danny.

"Intan."

"Assalammualaikum, daddy." Intan duduk berhadapan ayah angkatnya. 

"Erk, waalaikumussalam."

"Daddy kenapa ni? Gelojoh sangat. Cuba cerita dekat Intan. Ada mana-mana budak yang buat hal dengan geng kita ke? Tak pun, ada yang serang or kacau tempat kita ke?"

"Ni tiada kaitan lansung dengan hal geng mafia daddy. Tapi, berkaitan dengan Danny."

Aku meletakkan jari di dagu memikirkan siapa gerangan si Danny yang daddy maksudkan. "Siapa Danny?"

"Kamu tak kenal atau buat-buat tak kenal siapa Danny?" 

"Budak mana satu?"

"Budak ni lah kan orang dah cakap bukan budak mafia kita. Danny, anak angkat daddy yang bergaduh dengan kamu dekat gym daddy hari tu."

"Oooooooh. Ingat-ingat. Kenapa dengan malaun tu?"

"Daddy, nak kamu pastikan dia masuk sekolah selewat-lewatnya Isnin minggu depan. Pastikan dia ambil SPM juga. Tidak kisahlah sekolah mana-mana pun, janji dia belajar."

"Eh, dia tu umur berapa daddy?" 

"Kamu ingat dia umur berapa?" Aduhai, soalanku dijawab juga dengan soalan daripada daddy.

"20 or 23 maybe."

"Dia tua 2 tahun sahaja daripada kamu."

"17."

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now