😈18😈

16.4K 767 19
                                    

Masuk sahaja dalam rumah aku lihat Danny sedang duduk berbual dengan abah diruang tamu sambil menjamah cucur pisang. Lemak pula lelaki ni lama aku tengok. Ferhad yang sedang masuk ke dalam rumah sambil mengangkat semua beg aku terus menyalami abah. Terbeliak mata Danny tengok abah peluk abang Ferhad. Serve you right!

Aku menegur ummi yang sedang membawa dulang yang diletakkan teko dan beberapa cawan. Tangan aku hulur untuk menolong ummi. Abang Ferhad dah terjah pula ummi. Maklumlah, rindu lama tak berjumpa si ibu dan si anak tu.

"Jemput minum, abah."

"Abah je?"

"Ada orang lain lagi ke?" Tanya aku pura-pura tidak nampak dia.

"Ish, tak baik kamu buat Danny macam tu. Ni kamu berdua ni dari mana?"

"Cari baju pengantin dengan cincin. Baru nak ajak Ferhad pergi GM tapi abah telefon suruh balik."

"Lah, kamu keluar dengan Ferhad ke?"

"Dah tu siapa lagi? Along dengan angah sibuk ada hal. So, adik roger ah abang Ferhad."

"Danny salah faham lah ni."

"Salah faham apa, abah?"

"Siapa abah kau? Ni abah aku."

"Bakal abah mertua aku. Betul tak abah?" Dia buat perjanjian dengan abah ke sampai boleh jadi satu team ni? Haish. Abah mengangguk.

"Ferhad, minum meh."

Ferhad dan Danny bersalam. Aku rasa pandangan tajam mereka saling menikam seperti masing-masing ada benda yang ingin digaduhkan. "Ni kenalkan anak susuan ummi, namanya Ferhad. Sebaya dengan kamu."

"Engku Danish Akhbar."

"Ferhad Ayob Al Umar."

"Berlagaknya nama tu. Mentanglah keturunan arab." Kata aku. Ferhad menarik hidung aku kuat sehingga merah.

"Ferhad, sakitlah." Mengadu aku.

Danny yang sedang duduk mnghirup teh sudah tidak rasa selesa melihat adegan payau diantara Intan dan Ferhad.

"Intan nak cari barang dekat GM kan? Danny boleh temankan."

"It's okey. Dah janji dengan abang Ferhad. Lepas asar nanti kami keluar balik."

"Berdua?"

"Haah, sebab abah dengan ummi malas nak ikut. Lagipun, hantaran ni kacang je. Pilih-pilih barang, esok lusa boleh buat terus dengan abang Ferhad."

"Abah, Danny nak minta izin cakap berdua dengan Intan sekejap."

"Cakap je lah dekat sini."

"Adik, ada benda lah tu Danny nak cakap dengan kamu. Pergilah."

"Alaa, abah."

"Adik." Suara abah dah bertukar nada. Aku terus cepat-cepat angkat kaki mengikut sahajalah si Danny.

"Apa masalah kau?"

"Sekarang ni siapa yang timbul masalah dulu?"

"Maksud kau?"

"Lelaki pengecut mengadu dekat abah."

Danny yang rasa diprovok Intan terus menarik gadis itu rapat kearahnya. "Don't mess with me, Xavia Intan. You are mine."

"Not yet. Kita belum kahwin lagi."

"Aku rasa kalau aku minta abah dengan papa cepatkan akad nikah kita. Rasanya diaorang tak kisah. Majlis ikut tarikh yang memang mereka plan."

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now