😈29😈

30.1K 908 44
                                    

"Cantiknya." Puji Danny.

"Kau ni, budak tu dah bulat tunggu nak meletup tu pun cakap comel." Ferhad mencelah sambil membetulkan bow tie dia.

"Kau dengkikan. Adik kau tu comel lah."

"Ye comel-comel. Tapi, degil. Haish." Ferhad tersenyum. Rasa macam tak percaya akan ada perempuan istimewa hadir dalam hidup dia selepas ummi Aira dan adik susuannya, Intan.

"Ferhad, meh sini kau." Aku ingin memastikan pakaian Ferhad kemas dan bersih. Maklum sahaja hari ni merupakan hari istimewa dia. Siapa sangka jodoh Ferhad hadir beberapa bulan lepas. Dengan mendengar cadangan aku agar terus masuk meminang dan bercinta selepas kahwin, Ferhad buat keputusan merisik tentang gadis bertuah itu. Bukan calang-calang orang, keturunan syed saudagar Dubai. Syarifah Elwin Qalesya, pemilik butik di Dubai dan Malaysia. Mancunglah bakal anak buah aku nanti sebab tak tipu, mak dia memang segak.

"Sudah-sudah lah tu, biy punya baby tak check pun." Danny manja dah datang memeluk pinggang aku. Hidungnya yang mancung aku cubit manja.

"Sorry biy, baby girl terlalu excited. Majlis yang grand dari kita dulu, bayangkanlah pemilik butik Malaysia yang terkenal dan pemilik butik Dubai yang terkenal akan disatukan. Masya Allah, tadi baby tengok baju wife Althaf lawa gila." Kata aku teruja.

"Baby girl pun cantik apa, pemilik butik Dubai terkenal punya air tangan. Macam baby pula pengantin yang akan naik pelamin."

"Ish, apa pula." Aku tepuk lengan Danny. Lengannya aku rangkul erat. Sejak nak meletup perut ni makin melekat aku dengan Danny dan Danny pun turut memanjakan aku.

"Ferhad, be ready. In 1, 2, 3." Pintu dewan hotel milik abah dibuka dari dalam. Suara pengacara majlis sudah mengumumkan tentang pasangan pengantin yang jalan masuk.

"Alhamdulillah, akhirnya kahwin juga abang kesayangan baby."

"Lepas ni tak ada lagilah dia melekat dengan baby girl biy. Baby girl pun jangan lagi nak mengada cari abang Ferhad."

"Ok, biy." Aku mencium pipi suamiku.

"Pipi je?"

"Dah tu?" Aku membalas soalannya dengan soalan.

"Dekat sini?" Jarinya menunjuk pada bibir dia.

"Hmmm." Aku cepat meletakkan bibirku dibibirnya, "Chup."

"Ala sekejapnya. Tak sempat rasa manis bibir baby girl." Aku menolak pipinya.

"Biy, behave please. Banyak mata memandang. Kamera-kamera pun banyak ni." Aku memberi amaran. Tapi, siapa tak kenal Danny, degil ikut kepala dia sendiri.

Bibir aku diragutnya lembut. Tubuh aku lemah dalam dakapannya. Pinggan aku dirangkulnya erat.  Aku terbuai. "Uhuks."

"Erk, sorry kak Iman." Kata Danny sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal manakala aku menyorok di dada dia.

"Dah jom masuk."

"Ibu, mama Intan kencing." Kata anak buahku menunding dibawah kaki.

"I think air ketuban pecah." Tersengih aku memandang Danny dan kak Iman.

"Danny, bawa Intan pergi hospital sekarang. Kereta kau memang abang dah suruh ready parking dekat lobi hotel je. He knows this could be happen." Arah Iman.

Aku menjerit kecil apabila Danny mendukung tubuhku menuju ke kereta. "Biy, jangan kelam kabut sangat. Baby girl boleh tahan lagi." Beritahu aku.

Wajah Danny yang risau aku pandang. Bersyukur kerana dia ada disaat genting dalam hidup aku.

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now