😈5😈

18.8K 814 8
                                    

Di dalam kereta aku hanya diam sahaja. Tanpa, bersarapan aku terus bersalam dengan semua dan keluar dari rumah sambil diikuti dia. "Sampai bila nak senyap?"

"Sampai mati."

"Eh, ada suaralah. Dia menjawab."

"Kau nak apa sebenarnya bawa aku keluar?"

"Saja suka-suka, jalan-jalan."

"Mana kau dapat gambar tu? Aku rasa waktu tu hanya ada kau dengan aku je dekat taman bunga sekolah tu." Aku mendesak ingin tahu angkara siapa yang mengambil gambar kami berdua. Aneh, sebab kejadian tu berlaku waktu sekolah di dalam sekolah dan bukannya diluar.

"Budak-budak daddy. Aku dapat gambar tu dari daddy. Orang tua tu mengamuk tau kat aku sebab biarkan kau duduk atas paha aku."

"Eh, siapa yang tarik siapa? Bukannya aku terhegeh-hegeh dekat kau." Aku memandang dia yang sedang fokus memandu.

"Tapi, kalau kau tak degil, aku tak akan tarik kau hari tu."

"Kau nak salahkan aku lah ni." Kereta berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Kolar bajunya aku tarik. Wajah kami dekat, deruan nafasnya terkena pipiku. Debaran gila yang mendatang aku cuba kawal.

"Lepas ni kau berani ugut aku dengan gambar tu. Tahulah nasib kau macam mana."

"Pinnn! Pinn!" Danny kembali fokus pada pemanduan dia. Butang baju diperbetulkan semula apabila rentapan Intan tadi membuatkan butang bajunya terbuka. Ganas. 'I like.' Bisik hati Danny dengan sengihan yang lebar.

Kereta diparkirkan di lot parkir kompleks 1Utama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta diparkirkan di lot parkir kompleks 1Utama. Aku mengikuti sahaja langkah Danny. Tapi, disebabkan langkahku yang kecil dan langkahnya panjang aku tidak dapat kejar dan hilang dalam lautan manusia. Hari ni hujung minggu memang dipenuhi ramai oranglah berkunjung di shopping complex bersama kawan-kawan, anak-anak, keluarga atau pasangan masing-masing.

"Kenapa tak pegang tangan aku kalau dah tahu lambat tu? Kaki pendek." Terkejut aku apabila ada sesorang menarik tanganku. Suka hati dia cakap kaki kita ni pendek, dia tu galah. Geram hati.

"Aku nampaklah kau tadi. Tengah ikutlah ni. Tak perlu sampai pegang-pegang tangan ni." Tipu aku.

"Ikut apa benda? Aku ke arah sana. Kau ke arah situ. Kalau kau hilang siapa nak jawab dengan ayah kau. Tu baru ayah kau belum ibu kau atau daddy."

"Danny, sorry."

Danny memalingkan mukanya. Dia pasti sangat ini mukanya sudah merah kerana menahan malu. Ada ke patut budak kecil ni pergi tayang muka comel ala kucing yang mata besar dalam puss in boots. "Ehem, dah jom. Lambat pula nanti."

"Telinga kau merah. Kau demam ke, Danny?"

Aku nampak Danny menutup telinganya dengan tangan. "Mana ada, aku sihat je. Kalau aku demam, aku dah berbungkus dalam selimut rehat."

"Are you sure?" Aku menahang langkahnya.

Danny terkaku apabila Intan cuba merapati dia lebih dekat. Tangan gadis itu terlekap di dahinya. "Panas badan kau ni. Muka pun merah. Nak demam ni."

"Dah, kita dah lambat. Aku dah cakap berapa kali ni."

"Danny, nanti kau pengsan macam mana?" Aku cuba lagi memujuk dia untuk pulang. Tidak mahulah disebabkan aku dia abaikan kesihatannya. Tapi, langkah Danny semakin laju. Kami berhenti di hadapan pusat aktiviti lasak. Dari jauh aku dapat lihat wall climbing, port paling best untuk aku luangkan masa.

"Kita nak wall climbing ke?" Tanya aku d Danny. Wajahnya yang kemerahan tadi kelihatan surut.

"Haah, kenapa? Kau tak suka ke? Kalau nak shopping beli barang boleh je." Danny memandang aku. Entah apa yang merasuk tubuhku, lengannya aku peluk.

"I love, I love."

" Love?" Danny dah mengerutkan dahi.

"Kita wall climbing je. Shopping-shopping ni nanti."

Danny tersenyum senang melihat Intan yang seronok apabila dibawa ke pusat aktiviti lasak. Mood berubah-ubah perempuan comel seorang ni. Sekejap nak gaduh dengan dia, sekejap nak marah dia, sekejap nak goda dia dan tadi bermanja dengan dia. Tak boleh jangka sungguh gadis bernama Xavia Intan.

Di dalam pusat rekreasi tu ada satu kafe yang terletak di sudut premis itu. Dari jauh dia dapat lihat sahabat-sahabat baiknya. Tim, Paan, Milo dan King.

Aku yang terlalu teruja ingin memanjat dinding itu terbantut apabila tubuh Danny tiada di belakang aku. Mata meliar mencari dia. Kelihatan dia mendekati satu meja yang diduduki oleh beberapa orang lelaki. Tapi, disebalik keempat-empat lelaki itu sepertinya ada seorang yang sangat aku kenal. Macam mana dia boleh berada disitu?

Suspen tak? Nak tahu siapa yang Intan nampak? Siapa yang Intan kenal? Jangan lupa untuk vote dan komen.
Love, CKK.

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now