😈7😈

18.4K 762 15
                                    

Ridz melihat sahaja Iman yang tidak lepas daripada memegang hujung baju Amiruddin. Hatinya bagai meronta ingin mengganti tempat sahabatnya itu. Tapi, kalau situasi dia, tangan Iman bukan dihujung bajunya tapi di dalam genggaman dia.

"Ridz, kau berangan apa?" Gee datang menyapa dia.

"Sorry, kenapa?"

"Udin suruh kau dengan Iman ambilkan popcorn. Aku dengan Key beratur dekat depan pintu masuk."

Ridz mendekati Iman yang sedang beratur di kaunter untuk menuntut popcorn mereka. "Hai, Iman."

"Hai." Iman membalas teguran Ridz. Tidak mahu digelar sombong atau berlagak.

"Kenapa awak join kami? Kenapa tak keluar dengan kawan perempuan awak?"

"Saya tak boleh join movie korang ke? I'm sorry." Resit popcorn Iman berikan kepada Ridz.

"Jap, Iman." Ridz yang cuba menahan Iman dari pergi terbatas apabila dia terpaksa juga memgambil popcorn kawan-kawannya.

Disatu sudut, Iman duduk di kerusi yang terletak dalam mall. Telefon bimbitnya dibawa keluar dan nombor telefon kembarnya, Intan ditekan.

"Assalammualaikum, kenapa kak?"

"Kau ada dekat rumah ke?"

"Haah, kenapa?"

"Nak join aku tengok movie tak?"

"Eh, bukan kau pergi dengan angah Amir ke?"

"Hmm."

"Jangan cakap angah Amir tinggalkan kau sorang."

"Bukanlah. Ala, complicatedlah nak cerita dekat kau."

"10 minit aku sampai. Send location."

"Intan, aku tak paksa."

"Tut... Tut..." tanda panggilan telah dimatikan oleh Intan.

Iman menghantarkan lokasinya kepada Intan melalui aplikasi whatsapp.

Aku di rumah sudah garu kepala yang tidak gatal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku di rumah sudah garu kepala yang tidak gatal. Baju, seluar dengan tudung semua dah siap disarung. Tapi, yang jadi masalahnya adalah superbike dia dirembat along Amir sebab pergi memancing dengan member. Kereta pula angah Amir yang drive keluar dengan kak Iman. Ibu dengan ayah tiada. Keluar dengan twins pergi ke rumah nenek dan atuk. Aduhai, pening kepala.

Mahu tak mahu, terpaksa juga aku minta tolong daripada Danny.

Danny, sibuk tak? - Intan

Hey, sweetheart. - Danny

Aku tanya kau sibuk ke tak? Kalau sibuk, cakap sibuk. Kalau tak, cakap tak. Tak perlu nak 'hey sweetheart' sangatlah. - Intan

Aku tak busy. Kenapa? - Danny

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now