15

171 38 6
                                    

Aku intai ke luar rumah. Dah 15 minit dia repair. Rasa serba salah pulak kalau tak hidang apa-apa.

Aku ke dapur. Aku ambil Sunquick dan jugak jag.

Buat air orenlah. Apa lagi?

Aku masukkan ais dan letak jag tu dalam dulang. Sebijik cawan pun aku letak dan sepinggan goreng pisang yang mama ada buat.

Aku bawa dulang tu ke luar dan letak atas meja yang ada dekat halaman rumah aku.

"Stoplah kejap. Minum dulu. Goreng pisang pon ada kalau kau nak makan."

"Ok." Dia meletakkan spanar lalu membasuh tangan di paip luar rumahku.

Dia meneguk air dengan tangan kiri sambil tangan kanannya ambil goreng pisang.

"Makan minum tu duduklah." Tegurku. Dia  cuma tersengih lalu punggungnya dihempas pada kerusi.

"Kau repair ni kena bayar ke?"

"Tak payahlah. Aku ikhlas."

"Kau pehal duhh? Baik semacam je. Sampai aku rasa seram."

"Seram kenapa? Aku cuma rasa yang bergaduh ni macam childish."

"Aku lagi rela kalau kita bergaduh daripada kau baik sangat macam ni."

Dia tergelak sambil tangannya mengambil goreng pisang lagi.

"Baiklah kalau itu yang kau nak."

"Skema gila ayat kau."

"Salah ke?"

"Memang salah. Sebab aku rasa macam duduk zaman P. Ramlee."

"Heh."

"Rancak berborak." Vernon muncul dan ambil tempat di salah 1 kerusi yang ada. Goreng pisang dia ambil.

"Korang ni makin rapat. Tulah kau. Gaduh sangat dengan dia. Kan dah tersuka?" Kata-katanya dituju kepadaku.

"Bila masa aku suka dia? Aku suka kau je. Tapi kau reject aku. Nampaknya aku kenalah cari cara untuk goda kau."

"Alah. Kau pakai seksi-seksi pastu masuk bilik dia. Nanti tergodalah dia tu." Nabil memberi cadangan yang tak bernas.

"Aku Islam lah bangang."

"Ouh, ye ke?" Tanya Nabil. "Kau ingat apa?"

"Aku ingat kau Hindu." Mata aku terbelalak.

"KAU CAKAP AKU HINDU, SETAN?"

"Yup. Ada masalah ke?"

"Ada. Masalahnya, aku tengah tahan nafsu nak bunuh orang sekarang ni." Aku kata sambil ketap gigi tapi dia boleh gelak pulak.

"Aduhhh. Kenapa setiap kali aku ada je korang bergaduh?" Keluh Vernon.

Sian husband aku :").

"Entah. Maybe hormon dalaman aku bersungguh-sungguh nak tunjukkan dekat kau yang aku tak suka dia kot." Jawabku.

"Eh? Tu pon pakai hormon eh?" Tanya Nabil. Aku cuma jeling. "K k. Terima kasih untuk hidangan ni. Walupun cuma air oren sejuk dan goreng pisang. Aku nak pi sambung kerja."

Nabil pergi ke motorku semula dan mula kerja membaiki. Aku pandang Vernon dan dia pandang aku.

"Kau dah buat kenyataan ke?"

"Dah. Diorang semua lega. Aku pon lega." Aku senyum. Jangan tanya kenapa. Aku pon pelik kenapa aku tetiba je senyum.

Vernon keluarkan telefonnya. Telefon tu ada je dalam poket dia masa dia jatuh dari langit. Cuma dia tak main.

♣♣♣

"Kau tak tipu, en?"

"Iyeeeee. Berapa kali kau nak tanya?" Nabil pandang aku dengan pandangan meluat.

Aku start enjin motor.

"Kalau aku tergolek kau siap."

"Iyeee. Kau ni. Aku repair ni dahlah free. Lepas tu kau nak tuduh aku macam-macam lak. Fikir aku jahat sangat ke?"

"Oklahhh." Kataku.

"Bismillahirrohmanirrahim. Asyhadualla illahaillallah. Waasyhaduanna muhammadarrasullullah." Aku baca bismillah sekali dengan mengucap.

"Kau nak sangat ke mati?" Tanya Nabil sambil jeling aku. "Bukanlah. Cuma takut aku accident. Nanti tak sempat mengucap pulak."

"Ok. Kalau camtu, aku doakan kau accident."

"Woi! Pala bana kaulah nak doakan aku bukan-bukan. Tak guna betul."

"Aku gurau jelah. Cepatlah try bawak. Kalau takut sangat, biar aku bonceng. Kita duduk rapat-rapat." Nabil buat muka miang.

"Anda sila meninggal." Aku kata lalu menggerakkan motor.

Aku cuba bawak motor yang baru lepas di'repair' oleh si sewel tu.

Ouh k.

Aku tak accident so dia repair betul-betul. Aku pusing motor untuk ke rumah semula.

"Tak accident en? Kau pikir jahat sangat ke?"

"Manalah tau en?"

"Banyaklah kau. Aku nak siap pergi kerja." Dia balik rumah. Aku parking motor dan masuk rumah.

Telefon aku dicapai.

Oops silap.

IPhone Z.

:")

Aku selfie. Aku tak tau nak buat apa.

Vernon bukannya nak layan aku.

:")

"Oi." Vernon muncul di pintu bilik air. Aku memang tak kunci pintu bilik air tu kalau siang.

Kalau malam aku kuncilah sebab aku suka pakai seksi.

"Aku dahlah nak balik hujung bulan ni. Tapi kau tak nak layan aku. Asyik dengan Nabil je."

"Cemburu ke, bang?"

"Mana ada! Aku cuma bosan kalau kau tak layan aku."

"Aku yang tak layan kau ataupun kau yang tak layan aku?" Soalku sambil selfie secara terus menerus. "Kau yang tak layan aku. Beli coklat untuk Nabil je."

"Kau nak ke?"

"Tak naklah."

"Dah tu? Nak jeles ngan dia wat pe?"

Kami senyap. Aku pula sibuk mencari gambar yang ok untuk di'post' dalam instakilogram.

Nak je aku post gambar aku dengan Vernon.

Tapi nanti diorang pikir apa pulak. Tunggulah nanti Vernon dah selamat sampai di Korea.

Fuh ayat.

"Kau buat apa?"

"Post gambar."

Dia kembali ke biliknya melalui bilik air.

Aku cuma memandang langkahnya.

Period kah?

Ada sesapa tau?

Aku betul-betul tak paham.

Vernon Jatuh Dari Langit [√]Where stories live. Discover now