1

510 76 24
                                    

"Hai. Nama aku Qis. Nama aku panjang lagi tapi aku tau yang korang tak nak tau. Aku penganggur paling terhormat. Umur aku 20. Aku tangguh pembelajaran. Sepatutnya aku habis belajar masa umur 21. Tapi aku stop sekejap atas sebab tertentu. Aku-."

"Qis!"

Aku mengeluh. Aku pandang pantulan diriku di cermin. Tadi tu aku cakap kat cermin. Tapi mama menganggu pula.

Ok ok.

"Oh Qis!" Sekali lagi mama panggil aku. Entah sejak bila aku adik beradik dengan Oh Sehun. Kalau aku adik beradik dengan dia, makan hati ulam jantunglah along nanti.

Sebab along simpan hasrat nak kahwin dengan Sehun.

Faham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Maksudnya, kalau aku adik beradik dengan Sehun, automatik along iaitu kakak aku adik beradik dengan dia.

K ayat keling.

"QIS!!!" Sampai tercampak sikat yang aku jadikan mikrofon tadi. Kuatnya suara mama. Aku berlari keluar dari bilik. "Kenapa ma?"

"Kau tengok ni." Mama tunjuk ke satu arah yang bila aku tengok, ianya sinki yang dipenuhi pinggan kotor.

"Jadi?"

"Jadi basuhlah! Takkan nak harapkan mama je yang buat kerja? Along kau kerja. Angah kau pun kerja. Hanis sekolah. Muhammad pun sekolah. Kau je yang ada dekat rumah. Spender berlambak dalam mesin basuh. Jemurlah! Kau ni anak dara jenis apa, hah? Kalau kau terus macam ni, tak ada siapa yang nakkan kaulah." Mama membebel. Sepanjang mama membebel tu aku cuma tenung kuku.

Bukan biadap, tapi demi mengelak daripada aku melawan. "Tak dengarlah tu. Lantaklah kau nak jadi apa. Penat mama dengan kau. Mama nak masuk bilik. Bye." Mama langgar bahu aku.

Aku jongket bahu. Aku pergi dekat sinki and mula membasuh pinggan-pinggan. Bila dah habis basuh, aku jemur spender pula.

Settle.

Aih, bosanlah pulak.

Apa kata aku ikut iklan pembersih Joy?

Aku ambil napkin dari atas sofa. Aku pergi dekat rak pinggan. Periuk pun ada jugak kat situ.

Aku ikat napkin tu tutup mata aku. Aku pegang periuk tu. Bahagian dalam aku sentuh-sentuh.

"Berminyak. Masih ada sisa masakan yang melekat."

Aku bau pulak periuk tu. "Berbau. Kalau saya, saya akan cuci lebih lagi." Aku letak periuk tu. Napkin aku buka.

Aku buat muka terkejut.

"Ni saya punya?"

"Ni yang saya cuci tadi." Aku tergelak kecil. Mata aku julingkan ke atas.

Apalah aku merepek ni. Periuk aku simpan balik.

"Abang kita hensem, mari jalan-jalan."

"Ayang kita ohsem, berdua-duaan."

Aku mendengus. Siapa pulak yang menyanyi ni?

Tak ada lagu lain ke yang boleh dinyanyi?

Aku keluar dari rumah. Aku bungkus kepala guna tuala je. Leher aku biarkan. No kecam-kecam.

Aku intai rumah sebelah. Si kembar ni rupa-rupanya.

Kembar sepasang yang tak seiras.

Yang lelaki nama Amir. Yang perempuan nama Amirah. Mereka lagi muda daripada aku. Umur baru 17.

"Woi woi woi!" Aku jerit. Amir hentikan lagu tu. "Kenapa, kak?" Amirah bertanya. Aku bagi diorang jelingan tajam.

"Karaoke tak ajak." Aku sengih sambil melangkah ke rumah sebelah. Diorang sudah ketawa sendiri. Entah apa yang lawak. "Akak nak lagu apa?" Amir tanya aku.

"Lagu Clap by Seventeen."

"Lagu Korea?"

Aku angguk. "Kitorang tak minatlah..."

"Kisah apa aku?" Aku dengan tak malunya membuka lagu Clap. Aku nyanyi sorang-sorang. Si kembar cuma melihat aku dengan muka bosan.

Vernon Jatuh Dari Langit [√]Where stories live. Discover now