24

157 29 11
                                    

Aku membuat kira-kira. Nak call ke tak?

Call?

Kalau aku call, nanti dia rimas pulak. Nak kena bagi alasan dekat member lain semata-mata nak jawab call aku.

Tak call?

Aku yang meroyan sambil dengar lagu Wany Hasrita nanti. Kedua-dua lagu Wany Hasrita kena dengan situasi aku sekarang.

"Oh angin~. Kau kirimkan, kalimah kasihku."

Tak pon...

"Walau hatiku menangis. Walau jiwaku merintih~."

"Huhuhu..." Habis menyanyi aku berhuhu. Telefonku berbunyi lagu Salimah.

Aku dengan malas ambil telefon dan jawab panggilan tu. "Hello." Aku berkata dengan malas.

"Kau tak suka ke aku call?"

Terbeliak terus mata aku. Astagaa.

"Eh tak! Aku ingat Dayah yang call." Laju aku membantah.

Lantaklah kalau Si Dayah tu terbatuk-batuk kat rumah.

Dahlah asyik palau aku.

"Ye aku tau kau suka aku call."

"Bila masa aku cakap macam tu?" Tanyaku. Tiba-tiba je cakap aku suka dia call walaupun itu kenyataan.

Ketara sangatkah?

"Yelah. Semangat sangat kau bantah. Lek-lek sudah."

"K fine. Kau menang. Ambiklah kemenangan kau. Sila bawa ke padang mahsyar."

Dan baru aku sedar ayat aku deep.

Ya ampunn.

Dah kenapa aku ni?

"Padang mahsyar? Dekat mana tu?"

Soalan apakah itu?

"Manalah aku tau."

"Tak tau cakap buat apa?"

"Senyaplah kau."

Tut tut tut.

"Hello?" Aku tengok skrin telefon.

Dia dah end call.

π_π

Aku suruh senyap dan dia betul-betul senyap.

Huhuhu.

Aku terpandang surat di atas meja.

Ni lagi satu.

Aku lupa nak bagitau dia pasal aku sambung belajar. Budulah.

Aku ketuk dahi aku dengan jari. Kalau ikutkan aku nak ketuk dengan kamus. Tapi aku takut aku terketuk kuat sampai amnesia.

Tak pasal-pasal je aku lupa siapa Vernon.

Sekali lagi pintu bilikku terbuka. Dan muka Sopeah terpacul.

"Kau nak apa lagi?" Aku tanya dengan malas. "Tolong aku buat kerja Pendidikan Islam ni."

Aku menjeling dia. Pennya dirampas.

"Kau ni memang dari darjah 1 markah Pendidikan Islam kau rendah. Kalau asyik rendah je markah, macam mana nak maju? Macam mana Islam nak bangkit kalau umat Islam boleh failed dalam hal kecik macam ni? Lagi-lagi kalau soalan senang pon tak boleh jawab. Serious aku cakap, membazir je mama hantar kau pergi sekolah agama. Markah kelaut jugak. Astagaa. Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang? Tulah. Kerja asyik nak main basikal lajak je. Bila polis sita basikal lajak tu mulalah nak buat ayat sedih."

Aku membebel sambil menulis jawapannya. Aku memang jenis yang tak reti mengajar. So kalau Si Sopeah atau Ammar tanya pasal homework diorang, aku straight away tulis jawapannya. Lepas tu aku suruh diorang tenung dan fikir macam mana boleh dapat jawapan tu.

Macam tulah cara aku.

"OK thanks." Dia ambil buku dan terus ke pintu. "Oi oi oi. Dah 2 kali kau tanya homework kau. Belanjalah coklat Cadbury. Yang kecik pon jadilah."

Dia julingkan mata ke atas. "Yelah. Esok aku beli."

"Bagus!" Aku berkata sambil tangan membuat isyarat menghalaunya.

Sekali lagi telefonku berbunyi. Aku tengok nama yang tertera di skrin.

Vernon my lovey-dovey~

AHSVXJDLALAZNSXBEGAHSVSYAB.

Nak merajuk dengan dialah +_+.

Main tutup je call.

"Hello."

"Ya. Nak apa? Tadi tutup call."

"Ermm. Sorry. Tadi tiba-tiba Seungkwan ceroboh bilik. Sebab tu kena end call."

Aku buat ekspresi 'ouh' walaupun aku tau Vernon tak nampak.

"Ermm ok."

"Kau merajukkah?"

"Eh, tidak. Tadi mungkin ya. Tapi memandangkan aku dah dengar alasan kau, kira oklah."

"Baguslah jikalau begitu."

"Perlu ke formal sangat? Geli pulak tekak aku cakap bahasa skema macam ni."

"Tulah. Aku pun saja je gurau-gurau."

"Ek eleh. Nak gurau sangat gurau dalam biliklah."

Dengan spontan aku berkata.

Dah nama pon spontan, aku sendiri tak sedar yang aku dirty talk dengan dia.

Ya ampunn.

"Eh mana kau tau aku dalam bilik sekarang ni?"

Astagaa yini orang.

Tu pon tak faham ke?

Tapi baguslah kalau dia tak paham.

¶_¶

"Aku teka je. Tak sangka lak betul."

"Ouh... Eh, aku ada good news."

"What is that?"

Berdebar hati aku tunggu jawapa dia.

"Aku dengan member Seventeen nak datang sana memandangkan kitorang diberi cuti!"

Automatik aku melompat atas katil mendengar berita tu.

"Seriously? Yeay!" Aku bersorak. Vernon pulak ketawa dihujung talian.

Dan aku teringat pasal surat atas meja tu.

"Ermm weh. Aku nak cakap ni."

"Apa dia?"

"Aku nak sambung belajar. Aku kan dah tertinggal 2 tahun?"

Apa yang aku sangkakan adalah dia gembira dan ucap tahniah sebab terbuka jugak pintu hati aku untuk sambung belajar.

Tapi lain yang aku dengar.

"Aku tak suka kau sambung belajar."

Wat de hel wit dis men?

Vernon Jatuh Dari Langit [√]Where stories live. Discover now