26

172 28 0
                                    

Hari ni hari Ahad. Hari Ahad adalah hari hujung minggu. Hari hujung minggu adalah hari dimana aku selalu mereput.

Aku akhirnya buat keputusan untuk ke taman sementara mama masak lunch. Aku pakai selipar dan terus ke taman. Tudung aku dah pakai dari tadi.

Selepas 5 minit berjalan, aku sampai di taman. Taman ni ada beberapa budak kecik. Aku duduk atas buaian lalu buaian dihayun perlahan. Nasib baik tempat buaian ni teduh since ada pokok besar.

Tiba-tiba ada someone duduk di buaian sebelah. Aku pusingkan kepala.

Aishh. Aku tak nak jumpa dia.

Baru je aku nak bangun untuk blah, dia cakap...

"Duduklah kejap."

"Malas." Balasku. Aku berdiri tapi tak sempat aku nak jalan, dia pegang lengan aku yang berlapik lengan baju. Cepat-cepat aku tarik tangan aku.

"Kau dah kenapa nak pegang-pegang?"
"Kaulah! Aku nak cakap tapi kau nak blah."

"Kalau apa yang kau nak cakap tu benda sama macam semalam, forget it."

"Duduk dan dengar. Then apa yang kau nak buat lepas ni, up to you." Aku akur akhirnya. "Apa dia?"

Vernon bangun dari buaian. "Duduk sana." Dia kata sambil tunjuk ke arah bangku dimana kami berdua serta Nabil pernah duduk. Bangku tu ada meja sekali. Meja kayu. Pepandailah imagine.

Aku dan dia pergi ke bangku tu. Dia membetulkan duduk. Aku pulak menanti kata-kata daripada dia.

"OK look." Dia memandang tepat ke mata aku. Aku angkat kening tanda yang aku masih menanti.

"Aku tau aku yang beria-ia suruh kau sambung belajar haritu."

"Ya. Aku tau pasal tu. And pasal tulah aku pening dengan kau." Dengusku. "Actually, you know? Aku sayang kau, kan?"

Muka aku panas membahang tiba-tiba.

"Ya dan aku rasa tak perlu untuk kau cakap pasal benda ni." Dia tergelak. "Ermm k. Sebab aku sayang kaulah aku tak nak kau sambung belajar."

"Motif?"

"Dekat sana nanti ramai student lelaki yang hensem. So aku takutlah kau berpaling tadah."

Aku ternganga mendengar alasan dia. Dia angguk sekali. "Kau tu dahlah jenis yang senang jatuh cinta." Sambungnya.

K. Yang tu betul. Aku senang jatuh cinta.

"Kau tak suka aku sambung belajar sebab tu je?"

"Sebenarnya ada beberapa lagi tapi tu yang utama." Dia jawab sambil sengih. "And you know? Aku mampulah tanggung kau. Tak payah kerja pon tak apa."

AJSBWIJSJEBDIWNAKQRHDOWNBDH.

Aku segan!

"Ermm." Tu je yang aku mampu balas dalam keadaan aku yang tengah blushing.

"Alolololololo... Janganlah malu-malu." Galak pulak dia usik aku.

"Tak payahlah bangang." Kan aku dah mencarut. Dia gelak.

Habis saja dia gelak, suasana krik-krik.

"Sebenarnya en." Dia terus pandang aku bila aku bersuara. "Sebenarnya apa?"

"Sebenarnya kau tak payah risau pon pasal aku nak sambung belajar ni."

"Why?"

"Sebab aku... Ermm. Aku kan suka kau? Kau berganda lagi hensem daripada diorang. Kau orang Korea pulak tu. Ada mix-blood lagi. Penyanyi terkenal Korea. Ramai peminat. Student-student tu apa ada?"

Ya ampunn. Kenapa aku puji dia banyak sangat.

Dia dah start kembang.

"Kau nak apa puji lebih-lebih ni?"

"Entahlah. Sebenarnya mulut aku yang gatal sangat puji kau. Tapi alang-alang kau tanya nak apa tu, aku nak coklat Cadbury boleh?"

Dia gelak lalu gosok kepala aku sampai tudung senget.

"Finally, my Qis are back." Katanya dengan senyuman manis yang ya Tuhan... Aku tergoda.

"My kiss?"

"My Qis lah. Kang aku kiss kau betul-betul kang. Terus tak surprise bila dah kawin nanti."

Muka aku membahang sebab dia bangkitkan hal tu.

"Err dahlah. Jom balik. Mana tau mama dah siap masak." Kataku lalu mendahului langkah.

Dia ni suka sangat buat aku segan.

Dia dekat belakang aku dah tergelak-gelak. Entah apa yang lawak sangat, aku as wife dia pon tak tau.

Vernon Jatuh Dari Langit [√]Where stories live. Discover now