Aku menghampiri Vernon yang sedang mengunyah nasi goreng. Bekas bawang goreng dia ambil pula.
Dia menaburkan lagi bawang goreng. "Ermm. Vernon." Tegurku. Dia memalau aku.
"Weh."
"Vernon."
"Hansol Vernon Choi."
Dia still palau aku.
K aku rasa kali ni mesti menjadi.
"Chagi~."
"Apa kau nak?"
Kan aku dah cakap?
Belum sempat aku kata apa-apa, Vernon bawa pinggan nasi goreng tu naik atas. Dia nak makan kat bilik.
Mama yang baru keluar dapur tu aku terpa.
"Ma, tengok tu. Dia nak makan dalam bilik." Aduku. "Biarlah dia. Dia makan dalam bilik pun, bilik dia bersih. Bukan macam bilik kau. Kalau mama jadi lipas sekalipun, mama tak ingin nak duduk dalam bilik kau."
"Baguslah kalau tak ada lipas. Qis pon rimas gila dengan lipas. Nak penyekkan geli dengan lendir warna putih yang keluar tu."
"Malas nak layan kau." Mama duduk di meja makan lalu memotong sayur. Aku naik ke tingkat atas.
Aku sememangnya bukanlah jenis yang suka tolong orang masak.
Sebab dulu sampai hangus hitam legam bila aku goreng ikan. Aku dah cakap siang-siang dah kat mama. Aku tak reti nanti hangus. Memotong sayur pun aku tak reti. Takut terhiris jari :").
Lagipun aku bukannya makan ikan. Dulu masa kecik aku makan ikan tulangnya tegak dekat gusi aku yang still tak ada gigi geraham. Sakit woo.
Sejak tu aku serik nak makan ikan. Aku cuma makan ikan pari je. Itupun kalau nak. Kalau tak nak aku goreng telur je.
Bagi aku, telur dadar yang ditambah bawang berganda-ganda tahap kesedapannya berbanding ikan pari.
Serious aku cakap.
Aihh. Apa aku melalut ni?
Aku cuba buka pintu bilik tetamu ni. Dia kuncilah pulak.
Alololo. Mesti dia malu lepas confess secara halus tu.
Perlu ke aku berterus-terang kat Vernon yang aku tipu dia pasal couple ngan Nabil tu?
Atau terus berpura-pura berkasih dengan Nabil a.k.a si sewel tu?
Kalau aku pilih yang pertama tu, besar kemungkinan dia happy and ajak aku couple atau paling gelojoh ajak aku kawin.
Kalau yang kedua pula, aku tak tau apa motifnya kalau aku pura-pura.
Aku lebih yakin kepada pilihan pertama.
Aku masuk bilik aku dan cuba ceroboh bilik dia ikut bilik air.
Kunci jugak!
"Wehh, Vernon."
"..."
"Kau dengar tak ni?"
"Apa lagi kau nak?"
"Aku nak cakap sesuatulah."
"Tapi aku tak nak cakap apa-apa. So jangan ganggu aku."
"Alololo... Malulah teww. Kau ingat aku tak paham bila kau confess cara halus?"
"Diamlah kau."
"Dulu bukan main lagi jual mahal. Bila orang panggil chagi je mesti bengang."
"Baik kau diam sekarang." Dia memberi arahan dengan suara keras.
"Siap nak kahwinkan aku dengan Nabil jiran sebelah pulak tu. Suka sangat kenen-kenenkan kitorang. Bila kitorang dah couple, mulalah dengar lagu Khai Bahar. Aku tersungkur menunduk meraung~."
"AKU KATA DIAM!" Aku terkedu. Dia jerit. Of course lah dengan suara jantan. Badanku terus menggigil. Aku terkejut sangat ni.
Aku dapat dengar dia membaling barang ke arah pintu bilik air ni. Aku yang rasa seram terus masuk bilik aku dan kunci pintu bilik air serta pintu bilik.
Aku takut dia ceroboh lepas tu cekik aku. Aku selubung dalam selimut walaupun cuaca kat luar tengah panas.
Aku menggigil dalam selimut.
Aku ni jenis yang tak boleh kalau ada orang jerit dekat aku. Automatically aku boleh menggigil, rasa macam sejuk terus badan aku. Kadang-kadang tu sampai keluar air mata.
Aku tak taulah nak rasa apa.
A. Rasa bersalah sebab memprovok dia. Bila ada terserempak mintak maaf.
B. Merajuk dengan dia sebab suka hati dia je nak jerit-jerit, nak tengking-tengking aku.
C. Palau dia. Kalau dia ada cuba pujuk lagi bagus. Boleh palau dia sampai dia kecik hati.B dengan C tu macam sama je.
Lantaklah.
Pintu bilik air diketuk dari dalam sana. Badan aku jangan cakaplah. Lagi teruk menggigil. Nasib baik tak terkencing.
"Qis."
Aku tak jawab. Jarang dia panggil aku dengan nama. Selalunya 'wehh' je. Kadang-kadang terus terjah dengan ayat.
Macam masa aku termenung lepas tu Nabil tegur tapi aku tak layan and akhirnya Nabil pergi kerja. Masa tu dia terjah dengan ayat, "bahagia nampak."
Back to the story.
"Qis. Aku mintak maaf."
Aku palau dia. Sebenarnya aku tak boleh nak cakap. Tengah menggigil sangat ni.
:")
"Kau marah aku ke?" Dia tanya.
"..."
"Janganlah macam ni. Aku mintak maaf sangat."
"..."
"Chagi."
Panggilan tu buat aku punya gigilan berkurangan.
Kuasa cinta, gaiss.
"Saya mintak maaf, k? Maafkanlah saya."
Lembut pulak pertuturan dia buat aku tergoda.
"Chagiyaa."
"..."
"Sayang, maafkanlah abang sebab tengking sayang tadi. Abang bukannya apa. Cuma abang malu."
Ya Allah...
Tolong cari balik iman aku.
Aku tak tahan ni. Kalau aku TERterkam dia jangan salahkn aku.
K k gurau je.
"Baby, forgive me, baby."
"Aihh. Bahasa apa lagi?"
"Chagi... Jeongmal mianhae."
Rasa kejam pulak kalau palau dia. Dari tadi dia cakap sorang-sorang. Aku tak balas sepatah haram pun.
Aku buka pintu bilik air. Dia terus senyum lebar bila tengok aku.
"Kenapa panggil aku bukan-bukan? Aku ni gf Nabil lah. Nanti dia fikir apa pulak."
Wajah dia terus berubah.Ya Allah apa aku cakap ni?
"Aihh. Sorry."
"Takpe. Ermm. Jomlah makan ABC. Seperti yang dijanjikan." Pelawaku. Dia angguk perlahan lalu kembali ke biliknya. Untuk bersiap, mungkin?
YOU ARE READING
Vernon Jatuh Dari Langit [√]
Fanfiction♣mengisahkan Qis yang asyik berangan nak kahwin dengan Vernon.♣ dlm cerita ni, mari kita bongkar siapa Qis yg sebenarnya. 50% memang fakta kehidupan Qis 50% direka supaya x terlalu tunjuk siapa Qis sebenarnya.(ayat keling) start: 18/1/18 finish: 25...