45 | Final?

214 24 4
                                    

Warning!

1279 words including Qis's notes

###############################

Hari ni dah masuk hari pertama Raya Aidilfitri. Aku bersiap dalam bilik. Hari ni aku pakai shawl. Takkanlah hari-hari nak pakai bawal. Ye dok?

Aku dengan Daniel dah balik Malaysia daripada semalam lagi. Seventeen pon ikut! Diorang semua Daniel dah belikan baju. Tapi Daniel mintak duit kat diorang untuk ganti duit dia. Oh ya, selain Seventeen, ada lagi sorang yang turut datang. Ni dikira first time aku jumpa dia. Nak tau siapa? Baca jelah.

Tema?

Kelabu!

Semua ikut cakap aku. Jujur aku cakap. Tahun ni adalah tahun first kitorang satu family pakai sedondon.

Selama ni serabut.

"Sayang, mana songkok?"

Daniel pon asyik tak jumpa barang je setiap kali nak bersiap.

"Songkok awak? Dalam almarilah. Mana ada saya alihkan." Aku jawab sambil struggle melilit shawl.

Daniel menghampiri aku. Dia alihkan tangan aku yang pegang shawl. "Let me help you."

"Tapi songkok pon awak tak cari lagi."

"Tak apa. Saya tinggal sarung songkok je." Dia tolong aku lilit shawl. Wahh... Ini rare.

"Mana awak tau nak buat?"

"Google and YouTube kan ado?" Aku gelak kecik. "Done. Now, tolong saya cari songkok."

Aku tanpa banyak songeh terus pergi ke almari. Aku cari punya cari, tak ada.

Jangan bergurau.

Dah pukul 10 ni. Biasanya pukul 10 dah ada dekat bawah dah semua orang.

"Tak adalah." Rungutku. "Tulah. Mana entah perginya." Daniel dah garu kepala.

"Korang, cepatlah. Semua dah ada dekat bawah tu." Baba muncul di muka pintu.

"Jap. Ba, ada songkok tak?" Soalku. Baba julingkan mata ke atas untuk ingat balik. "Ouh, ada. Nak ke?"

"Nak." Daniel jawab. Baba pon pergi ke biliknya yang dekat tingkat bawah. Tak lama lepas tu baba muncul balik dan bagi songkok dekat Daniel. Baba terus keluar lepas tu.

Daniel pakai songkok tu. Tapi songkok tu besar. Sampai ke mata. Kasihannya husband saya.

"Besarnya." Daniel dah cebikkan bibir. Cium kang baru tau.

"Pakai jelah. Jom." Aku tarik tangan dia turun ke bawah. Dekat bawah bising dengan suara Seventeen. "Turun pon korang. Berambut aku tunggu." Kata Kudin a.k.a Wonwoo. Sempena hari raya ni rasa macam nak guna nama melayu diorang je.

"Habis? Selama ni kau botak ke?" Jeling Daniel. Kudin sengih. "Cepat beratur. Kita bermaaf-maafan." Baba berkata dengan kuat bagi melawan suara milik member Seventeen.

"OK!" Semua beratur. Ikut susunan umur. Mula-mula along. Last sekali Muhammad. Yang tengah tu Seventeen jelah.

"Uncle nak duit raya!"

"Uncle, kasi lebih sikit."

"Uncle, dulu saya selalu tolong aunty masak. Bagilah saya lebih."

Macam-macam lagi ragam ahli Seventeen.

Aku pulak?

"Ba, baba hensem gila hari ni. Nak duit raya."

Tulah ayat aku. Semua pakat-pakat membodek. Ada yang terus mintak duit raya. Mintak maaf pon belum. Teruk betul.

Vernon Jatuh Dari Langit [√]Where stories live. Discover now