Bunyi jam telefon Daniel buatkan aku terjaga. Jam dikerling. 6 pagi. Dia nak apa bangun pukul 6?
Aku ambik telefon dia. Dia ada letak label. Aku baca.
Solat subuh ~
Alamak. Wa sentap. Selama ni aku kunci jam jugak tapi tak bangun.
:")
"Awak. Bangun. Solat subuh." Aku gerakkan tubuh Daniel. Dia tutup muka pakai selimut.
"Awak." Aku cucuk badan dia. Tak nak bangun jugak. Nanti kau.
Aku mendekatkan bibirku ke telinganya.
"Yaasiin. Walqur'aanil hakiim. Innakalaminal mursaliin. 'Alaa—." Tak sempat aku habiskan bacaan yaasiin, dia dah bangun dengan nafas tercungap-cungap.
"Tau pun nak bangun. Bangunlah. Dah subuh dah ni." Dia angguk walaupun still blur. Aku melangkah ke bilik air lalu gosok gigi dan cuci muka. Then barulah aku berwudhu'.
Daniel pun sama. Masing-masing tak mandi. Elok sangatlah tu.
Lepas dah standby, aku solat berimamkan Daniel.
Beberapa minit kemudian, kami selesai solat subuh. Daniel terus landing atas katil balik.
"Sinilah, sayang." Dia tepuk katil. Aku pun ikut jelah memandangkan aku ngantuk.
Dia tidur sambil peluk aku.
"Ting ting tangting. Tara ting ting ke ting tangting." Entah apa yang merasuk aku untuk nyanyi lagu budak Dato' Siti Nurhaliza tu.
"Tak payahlah nyanyi. Senyap je. Tidurlah sekali." Daniel berkata dengan mata tertutup. Tangannya membelai rambut aku and macam semalam. Aku mengantuk dan seterusnya tertidur.
♣♣♣
Aku terbangun bila terdengar bunyi bising TV dekat tingkat bawah. Aku tengok sebelah. Mana Daniel?
Aku ambik tuala and pergi mandi. Lepas 10 minit aku settle mandi. Aku pakai baju lengan pendek warna biru. Seluar pulak seluar track warna hitam. Rambut aku ikat rendah. Aku kalau ikat rambut selalu ponytail nya rendah.
Aku keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah. Lepas ni tak payah dah pakai tudung dalam rumah. Hohoho.
Lelaki yang ada pun baba, angah, Muhammad dengan Daniel. Muhammad adik aku.
"Baru bangun? Semalam cemana?" Angah menyoal. "Sibuklah kau."
"Mentang-mentang dah ada suami, aku diabaikan. Biasanya elok je kau gurau dengan aku."
"Tak payah nak buat ayat sedih kat sini." Aku tempeleng kepala dia.
"Tina saya sudah pulang. Mana janjinya? Cucur Adabi yang enak." Daniel tiba-tiba muncul di muka pintu sambil nyanyi. Dia panggil aku Tina?
Tina, Niel.
Fulamak.
"Wahai Niel saya baru je turun bawah. Cucur Adabi tak ada." Aku sambung nyanyi.
"Alahh. Nak cucur Adabi yang enak."
Mengada lak dia ni.
"Awak ni tak habis-habis nak cucur Adabi yang enak. Nak saya bagi cucur kaki yang enak?"
Dia dan aku gelak untuk lawak bodoh yang kami buat. Inspirasi daripada video Ajiq Haris di Instakilogram.
"Tapi serious ni. Saya nak cekodok. Boleh?" Dia buat muka cute. "OK. Tapi cekodok apa?"
"Cekodok apa je yang awak reti."
"Ewaah ewaah. Kalau dia mintak OK aje. Kalau aku mintak, kau bagi kaki. Macam ni adik? Huh!"
Angah menyampuk dan acah merajuk.
"Merajuklah kau jauh-jauh. Malas nak layan." Aku masuk ke dapur and start cari bahan nak buat cekodok.
"Niel, mama mana?"
"Mama dekat kedai gunting rambut. Tadi sayalah yang hantar. Nanti kalau dah siap mama call."
"Ouh."
Aku senyap balik. Tangan pulak cekap memotong sayur. "Kenapa tak kejut saya masa awak bangun?"
"Saya tengok awak bukan main syok lagi tidur. Malas saya nak kacau."
Dia menarik papan pemotong dan pisau di tangan aku diambil. "Awak pergilah bancuh tepung tu. Biar saya potong sayur." Aku angguk lalu aku bancuh tepung. Kuali pulak diletak di tunku(?) dapur. Minyak dimasukkan and seterusnya api dihidupkan.
Lepas aku tengok minyak dah panas, aku mendekati Daniel. "Dah siap?"
"Dah." Dia tolak mangkuk yang berisi sayur tu ke arahku. "Thanks." Aku masukkan sayur tu dalam bancuhan tepung.
Lastly, dimasukkan ke dalam kuali. Satu sudu bancuhan tepung tu je.
Selepas digoreng, aku angkat dengan penapis lalu letak dalam pinggang. Cekodok tu aku persembahkan depan Daniel.
"Jap eh. Saya rasa." Daniel menggigit cekodok tu.
"Sedap. To long ambik sos. Angah! Mehlah makan cekodok. Tak payahlah merajuk lagi!"
Daniel mula melaung panggil angah. Aku pulak tolong ambikkan sos.
Isteri mithali ♥.
YOU ARE READING
Vernon Jatuh Dari Langit [√]
Fanfiction♣mengisahkan Qis yang asyik berangan nak kahwin dengan Vernon.♣ dlm cerita ni, mari kita bongkar siapa Qis yg sebenarnya. 50% memang fakta kehidupan Qis 50% direka supaya x terlalu tunjuk siapa Qis sebenarnya.(ayat keling) start: 18/1/18 finish: 25...