34

148 25 4
                                    

Kenapa Daniel?

Daniel tu Kang Daniel ke?

Kalau ya, mamposlah aku kena belasah dengan Aina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau ya, mamposlah aku kena belasah dengan Aina.

Aku kena tanya!

Terus aku menghampiri angah dengan kaki dihentak ke lantai. Rambutnya aku tarik.

"Aduh! Kau kenapa nak tarik rambut aku?" Angah dah struggle nak lepaskan tangan aku daripada rambut dia. ML turut diabaikan demi kesejahteraan rambutnya.

Ewaah.

"Kau bagitau aku sekarang! Siapa Daniel? Kenapa Daniel? Aku nak kawin dengan Vernon. Hansol Vernon Choi. Bukannya Daniel, Kang Daniel. Sila explain!" Aku meroyan sambil tarik rambut dia.

"Aduhhh! MAMA!" Angah dah panggil mama. Gedik betul.

"Ha ye? Kenapa ni?" Soal mama yang baru keluar dari dapur sambil lap periuk.

"YA AMPUNN ANAKKU! LEPASKAN RAMBUT ANGAH KAU! KAU TAK TAU KE RAMBUT TU PENTING BAGI LELAKI?"

Mama baru sedar yang aku tarik rambut angah. Rambut angah yang dipenuhi kelemumur tu aku lepaskan.

"Kenapa ni? Cer citer." Mama cekak pinggang. Aku tarik nafas panjang-panjang.

"Siapa Daniel? Kenapa Daniel? Qis nak kawin dengan Vernon. Hansol Vernon Choi. Bukannya Daniel, Kang Daniel. Sila explain!"

Ayat tadi aku ulang.

Mama ketawa. Jangan cakap yang aku nak kawin dengan Vernon cuma mimpi.

Aku berlari ke arah longgokan kotak-kotak cenderamata tetamu. Setiap kotak aku tengok.

Meraikan cinta

Qistina & Daniel

Semua sama!

Siapa Daniel?

Kenapa mama ketawa?

"Pleaselah ma. Jawab cepat." Aku goncang badan mama walaupun agak susah sebab badan mama chubby.

"Sabar jap. Bagi mama habis gelak."

Dan mama pun ketawa selama 3 minit lamanya.

Aku cuma pandang mama macam ni...

-_- .

"OK OK. Daniel tu suami kau nantilah. Suami sendiri pun tak kenal? Punyalah berkepit hari-hari."  Jawab mama akhirnya.

"Bila masa pulak Qis nak kawin dengan Daniel? Daniel yang Qis kenal 4 orang je. 2 orang tu pondan. Sorang tu abang sedara Nabil. Sorang lagi abang Mia."

Mama dah tergeleng kepala. Wait. Aku dapat rasa aura mama membebel.

"Tulah kau. Dah nak kawin pon asyik bangun lewat. Lepas bangun mandi terus makan. Lepas makan masuk bilik. Sampai apa yang berlaku pon kau tak tau. Daniel tu Vernon lah. Tu nama Islam dia."

Mama luku kepala aku sekali. Auch.

Aku terkebil-kebil. Daniel tu Vernon?

"Since when?" Aku acah speaking. "Since yesterday punya yesterday. At 9 a.m. Have you wake up that time?"

Mama pun nak speaking.

Jap jap. Aku dengar benda brokenlah. Apa eh?

English wakaka.

English broken.

Tak baik kutuk mama sendiri *taubat*.

Aku angguk je. Lega sikit aku bila tau yang Daniel tu Vernon.

Nama dia cuma Daniel ke?

Baru je aku nak tanya, mama dah masuk dapur.

Aku mengabaikan niat aku nak tanya tu lalu kembali ke ruang tamu. Angah dah jeling aku.

Aku dab.

Suwekk.

"Kenapa kecoh-kecoh tadi?" Vernon muncul di pertengahan tangga. "Tak ada a—."

"Tadi dia ingatkan dia kawin dengan Kang Daniel esok. Punyalah mengamuk sampai rambut aku kena tarik. Dia kata dia nak kawin dengan k—."

Aku terus tekup mulut angah demi mengelakkan dia bercerita dengan lebih lanjut.

"Kawin dengan?" Vernon jongket kening. Mintak sambungan ayat. "Tak ada apa." Aku sengih lalu tarik tangan aku daripada mulut angah. Tangan dilap di baju angah sebab ada semburan air liur dia.

Eewww.

"Jom ke meja luar jap." Ajak Vernon. Aku angguk. Kami ke meja luar. "Kenapa awak tak pernah bagitau saya yang awak dah ada nama Islam?" Aku tanya, acah merajuk.

"Saya ingatkan awak tau." Vernon a.k.a Daniel sengih. Mati-mati aku ingat aku kawin dengan Kang Daniel.

"Apa nama penuh awak?" Aku nak tau sangat ni. Panjang tak? Atau cuma Daniel?

"Muhammad Daniel Firhat."

Sedap pulak nama dia.

"Idea siapa?"

"Nabil dengan si kembar." Rasa macam nak tercekik je dengar nama Nabil. Dia dah ada girlfriend dah pun.

Lawa lagikan ayu. Bukan macam aku yang kasar semacam.

Masa aku sekolah menengah dulu baba pun pening dengan perangai aku. Lasak ya ampun.

"Bakal pengantin jangan selalu jumpa. Nanti muak!" Angah jerit dari dalam. Aku dah roll eyes.

Lepas ni aku panggil Vernon, Daniel.

"Masuklah." Arahan Daniel aku patuh. Kenalah practice jadi bini kah kah kah. Aku masuk ke rumah. Sempat lagi aku luku kepala angah sebelum lari masuk bilik.

Takut ada yang meletup marah nanti.

Malam ni malam berinai!

Nasib baik aku ingat.

Vernon Jatuh Dari Langit [√]Where stories live. Discover now