Bab 1 - Kerja

311 16 8
                                    

"Mak.. izinkan El cari kerja. El nak sekolah." Berkerut dahi puan Ayz Shah.

"El nak cari kerja apa. El baru 16 tahun." Puan Ayz Shah mengusap tangan anak gadisnya itu.

"Mak kawan El tengah cari pekerja dekat kedai baju dia, bolehlah El kerja sana. Mak izinkan tak?" Puan Ayz Shah mengangguk kepala. Tersenyum Elina lalu dicium lama tangan emaknya itu.

"Terima kasih mak." Puan Ayz Shah mengusap rambut anaknya itu.

"Sama-sama sayang. Semoga anak mak berjaya suatu hari nanti. Aamiin."

"Inshaallah, mak. Aamiin." Dipeluk tubuh yang membesarkannya dari bayi sehingga kini.

*****

"Kau nak kerja? Ayah takkan benarkan!" Elina memandang wajah encik Ismail tanpa rasa takut.

"Ini keputusan El! El nak sekolah, ayah! El nak berjaya!"

"Kerja depan mata pun kau tak terbuat, kau nak buat kerja kat luar tu? Nak jadi kuli orang?"

"El lebih rela jadi kuli orang dari kerja depan mata yang ayah sebutkan tu. Buang masa." Terus Elina masuk ke dalam bilik dan direbahkan badan diatas katil. Lilin dihujung katil dipandang sepi.

'El janji mak, satu hari nanti El akan ubah cara hidup kita.' Bisik hati Elina sebelum melelapkan mata.

*****

"Jadi mulai harini, kamu kerja bahagian susun baju. Boleh El?" Soal Puan Kamiliah.

"Boleh cik Liah." Tersenyum Elina bila dia diterima kerja dikedai pakaian itu. Puan Kamiliah tahu sebab mengapa Elina mencari kerja dikedainya. Kerana kesiankan Elina, puan Kamiliah mengambil keputusan untuk terima Elina bekerja dengannya. Kenapalah hidup gadis ini tidak seperti gadis lain yang berada diluar sana?

'Semoga El berjaya satu hari nanti.' Doa puan Kamiliah didalam hati. Elina bekerja sambil tersenyum gembira. Dia hanya memakai seluar jeans hitam dan t-shirt lengan panjang manakala rambutnya dibiar lepas.

"Assalamualaikum." Ucap seorang wanita berusia.

"Waalaikumsalam, Dhia. Lama betul kau tak datang kedai aku." Wanita yang dipanggil Dhia itu ketawa.

"Maaflah Liah oi. Aku sibuk sikitlah dengan majlis-majlis kat sekolah tu." Puan Kamiliah menepuk bahu Dhia.

"Kau nak beli baju ke Nadhia?"

"Yelah. Nak beli apa lagi kalau bukan baju dekat kedai kau ni? Ke kau ada ambil stok lain selain baju?" Kata Puan Nadhia sambil mengangkat sebelah kening.

"Tak adalah Nadhia. Takut tak laku je kalau ambil stok lain."

"Ambil stok sikit saja, Liah. Tak adalah rugi." Puan Kamiliah mengangguk kepala.

"Betul juga cakap kau. Nanti aku bincang dengan suami aku. Ni aku nak kenalkan dengan pekerja baru aku. El.. mari sini sekejap." Elina yang sedang menyangkut baju berpaling memandang puan Kamiliah.

"Sekejap cik Liah." Setelah disangkut semua baju, Elina berjalan ke arah puan Kamiliah dan puan Nadhia.

"Ye cik Liah. Ada apa?" Soal Elina lalu dipandang wajah kedua-dua wanita dihadapannya itu.

"Ini cik Liah nak kenalkan kamu dengan kawan cik Liah. Panggil saja cik Dhia. Dhia.. inilah pekerja baru aku, nama dia Elina. Panggil El." Disalam tangan puan Nadhia dengan sopan. Tersenyum puan Nadhia, diusap lembut rambut Elina yang panjang separas bahu.

"Cantik." Pujian puan Nadhia membuatkan hati Elina gembira.

"Terima kasih." Malu-malu Elina mengucapkannya.

"Sama-sama sayang." Balas puan Nadhia.

"Kalau tak ada apa-apa, El sambung kerja dulu."

"Pergilah sambung kerja balik." Elina terus berlalu apabila puan Kamiliah membenarkan dia sambung bekerja. Puan Nadhia hanya memerhati tingkah Elina yang sedang menyangkut baju.

"Kenapa pandang dia macam tu?" Tersentak puan Nadhia apabila puan Kamiliah menegurnya.

"Cantik budak tu. Berapa umurnya? Nampak macam pelajar sekolah."

"Budaknya memang cantik pun. Umur dia 16 tahun."

"16 tahun? Kenapa tak sekolah?" Puan Nadhia menyoal hairan.

"Dia terpaksa berhenti sekolah sebab keluarga dia susah. Sekarang ni dia kerja sini sebab nak kumpul duit, nak ambil spm katanya." Puan Nadhia cuma mengangguk kepala.

"Ada mak bapak lagi ke?"

"Ada, apa pulak tak ada. Emaknya tak bekerja, ayah tiri dia pula malas bekerja. Duit harapkan dari abang-abang dia saja. Itupun tak cukup. Kenapa kau tanya? Kau nak ambil dia jadi anak angkat ke?"

"Entahlah Liah. Aku ni kempunan nak ada anak tapi tulah, kau tahukan aku tak boleh mengandung?" Ditepuk perlahan bahu puan Nadhia.

"El tu baik budaknya. Ambil sajalah jadi anak angkat. Aku kenal mak bapak budak tu."

"Nanti aku tanya suami aku dulu."

"Ayah tirinya saja yang bermasalah. Rumah pun mana ada elektrik dan air paip." Puan Nadhia memandang pelik ke arah puan Kamiliah.

"Kau biar betul Liah? Zaman sekarang manalah ada rumah orang tak ada elektrik dengan air."

"Mula-mula aku memang tak percaya tapi bila pergi rumah dia, barulah aku percaya. Nak menolong pun tak boleh Dhia oi, ayah tirinya tu pelik sangat."

"Apa yang peliknya?'

"Tak mahu minta bantuan. Lepastu suka mengamuk dekat rumah. Hari-hari dimakinya si shah dengan El. Kalau akulah, dah lama aku minta cerai kalau dapat laki macam tu." Puan Nadhia cuma menggeleng kepala mendengar cerita yang disampaikan oleh kawannya itu.

*****

"Assalamualaikum mak.. El dah balik." Prangg!! Terkejut Elina bila mendengar pinggan pecah didapur sebelum suara keras keluar dari mulut ayah tirinya itu. Elina mampu menggeleng kepala dan berlalu masuk kedalam bilik yang dikongsi bersama emak dan adik lelaki yang berusia 5 tahun.

"Kenapa tu mak?" Puan Ayz Shah yang sedang baring disebelah seorang kanak-kanak lelaki itu memandang wajah Elina yang berada dimuka pintu.

"Minta duitlah, apa lagi. Tak dapat duit, dia pecahkan barang yang dekat dapur tu." Elina mengangguk kepala dan baring dikatil bujang dihujung bilik.

'Ya Allah, kau kuatkan hati aku dan emak untuk  menghadapi semua ini. Aamiin." Selepas membaca doa tidur, Elina melelapkan mata.

*****

"Rumah tak kemas, kau buat apa kat rumah? Goyang kaki?" Berdesing telinga Elina mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh encik Ismail.

"Ayahkan tidur, nak sapu nanti ayah kata habuklah apalah. Ayah bangunlah dulu, nanti el sapu."

"Menjawab kau eh? Siapa ajar kau? Mak kau ajar kau?" Keluhan dilepaskan oleh Elina.

"Tak ada siapa ajar, el yang nak menjawab." Disuap lagi nasi putih berlauk kentang goreng kedalam mulutnya. Hatinya sakit bila mengenangkan kisah hidupnya.

'Ya Allah, kau berilah kami jalan keluar dari penderitaan ini.' Bisik hati Elina.

{DONE}

Please vote and comment!
Sorry Ayz terpaksa publish balik.
Dah lama sangat tak sambung cerita ni sampai lupa jalan cerita dia.

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now