Bab 33 - Reject ke dia keliru?

148 7 3
                                    

Hari ini adalah hari terakhir SPM. Cepatnya masa berlalu. Dan hampir setahun Rayyan meninggalkan dia.

"El!" Elina tersenyum melihat Qi berjalan mendekatinya dan beberapa pelajar melihat Qi sudah tersenyum. Siapa tak kenal? Ex senior hensem kot. Sampai saja dihadapan Elina, Qi menghulurkan coklat yang diubahsuai seperti jambangan bunga yang disorok dibelakang badannya. Elina ketawa kecil.

"Kenapa beli? Baru habis SPM bukan ambil result SPM." Qi tersengih.

"Hadiah sebab kau dah habis jawab kertas soalan. Erm... nak ke tak ni? Taknak aku bagi Su je." Suhaila yang berdiri disebelah Elina sudah tersengih. Dari mata Suhaila, dia tahu abang sepupunya mencintai Elina. Tapi taknak luahkan dekat Elina.

"Eh mestilah nak. Gila tak nak? Coklat ni!" Terus dirampas jambangan coklat dari tangan Qi lalu cium seolah itu bunga. Suhaila mengangkat sebelah keningnya sambil memandang Qi. Terselit juga senyum sinisnya. Qi melihat itu cuma mengusap tengkuknya. Aduh! Malulah. Suhaila ketawa. Elina memandang pelik apabila Suhaila ketawa.

"Kau kenapa tetiba ketawa?" Terhenti tawa Suhaila. Kali ni Qi pula yang tersenyum senget sambil mengangkat kening beberapa kali.

"Aku ketawa sebab lelaki depan kita ni taknak jujur yang dia sukakan kau. Buat malu je jadi lelaki." Bulat mata Qi, terus dia memeluk leher Suhaila dengan geram.

"Ah El! Tolong aku! Lepaslah Qi! Rosak tudung aku woi!" Elina yang melihat itu sudah ketawa. Digeleng kepala beberapa kali. Dia tahu Qi mencintainya tapi dia tak dapat balas perasaan tu jadi dia mengambil keputusan untuk senyap saja.

"Amik kau! Buat malu aku jelah." Setelah puas dirosakkan tudung adik sepupunya, dia tersenyum puas. Suhaila mencebik bibir sambil membetulkan tudung yang sudah sedikit senget kerana perbuatan Qi.

"Betul apa? Werk!" Dijelir lidah dihadapan Qi dan terus menyorok dibelakang Elina. Sekejap Elina ke kanan, sekejap ke kiri.

"Weyh korang dah lah tu! Pening woi!" Terjerit Elina melihat telatah mereka berdua. Comel je dia tengok Qi yang tahan geram dengan karenah Suhaila. Terus Elina memeluk lengan Qi dan pergerakan Qi terhenti. Direnung tajam Suhaila yang sedang tersenyum mengejek.

"Siap kau kalau aku dapat kau!" Suhaila ketawa sambil dia berjoget sedikit. Nak ejek Qi dan beberapa melihat kejadian itu turut ketawa melihat suhaila berjoget.

"Dah Iman. Kau macam tak tahu Su macam mana." Diusap lengan Qi yang berlapik dengan baju kemeja lengan panjang.

"Sebab dah tahulah aku nak ajar budak kecil tu. Hish geramnya aku." Elina makin erat memeluk lengan Qi. Kang dikejarnya Suhaila tu pulak kalau terlepas. Aryan mengetap gigi melihat adegan Elina memeluk lengan Qi.

'Apa muslihat kau Qi? Kau suka Elina juga ke?' Soal Aryan didalam hati. Panas hatinya melihat Elina yang cuba memujuk Qi. Apa lebihnya Qi dari aku? Kerana tidak tahan melihat kejadian itu, Aryan melangkah masuk kedalam bilik guru.

*****

Qi menongkat dagu sambil memandang Elina yang leka menyuap kek cheese ke mulut. Comel. Elina terlampau kusyuk dengan keknya dan langsung tak menghiraukan Qi dihadapannya.

Habis saja kek yang berada dipinggan terus Elina mengangkat muka dan matanya bertembung dengan mata Qi. Habis merah pipinya melihat senyuman manis yang terukir dibibir lelaki itu. Qi mengusap tangan Elina yang berada diatas meja itu.

"El..." Elina cuma diam bila Qi memanggilnya. Dengan suara lembut dari lelaki itu membuatkan Elina malu mengangkat muka. Makin lebar senyuman dibibir Qi melihat wajah malu-malu Elina itu. Diusap cincin pemberian Rayyan.

'Nak je aku cakap yang cincin Rayyan bagi ni pilihan aku. Aku yang pilih cincin ni untuk kau. Tapi aku tak mampu nak jujur El. Sebab aku tahu aku cuma kawan dan bukannya kekasih kau.' Bisik Qi didalam hati.

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now