Bab 21 - Kubur

123 9 0
                                    

Elina duduk dibuaian dibalkoni bilik sambil memandang langit. Bintang-bintang bertaburan dilangit membuatkan Elina teringat Rayyan.

"Sayang. Cuba kau tengok langit." Elina hanya menurut apa yang diarah oleh Rayyan. Kekasih hatinya.

"Kenapa dengan langit?" Soal Elina pelik. Cuma ada bintang bertaburan je.

"Diantara berjuta-juta bintang, hanya satu bintang yang paling terang. Diantara berjuta wanita, hanya kamu yang paling aku sayang. Bintang-bintang bawa kami bersama, restuilah cinta kami berdua. Hingga sampai mati yang memisahkan raga bukan memisahkan cinta kita..." Elina ketawa setelah Rayyan habis menyanyikan part tersebut.

"Awak nyanyi macam awak nak pergi tinggalkan saya je." Ujar Elina sambil memandang langit. Rayyan cuma tersenyum melihat Elina memandang langit. Dia nyanyi lagu kau diantara bintang itu kerana dia tahu akan tiba masanya dia akan menghadap ilahi. Waktu tu dia akan terpisah dengan Elina didunia ni.

'Memang aku akan tinggalkan kau pun sayang...' bisik hati Rayyan.

"Kalau kau rindu aku nanti, kau tengok je bintang dekat langit macam sekarang ni. Bayangkan muka aku, mesti rindu kau akan terubat."

"boleh percaya ke ni?" Soal Elina dengan nada mengusik.

"Eee dia ni. Mestilah boleh percaya." Diusap rambut Elina yang sudah semakin panjang.

"Jangan potong rambut tau. Aku suka tengok rambut kau yang panjang. Kau nampak makin cantik." Ucap Rayyan dengan ikhlas. Elina memandang Rayyan dan tersenyum suka.

"Okay... saya takkan potong rambut dah lepas ni." Ujar Elina sebelum dia kembali memandang langit.

Elina memegang rambut yang semakin panjang. Dia mengambil keputusan untuk tidak memotong rambut kerana itu kehendak Rayyan. Dikesat air mata yang menitis kerana mengingatkan kembali kenangannya bersama Rayyan.

"Betul cakap awak Rayyan... hilang sikit rindu saya dekat awak bila saya pandang langit yang bintang bertaburan sambil bayangkan muka awak. Saya rindu awak... sangat-sangat." Ucap Elina sebelum dia bangun dan masuk kedalam bilik. Dia kena tidur kerana esok dia mahu melawat kubur arwah Rayyan.

*****

"Assalamualaikum Rayyan... saya datang lawat awak, saya harap awak selesa duduk dekat sana. Semalamkan awak, saya jumpa seorang lelaki yang muka dia seiras dengan awak. Sampai saya terfikir yang itu awak. Maafkan saya. Tiga hari lepas saya masuk wad, saya pengsan sebab badan saya kekurangan air. Awak... dah tiga bulan awak tinggalkan saya, tapi masih saya tak dapat biasakan diri dengan keadaan sekarang. Saya rindu awak. Sangat-sangat. Erm... saya baca surah yassin untuk awak ye?" Lalu Elina membaca surah yassin dengan mata menahan air mata jatuh mengalir.

"Saya minta diri dulu. Saya sentiasa doakan kebahagiaan awak dekat sana. Nanti saya datang lagi. Assalamualaikum." Elina bangun setelah mencium batu nisan yang tertera nama Rayyan bin Rizman. Air mata yang ditahan sedari tadi mengalir setelah dia meninggalkan kubur arwah Rayyan.

*****

Aryan keluar dari tempat persembunyian setelah motor yang dibawa Elina meninggalkan perkuburan. Dia sampai disini terlebih dahulu dari Elina tapi setelah nampak kelibat Elina, dia terus menyorok. Tujuan dia dengan Elina sama iaitu menziarahi kubur arwah Rayyan.

'Dia ke gadis yang dimaksudkan Rayyan? Ya Allah, macam mana aku mahu dekati gadis itu? Boleh ke aku laksanakan amanat yang arwah beri pada aku?' Bisik hati Aryan. Aryan mengambil keputusan untuk mengabaikan soalan itu terlebih dahulu. Didekati kubur milik Rayyan.

"Assalamualaikum, Rayyan. Aku Aryan, aku harap kau tak lupa aku. Aku rasa aku dah jumpa perempuan yang kau cinta. Inshaallah aku akan buat amanat yang kau beri dengan baik. Dia cantik Rayyan, lagi-lagi bila dia bertudung macam tadi. Beruntung kau dapat dia. Erm... Rayyan, aku minta diri dulu. Nanti aku datang lagi. Assalamualaikum." Terus Aryan bangun dan melangkah kearah kereta yang diparking tidak jauh dari perkarangan perkuburan itu.

"Patutlah hati aku sakit bila tengok Elina menangis. Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku untuk melaksanakan amanat dari arwah. Aku sendiri tak tahu aku mampu ke tidak untuk melaksanakan amanat itu. Aku akan cuba sedaya upaya aku." Ucap Aryan sebelum dia menghidupkan enjin kereta dan memandu meninggalkan perkuburan islam.

*****

"Kakak pergi mana tadi?" Soal puan Nadhia setelah Elina masuk kedalam rumah.

"Kubur." Puan Nadhia bangun dan menghampiri Elina. Puan Nadhia menyedari mata Elina sembap dan hidungnya merah.

'Mesti kakak baru lepas menangis.' Bisik hati puan Nadhia.

"Lain kali bagitahu dulu sebelum pergi. Mama risau bila kakak tak ada dekat dalam bilik. Motor pun tak ada dekat garaj."

"Maafkan kakak, mama."

"Tak apalah. Kakak pergi naik, mandi. Kejap lagi turun makan petang pulak ye?" Elina mengangguk dan berlalu naik ketingkat atas. Puan Nadhia mengeluh sebelum berlalu ke dapur.

*****

Aryan meletakkan tangan kanannya diatas dahi dan tangan kirinya diatas perut. Digigit lembut bibir bawahnya.

'Macam mana nak dekat dengan Elina? Aduh! Idea datanglah kau. Aku perlukan kau sekarang ni.' Bisik hati Aryan sambil memejamkan mata.

"Hah! Aku dah dapat idea! Yeah!!" Jerit Aryan sambil melompat-lompat diatas katil.

"Ayan! Apa yang bising-bising tu?" Terus terhenti pergerakan Aryan. Dia tersengih seperti kerang busuk.

"Tak ada apa-apa mak." Jerit Aryan semula. Dia duduk bersila diatas katil sambil tersengih-sengih. Diambil handphonenya dan didail nombor kawan baiknya. Setelah panggilannya dijawab...

"Bro..."

{DONE}

Siapa aryan sebenarnya? 😱

Please vote and comment!

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now