Bab 26 - Lawat

128 7 0
                                    

"Macam ni... pakcik nak tanya dari mana kamu tahu Elina dekat sini?" Aryan sudah menarik nafas lega mendengar soalan encik Nazmi.

"Saya cikgu sementara disekolah Elina jadi saya tahu Elina masuk hospital dari guru kelas Elina. Saya kebetulan lalu situ dan dengar dia berbual dengan pakcik melalui telefon." Encik Nazmi mengangguk kepala.

"Betul kamu nak lawat anak pakcik?"

"Betul pakcik, tapi kalau pakcik tak bagi tak apa. Saya tahu saya tak patut datang sini." Ujar Aryan sambil menunduk kepala.

"Pakcik bukan apa... anak pakcik masuk hospital sebab stress lepastu dia pengsan. Muka kamu pula serupa dengan muka arwah kekasih anak pakcik." Dipegang bahu Aryan. Taknaklah Aryan berkecil hati dengan percakapannya.

"Pakcik cuma taknak anak pakcik sakit lagi. Kalau betul kamu datang nak lawat, masuklah. Tapi kalau boleh jangan tanya apa-apa perkenaan arwah ye?"

"Baik pakcik. Terima kasih pakcik sebab bagi saya lawat Elina." Aryan berdiri diikuti encik Nazmi.

"Pakcik dapat rasakan kamu ikhlas lawat Elina. Masuklah, pakcik nak kebawah sekejap." Aryan mengangguk dan menolak perlahan pintu wad.

'Saya memang ikhlas lawat Elina, pakcik. Tapi dalam pada masa yang sama saya nak laksanakan amanat yang arwah bagi pada saya.' Kata Aryan didalam hati. Elina yang sedang memandang keluar tingkap itu dipandang Aryan.

"Assalamualaikum." Elina berpaling kearah pintu dan dia terdiam.

"Tak baik tau kalau tak jawab salam."

"Waalaikumussalam." Jawab Elina perlahan. Aryan duduk dikerusi sebelah katil dan menyeluk tangan kedalam sweater dan menarik keluar seplastik coklat yang dibeli dari kedai tadi.

"Nah. Saya tak tahu nak beli apa sebagai buah tangan. Awak suka coklat tak?" Elina memandang huluran Aryan dan menyambut sambil mengangguk kepala.

"Terima kasih."

"Kasih diterima." Pipi Elina merona merah apabila Aryan berkata begitu dan cepat-cepat dia mengoyak bungkusan plastik coklat. Dipatahkan coklat menggunakan jarinya, satu dimasukkan kedalam mulut satu lagi dihulurkan ke Aryan.

"Untuk saya?" Elina mengangguk kepala.

"Terima kasih." Sekali lagi Elina cuma mengangguk kepala. Melihat Elina yang leka mengunyah coklat, Aryan mengambil beberapa keping gambar Elina tanpa disedari oleh tuan punya badan.

"Bila boleh keluar?" Soal Aryan. Tak mahu suasana sepi menemani mereka berdua.

"Tak tahu. Papa kata mungkin dalam tiga empat hari macam tu." Aryan mengangguk kepala.

"Jadi boleh saya lawat awak lagilah lepas ni?" Elina mengangguk kepala dan tersenyum manis. Aryan terpana melihat senyuman itu. Senyuman ikhlas.

"Boleh asalkan esok awak belikan sepotong kek coklat, satu balang popia horlicks." Aryan tersengih mendengar berkata begitu.

"Anything for you." Terhenti Elina yang mahu mematahkan coklat sebelum dia tersipu malu. Seolah dihadapannya itu Rayyan dan bukannya Aryan. Aryan berbual dengan Elina setelah melihat Elina selesa dengan kehadirannya. Dia bersyukur kerana dia tidak dihalau oleh Elina sendiri.

*****

Selepas Aryan pulang, Elina duduk tersenyum-senyum sedari tadi. Puan Nadhia menyiku pinggang encik Nazmi membuatkan tablet yang dipegang hampir jatuh.

"Aduh awak ni sayang. Kenapa siku abang? Jatuh tablet ni naya je kena beli baru." Puan Nadhia tersengih.

"Abangkan kaya, beli jelah baru tablet tu kalau jatuh. Ni saya nak tanya, masa saya tak ada tadi apa jadi?" Encik Nazmi mencebik bibir mendengar jawapan dari puan Nadhia.

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now