Bab 16 - Mimpi

164 6 3
                                    

"Ayah, El tak nak." Elina merayu dan cuba menarik tangannya semula.

"Sekejap je sayang. Tak lama pun." Encik Ismail membaringkan Elina di atas katil. Elina cuba membangunkan dirinya namun encik Ismail menahan kedua-dua tangannya dengan tangan encik Ismail sendiri.

"Yah! El tak nak!" Elina cuba membentak namun dan rontaan demi rontaan terjadi namun tidak mematahkan niat encik Ismail untuk meratah badan anak tirinya itu.

Elina memeluk lutut ditepi meja belajar sambil teresak-esak selepas bermimpi tentang kejadian dimana dia terpaksa melayan nafsu ayah tirinya itu.

'Ya Allah. Kenapa aku bermimpi tentang kejadian itu lagi? Aku.. aku tak kuat Ya Allah.' Elina berbisik didalam hati. Hanya kedengaran suara tangisan yang perlahan kerana tidak mahu mengejutkan puan Nadhia dan encik Nazmi yang sedang tidur dibilik sebelah. Akhirnya dia tertidur dalam keadaan memeluk lutut sehingga pintu bilik diketuk oleh puan Nadhia kerana mahu mengejutkan Elina untuk bersiap ke sekolah.

*****

"Kau pahal el? Termenung je dari tadi lagi aku tengok." Elina menoleh ke arah Suhaila sambil tersenyum nipis.

'Tak mungkin aku mahu memberitahu rahsia aku yang satu itu. Tak ada seorang pun yang tahu.' Bisik hati Elina.

"Mengantuklah Su. Lepas tu aku terfikir pasal Laina." Elina membaringkan kepala diatas meja sambil menghadap Suhaila.

"Kenapa dengan Laina?"

"Kau tahukan aku dah jadi girlfriend Rayyan?" Suhaila mengangguk kepala. Mana boleh dia tak tahu, lepas sehari Elina menjadi kekasih Rayyan, Elina sendiri yang memberitahu dirinya.

"Laina dah banyak kali jumpa aku dan paksa aku putus dengan Rayyan." Suhaila menggeleng kepala perlahan.

"Ee tak tahu malu betul perempuan tu. Tamak gila Laina tu. Dah tu, kau cakap apa?"

"Aku cakaplah tak nak. Aku kan sayang Rayyan, mana mungkin aku nak putus dengan orang yang aku sayang." Suhaila mengangguk kepala.

"Bagus. Kau kena pertahankan hubungan kau dengan Rayyan. Anggap saja Laina tu televisyen rosak yang asyik memekak ulang benda yang sama je. Okay?" Elina tersenyum.

"Televisyen rosak? Ada ada je kau ni kan Su." Suhaila cuma tersengih.

*****

"Weyh Rayyan. Muka kau pucatlah. Sakit kepala kau datang balik ke?" Perlahan-lahan Rayyan mengangguk kepala. Qi mengeluh perlahan.

"Kau buat apa sampai kau sakit kepala?"

"Aku masuk bilik kakak aku, lepas tu tiba-tiba je sakit kepala. Nasib aku sempat makan ubat. Ermm .. Qi. Pucat sangat ke muka aku?"

"Lain kali jangan fikirkan benda macam tu, nanti kau sakit kepala lagi. Pucat lah jugak. Kalau orang rapat dengan kau, mungkin dia orang perasan muka kau yang pucat ni."

"Aku baru nak jumpa Elina. Kalau pucat sangat, tak jadilah jumpa Elina. Nanti dia risau pulak tengok muka pucat aku ni." Qi tersenyum sebelum menepuk perlahan bahu Rayyan.

"Pergilah jumpa dia. Risau tu tanda dia sayang kau. Kau taknak bagitahu sakit kau dekat dia?" Rayyan menggeleng kepala perlahan.

"Aku taknak dia risau. Nanti dia jadi macam kau. Itu tak boleh buat, ini tak boleh buat." Qi ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh Rayyan.

'Aku jadi macam ni sebab aku risau kau kenapa-napa. Aku taknak hilang kau, Rayyan. Kau satu-satunya kawan yang paling memahami aku. Kalau Elina tahu mesti Elina pun akan jadi macam aku. Mesti dia juga takut kehilangan orang yang dia sayang.' Bisik hati Qi.

"Kalau dia tahu pun, mesti dia akan risau. Orang yang dia sayang muka pucat macam ni." Rayyan mencebik bibir.

"Apa-apa jelah. Okay, aku nak pergi jumpa Elina. Bye-bye." Qi cuma memandang Rayyan melangkah meninggalkan dia.

'Kau kuat, Ray. Kalau aku ditempat kau, mesti aku tak sekuat kau.' Bisik hati Qi.

*****

"Hai sayang." Selamba saja Rayyan menegur Elina dikantin yang ketika itu bersama beberapa pelajar perempuan kelas 4 gigih. Beberapa pelajar perempuan itu cuma tersenyum memandangkan khabar berita tentang Elina couple dengan Rayyan sudah tersebar disetiap tingkatan.

"Hai. Dah makan ke?" Rayyan menggeleng kepala lalu duduk sebelah Suhaila dan juga dihadapan Elina.

"Nak saya belikan makanan?"

"Tak pe sayang. Aku boleh beli sendiri, ni cuma nak tanya balik nanti tunggu kat mana?" Soal Rayyan sambil memerhati setiap inci wajah Elina.

"Perpustakaan. Balik pukul 3 petang." Rayyan mengangguk kepala dan mula berdiri.

"Kalau macam tu, jumpa nanti. Bye sayang." Selepas melihat muka malu-malu Elina, Rayyan berlalu pergi dengan senyuman lebar. Dia memang suka melihat wajah Elina yang malu-malu sebegitu, makin buat hari-hari dia ceria dan bahagia.

*****

Rayyan menayang aiskrim cornetto coklat dihadapan muka Elina yang sedang leka membaca novel. Elina tersentak sebelum memandang gerangan yang berani mengacau dia membaca novel.

"Ee awak ni. Bawa aiskrim masuk dalam library pulak." Rayyan cuma tersengih.

"Nak ke tak nak? Kalau tak nak, aku bagi dekat perempuan yang jaga kaunter tu." Soal Rayyan sambil mengangkat kening. Elina terus merampas aiskrim cornetto yang berada di tangan Rayyan dan membuka balutan aiskrim tersebut.

"Terima kasih."

"Kasih diterima sayang." Terhenti tangan Elina yang mahu menarik aiskrim keluar dari kertas membalut aiskrim tersebut. Dipandang wajah selamba yang dipamerkan Rayyan.

"Kenapa pandang aku macam tu? Aku hensem sangat ke hari ni?" Soal Rayyan. Pelik melihat Elina yang memandang dia sebegitu.

"Memang awak hensem. Cuma.." Rayyan mengangkat sebelah kening.

"Cuma apa?" Elina diam sebentar dan masih memandang wajah Rayyan.

'Janganlah dia perasan muka aku pucat.' Bisik hati Rayyan.

"Muka awak nampak pucatlah. Awak tak sihat ke?" Rayyan menelan air liur.

"Ha-haah aku tak berapa sihat sangat. Mungkin sebab tak cukup tidur." Rayyan cuba mengawal riak wajah supaya tidak nampak yang dia sedang menipu.

"Kenapa tak cukup tidur? Belajar-belajar jugak, tapi janganlah sampai sakit. Saya risaulah dengan awak ni." Rayyan tersenyum nipis melihat Elina yang risau dengannya. Dia rasa diri dia betul-betul dihargai. Kenapa dia tak rasa benda ni bila dengan Laina?

'Sudah-sudahlah tu fikir pasal Laina. Sekarang Elina girlfriend kau. Bukan Laina.' Bisik kata hati Rayyan sebelum Rayyan menarik nafas.

"Sayang takyah risau. Aku okay, pening sikit je. Balik nanti aku rehat. Okay?"

"Betul ni? Kalau tak larat, awak balik je sekarang ni, saya boleh tunggu mama sorang-sorang." Rayyan memegang tangan kanan Elina sebelum diusap perlahan.

"Aku okay sayang. Jangan risau. Aku nak teman kau. Takkan aku nak biar kau tunggu sorang-sorang." Elina tersenyum. Dipandang tangannya yang diusap Rayyan.

"Awak jaga kesihatan, jaga diri. Okay janji?" Rayyan tersenyum dan mengangguk kepala.

'Aku tak sampai hati nak tinggalkan kau suatu hari nanti El. Tapi aku akan cuba bahagiakan kau selagi aku mampu, selagi aku masih hidup.' Rayyan tekad, selagi ada waktu, dia mahu sentiasa bersama dengan Elina. Dia tidak mahu kehilangan Elina.

{DONE}

Please vote and comment!

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now