"Kakak macam mana? Teruk ke?" Terjah encik Nazmi ketika masuk kedalam bilik kesihatan. Puan Nadhia yang sedang duduk menyandar pada kerusi sebelah katil tempat Elina berbaring hampir saja terjatuh.
"Ya Allah, abang! Apa ni?" Encik Nazmi hampir saja ketawa melihat isterinya hampir terjatuh dari kerusi kerana terkejut. Aryan juga sembunyi senyum. Mujur tak terlepas tawanya.
"Sorry, sorry. Kakak macam mana? Teruk ke?" Puan Nadhia dengan muka tak puas hatinya memandang suaminya. Malu weyh! Sudahlah ada Aryan sekali dalam bilik kesihatan ni.
"Teruklah jugak. Tangan terhiris kaca hampir saja kena nadi kakak. Kaca kecil terbenam dalam kulit kakak dekat bahagian jari dah dikeluarkan."
"Kenapa tak bawa kehospital terus?" Soal encik Nazmi. Dah tahu teruk bawa jelah anak tu ke hospital.
"Kelengkapan sini lengkap dan ada doktor saya panggil tadi. Tunggu kakak sedar je." Encik Nazmi mengangguk kepala.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Dia duduk dibirai katil lalu mengusap rambut Elina. Tudung sekolah dah selamat ditanggalkan dan baju kurung Elina sudah diganti dengan baju sukan sekolah kerana baju kurung sekolah sudah terkena darah yang agak banyak. Aryan hanya menyandar badan pada dinding berdekatan pintu masuk bilik kesihatan. Nasib saja dia tak ada kelas selepas rehat.
"Dari apa yang saya tahu, ada pelajar bagitahu Suhaila yang Elina mengamuk dalam tandas. Kakak tumbuk dinding. Masa saya sampai je, tangan kakak berdarah dan cermin pecah dah berselerak dekat lantai. Bila saya, Aryan dengan Suhaila nak tenangkan Elina, Elina mengamuk. Apa yang saya nampak waktu tu, macam bukan Elina. Dia menjerit, keluar kata-kata kesat. Saya dah fikir kakak kena rasuk tadi. Dan kakak ada cakap sesuatu sebelum Aryan terpaksa pengsankan kakak." Ujar puan Nadhia dengan panjang lebar.
"Kakak cakap apa?" Encik Nazmi menyoal, rasa ingin tahu itu makin kuat.
"Dia cakap ada orang marah dia, orang tu cakap kakak murah. Orang itu kata lagi, kakak yang rampas Rayyan dari Laina." Encik Nazmi terdiam.
"Sayang tahu siapa orang yang cakap macam tu dekat kakak?" Puan Nadhia menggeleng kepala. Dari riak wajah, encik Nazmi tahu isterinya sendiri rasa sakit hati apabila anaknya digelar perempuan murah dan perempuan perampas.
"Ada tanya pelajar sekolah?" Soal encik Nazmi lagi. Dia terpaksa batalkan mesyuarat pentingnya selepas mendapat berita tentang Elina. Mujur pihak syarikat yang bakal dia bekerjasama ini faham dengan apa yang dihadapi encik nazmi. Mesyuarat tadi dibatalkan dan akan diganti pada hari lain.
"Mereka tak tahu. Suhaila sendiri tak tahu siapa yang cakap macam tu dekat kakak. Yang dia tahu kakak cakap nak pergi tandas, bila kakak pergi tandas lama sangat Suhaila nak pergi cari tapi baru je nak cari ada pelajar panggilan Suhaila dan beritahu kakak mengamuk dalam tandas."
Encik Nazmi mengangguk faham. Keluhan dilepaskan lalu memandang Elina yang masih tidak sedarkan diri. Setengah pergelangan tangan kanan berbalut sehingga ke jari-jemari Elina. Dia jatuh kesian. Tak cukup dengan berita kematian Rayyan, kini Elina terpaksa menghadap cacian orang pulak.
"Puan... saya minta diri dulu, cikgu Mazrah suruh saya gantikan dia." Puan Nadhia mengangguk faham. Aryan memandang Elina sebelum dia membuka pintu bilik kesihatan. Dia melangkah pergi dengan hati yang sedih.
'Maafkan aku Ray... aku tak dapat jaga Elina dengan baik.' Bisik Aryan didalam hati.
*****
Elina membuka mata perlahan-lahan. Dia mengerdipkan mata beberapa kali barulah matanya jelas dengan keadaan sekeliling. Dia bangun sambil memegang kepalanya. Pening yang dia rasakan sekarang ni.
"Kau baring jelah. Keadaan kau tak okay lagi." Tajam mata Elina memandang Aryan yang menegurnya. Aryan meletakkan semangkuk bubur dimeja kecil disebelah katil Elina berbaring.
"Nak makan? Aku suapkan."
"Keluar." Aryan yang sedang mengacau bubur terhenti mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Elina.
"Aku nak suapkan kau makan. Kenapa suruh aku keluar pulak?" Soal Aryan. Pelik dengan ayat yang keluar dari mulut Elina.
"Aku cakap keluar." Lagi terkejut bila Elina menggunakan panggilan aku. Belum pernah Elina menggunakan kau-aku dengannya. Cuma dia yang selalu guna panggilan itu.
"El-"
"Aku cakap keluar!" Tengkingan Elina membuatkan Aryan dua kali bertambah terkejut. Gila! Macam versi elina hulk. Makin bengang Elina melihat Aryan yang hanya diam.
"Tak cakap bahasa ke sial? Keluarlah! Aku taknak tengok muka kaulah!" Aryan berdiri dan matanya tajam menikan mata Elina. Dadanya turut naik menahan dari menghamburkan kata-kata kesat. Dia tak adalah penyabar mana pun.
"Jaga kata-kata kau, Elina." Ujar Aryan sebelum dia keluar dari bilik kesihatan. Dia menarik nafas sedalam mungkin dan dilepaskan perlahan-lahan.
'Ray... mampu ke aku? Aku rasa aku tak mampu, Ray.' Bisik Aryan didalam hati. Elina yang memandang Aryan keluar dan tanpa semena-mena setitik air matanya mengalir dipipi.
'Ray... saya nak ikut awak.' Bisik Elina didalam. Entah apa yang merasuk Elina waktu itu, dia mencabut tiub yang dicucuk dibelakang tapak tangan kirinya dengan kasar. Rasa sakit yang dia rasa dia abaikan.
Barang-barang yang berada diatas meja sebelah katil ditolak kasar sehingga jatuh berderai diatas lantai. Dia menjerit sekuat hati sambil melutut. Ketika itu puan Nadhia dan encik Nazmi berhampiran bilik kesihatan terkejut dengan jeritan itu.
"Sayang, tu macam suara kakak je." Kata encik Nazmi.
"Ka-kakak? Ya allah kakak. Abang, cepat!" Terus puan Nadhia melajukan langkah diikuti encik Nazmi dari belakang menuju ke bilik kesihatan.
"Kakak!" Terkejut encik Nazmi dan puan Nadhia melihat Elina melutut diatas lantai, barang-barang diatas meja berterabur diatas lantai termasuk bubur yang dibawa Aryan sebentar tadi.
"Ya allah, kakak. Kakak kenapa ni?" Terus dipeluk Elina dari belakang. Elina terus menerus menjerit dan menangis didalam dakapan mamanya. Encik Nazmi turut memeluk isteri dan anaknya. Mereka berdua berada didalam dakapan si papa.
"Kakak... bawa beristigfar... jangan macam ni." Tiba-tiba suara tangisan terhenti membuatkan encik Nazmi dan puan Nadhia kebingungan. Bukan tadi Elina menangis? Tup tup senyap.
Encik Nazmi memegang kedua-dua bahu Elina dan memusing menghadapnya dan terkejut apabila kepala Elina terlentok dengan sendirinya. Puan Nadhia turut terkejut dan cemas.
"Abang, cepat bawa Elina ke hospital." Tangan Elina yang berbalut dengan kain pembalut luka (maaf saya tak tahu apa nama pembalut tu) itu kembali berdarah membuatkan puan Nadhia makin cemas. Encik Nazmi terus mencempung tubuh Elina dan di bawa kedalam kereta. Beberapa pelajar yang melihat encik Nazmi mencempung Elina berbisik sesama sendiri.
"Kak Huda! Tolong panggil cleaner bersihkan bilik kesihatan, saya nak hantar Elina ke hospital. Dia tiba-tiba pengsan." Dengan kalut puan Nadhia bercakap dengan cikgu Huda yang lebih tua darinya. Beberapa cikgu yang berada didalam bilik guru berpandangan sesama sendiri.
"Okay Dhia, nanti akak bagitahu cleaner. Dhia pergi cepat, lama suami kamu tunggu nanti." Puan Nadhia mengangguk kepala dan terus berlari ke kereta.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
RomanceElina Ayzrina. Gadis yang banyak kenangan pahit dari manis. Kenangan manis baginya hanya kenangan bersama keluarga angkat dan juga kenangan bersama Rayyan. Si kekasih hati. Saat bahagia mula datang, rayyan meninggalkan elina buat selamanya kerana sa...