Bab 5 - berkenalan

159 8 3
                                    

"Ma.. kakak masuk kelas dulu ye?" Ujar Elina lalu mencium tangan puan Nadhia.

"Hati-hati." Puan Nadhia hanya memandang pemergian Elina ke blok F.

*****

"Weyh jom pergi dekat abang sepupu aku jap."

"Siapa abang sepupu kau?"

"Qi." Elina memandang Suhaila. Macam pernah dengar pula nama tu tapi kat mana eh?

"Tak ingat ke? Ala yang 2 minggu lepas aku jerit nama dia lepastu suruh bagitahu Rayyan yang kau suka dia tu." Membulat mata Elina bila sudah mengingati siapa lelaki yang bernama Qi. Seminggu dia malu bila berjumpa dengan kawan-kawan Rayyan.

"Ingat?" Elina mengangguk kepala.

"Seminggu aku malu. Punca dia datang dari kau." Suhaila ketawa mengejek. Suka betul dia haritu bila setiap kali jumpa kawan-kawan Rayyan pasti Elina cuba mengelak. Sanggup jalan jauh semata-mata tak nak terserempak dengan mereka. Ada sehari tu dia tebalkan juga muka lalu depan kawan-kawan Rayyan, Suhaila pula cuma ketawakan dia.

"Buat apa jumpa Qi?"

"Aku nak minta bekal aku." Elina memandang hairan ke arah Suhaila.

"Aik? Sejak bila kau serumah dengan Qi?"

"Kan dua hari ni mak ayah aku tak ada kat rumah, aku duduk seorang je. Biasanya akukan bawak bekal, jadi dua hari ni mak abang sepupu aku tu yang sediakan bekal."

"Semalam tak nampak pun kau pergi ambil bekal dekat Qi?"

"Semalam aku terserempak dengan dia dekat pagar masuk sekolah. Jadi aku terus amik bekal dekat dia. Kau teman aku eh?" Elina cuma mengangguk kepala. Suhaila dan Elina berjalan ke arah meja yang diduduki oleh Qi dan kawan-kawan yang berada ditengah-tengah kantin.

"Qi." Sapa Suhaila. Qi yang sedang makan mengangkat muka sebelum tersenyum.

"Hah su.. nah bekal kau. Mak aku buat nasi lemak." Suhaila tersenyum gembira. Kawan-kawan Qi memandang Suhaila dan Elina.

"Serius? Lama dah tak rasa nasi lemak yang mak kau buat. Thank you." Suhaila mengambil bekas makanan yang dihulurkan oleh Qi.

"Oh ye.. ni Elina. Budak baru dalam kelas aku."

"Girl ni ke yang kau cakap haritu?" Soal Qi sambil memandang Elina dari atas ke bawah. Elina yang terasa rimas diperhati itu terus berdiri dibelakang Suhaila.

"Aduh Qi. Kau pandang dia macam tu kenapa?" Qi tersengih.

"Aku Qi. Yang sebelah aku ni, Zafran. Yang tu, Badrul. Yang hujung tu, Rayyan. Sebelah Rayyan tu, Zackri." Qi menghulurkan tangan, Elina teragak-agak menyambut huluran tangan Qi.

"Elina. Boleh panggil, El." Qi mengangguk kepala.

"Kau cantiklah. Hmmm.. Kau ke budak yang datang sekolah pakai baju biasa 3 minggu lepas?" Elina tersipu malu dipuji Qi dan mengangguk kepala.

"Untunglah kau Su ada kawan cantik macam ni." Suhaila cuma tersengih.

"Okaylah. Kita orang nak gerak dulu. Bye." Suhaila dan Elina berlalu pergi dari meja mereka berlima.

"Weyh lawa gila El tu." Kata Zackri.

"Kau ingat yang perempuan tak pakai tudung lepastu pakai baju biasa datang sekolah 3 minggu lepas?" Soal Qi kepada mereka semua.

"Gila tak ingat. Lawa bhai dia tu."

"Yang rambut paras bahu tu ke?"

"Mestilah aku ingat, dia tunduk masa jalan dalam dewan."

"Jadi El tulah orangnya." Mereka semua cuma meng-oh-kan saja.

*****

Kini beberapa kelas berada dipadang kerana sekarang subjek pendidikan jasmani. Elina duduk bersandar pada pokok ditepi padang. Suhaila dan murid perempuan kelasnya sedang bermain bola jaring manakala murid lekaki sedang bermain bola sepak.

Matanya meliar memandang gelagat pelajar yang sedang bermain. Matanya terhenti pada sepasang murid yang berada selang 3 pokok dari pokok yang sedang dia bersandar.

"Itu macam Rayyan je.. siapa perempuan tu?" Lama Elina memerhati mereka berdua yang sedang bergurau senda.

"Kau tengok apa?" Tersentak Elina apabila Suhaila menegurnya.

"Salam mana cik kak oi? Kau nak aku jalan dulu?" Suhaila tersengih.

"Sorry El. Assalamualaikum Elina, kau tengah tengok apa?"

"Waalaikumussalam. Aku tengah tengok lelaki dengan perempuan kat sana tu." Elina menunjukkan ke arah sepasang pelajar yang diperhati olehnya sedari tadi.

"Maksud kau Rayyan dengan Laina?"

"Ye kot. Mana aku tahu."

"Betullah tu. Itu Rayyan dengan Laina. Dia orang tengah datinglah tu."

"Jadi tu awek dia?" Suhaila mengangguk kepala.

"Eh dahlah. Jom, cikgu dah panggil dah tu." Mereka berdua berdiri sebelum menepuk-nepuk belakang seluar.

*****

Elina memandang luar tingkap kelasnya, fikirannya teringat tentang Rayyan dan Laina. Keluhan dilepaskan dengan tidak sengaja.

'Aku ingat Su bergurau je tentang Rayyan dah ada kekasih.'

"Oi!"

"Oh mak kau aku suka Rayyan." Suhaila ketawa mendengar Elina melatah. Paling dia tak tahan dengan apa yang dikatakan oleh elina.

"Hish kau ni. Yang sergah aku tu kenapa?" Mujur cikgu sedang bermesyuarat dan ada pelajar yang tidak berada didalam kelas. Kalau tak mahu malu sebulan.

"Kau suka Rayyan?" Usik Suhaila setelah tawanya reda.

"Memang tak." Nafi Elina.

"Iya ke ni? Biasanya apa yang orang latah ni cakap masa melatah tu betul. Dia akan cakap benda yang dia sedang fikirkan." Usik Suhaila. Elina cuma mampu menjeling.

"Dah jangan nak merepek. Tadi kau pergi mana hah? Lain kali nak tawaf sekolah tu cakap, aku nak ikut jugak." Suhaila menggeleng kepala apabila Elina cuba menukar topik.

"Aku pergi kelas sebelah." Kata Suhaila sambil mengeluarkan buku teks sejarah dari begnya.

"Oh."

{DONE}

Please vote and comment!

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now