Elina menuruni tangga dengan laju kerana dia terlupa mahu membeli pemadam baru di kedai buku sekolah. Kerana menuruni tangga dengan keadaan tergesa-gesa menyebabkan dia tersalah langkah dan..
"Argh!" Elina terjerit kecil.
"Aik tak sakit?" Soal Elina dengan mata yang masih tertutup.
"Memanglah tak sakit kalau aku tengah selamatkan kau." Elina membuka mata setelah mendengar suara lelaki. Cepat-cepat dia berdiri dengan betul setelah menyedari yang mukanya dan muka Rayyan sangat dekat.
"Te-terima kasih." Rayyan menyembunyikan senyuman apabila melihat Elina yang agak gelabah dengan pipi yang merona merah.
"Lain kali jalan tu jangan laju sangat, lagi-lagi dekat tangga macam ni. Kalau kau jatuh tadi macam mana?"
"Ma-maaf. Sa-saya pergi dulu." Elina menunduk sedikit badannya kerana sedikit gugup berhadapan dengan Rayyan. Elina menuruni tangga dengan berhati-hati setelah sudah sampai ditingkat bawah, dia berlari menuju ke kedai buku. Rayyan terus tersenyum melihat telatah elina.
"Dah jatuh cinta ke?" Soal Qi yang berada ditangga atas. Terus mati senyuman yang berada di bibir Rayyan sebelum berpaling ke arah tempat Qi menyandar.
"Kau merepek apa, Qi?" Rayyan memandang tajam ke arah Qi yang sedang tertawa sinis.
"Kau fikir aku tak nampak? Siapa je tak jatuh cinta dengan gadis cantik seperti El? El lagi cantik dari Laina."
"Aku tak pandang kecantikan seseorang. Aku pandang berapa lama aku kenal seseorang." Lagi sekali Qi tertawa sinis.
"Berapa lama kau kenal seseorang tak sama dengan keikhlasan cinta seseorang, Ray. Tak sama."
"Kau cakap apa ni?"
"Satu hari nanti kau akan tahu maksudnya. Dahlah, aku nak chaw." Qi terus menaiki tangga ketingkat atas yang terletaknya pusat sumber sekolah. Rayyan termanggu ditangga sambil menghadam kata-kata Qi.
"Cinta mampu membutakan segalanya." Tanpa sedar ayat itu keluar dari mulut Rayyan sendiri sebelum dia turut menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
*****
"Oi"
"Oh mak kau, aku peluk Rayyan!" Terkekeh-kekeh Suhaila mentertawakan Elina. Pelajar yang berada berdekatan Elina turut ketawa. Elina memasamkan muka apabila suhaila masih tidak berhenti ketawa sedangkan pelajar lain sudah berhenti mentertawakan dirinya.
"Haha.. kau cakap apa tadi, El? Kau peluk Rayyyan? Haha.. biar betul do?" Suhaila dijeling geram.
"Kan aku dah cakap jangan sergah aku. Kau ni kan, memang tak faham bahasa." Suhaila langsung tidak terasa apabila Elina berkata begitu. Makin kuat suara dia ketawa adalah. Terus Elina bangun dari duduk dan keluar dari kelas. Buat panas hati je dengar Suhaila mentertawakan dia. Dikoridor, Elina bersandar pada tiang dan meraup mukanya.
"Kenapalah boleh melatah macam tu? Haish. Memalukan betul." Kata Elina sambil memejamkan mata.
"El.. sorry." Elina cuma diam dan langsung tidak membalas kata-kata Suhaila. Suhaila mengeluh perlahan. Melampau sangat ke dia gelakkan Elina tadi?
*****
Elina menekan-nekan papan kekunci laptop dan sesekali dia memandang screen laptop yang sedang bercahaya itu.
"Kakak, mari makan." Elina menoleh kebelakang apabila mendengar puan Nadhia menegurnya.
"Sekejap ma. Kakak nak cari sesuatu ni."
"Sibuk buat kerja sekolah?"
"Ye ma. Cikgu suruh cari beberapa maklumat dekat internet." Puan Nadhia mengambil tempat dibirai katil sambil memandang ke arah elina. Setelah beberapa minit menunggu..
"Okay dah siap. Kejap lagi tinggal nak salin je. Jom ma kita turun makan."
"Jom sayang." Mereka berdua beriringan turun ketingkat bawah.
*****
Rayyan duduk dibirai katil sambil memetik gitar. Fikirannya melayang mengingatkan kejadian dimana dia menyelamatkan gadis itu.
"Tak mungkin aku suka dia. Laina kekasih aku." Cepat-cepat Rayyan menumpukan perhatiannya pada gitar. Setelah menyiapkan kerja sekolah, dia mengambil keputusan untuk masuk tidur. Dibaringkan badan sambil memandang siling bilik dengan pandang kosong. Tersentak dia apabila bayangan wajah Elina muncul dimindanya.
"Gila." Rayyan mengambil telefon dan membuka aplikasi whatsapp. Setelah membalas semua mesej dia terpandang chat dia bersama Laina. Ditekan chat itu dan memerhati last seen Laina.
"Online? Tak ada pulak chat dari dia." Tanpa sedar dia mengeluh. Hubungannya bersama Laina agak regang sejak dua menjak ini. Dia sendiri tidak tahu puncanya. Selagi dia tidak tegur Laina di whatsapp, selagi itu Laina takkan menegurnya. Ajak berjumpa pun agak susah sekarang ni. Laina sering memberi alasan sibuk dengan ulang kaji sempena SPM yang bakal mereka hadapi. Dia pun sibuk tapi ada juga masa nak chat Laina dan jumpa Laina.
"Berapa lama kau kenal seseorang tak sama dengan keikhlasan cinta seseorang, Ray. Tak sama." Kata-kata Qi seolah-olah pita rakaman yang sedang didengari berulang-ulang ditepi telinganya. Kenapa ayat tu juga yang diucapkan oleh Qi. Apa maksud dia? Rayyan memandang telefonnya yang sedang bergetar menandakan seseorang menelefonnya memandangkan dia memasang mode getar. Dislide ke kanan dengan segera.
"Hello?" Sapa Rayyan.
"Rayyan kan?" Soal seorang perempuan.
"Ye. Siapa ni?"
"Tak perlu tahu aku siapa. Kau cuma perlu tahu yang Laina tidak seperti yang kau sangka. Depan kau dia lain, belakang kau pun dia lain. Seperti duit syiling. Jadi aku nak kau jangan terlalu percaya apa yang dia katakan."
"Kau siapa? Tetiba nak burukkan Laina?"
"Aku siapa? Aku orang yang rapat dengan dia. Semua masalah dan rutin harian dia, dia sering beritahu aku. Aku cuma kesiankan kau Rayyan, kau diperbodohkan dengan Laina."
"Beritahu aku siapa nama kau. Jangan buat fitnah tentang Laina dekat aku, perempuan." Gadis disebelah sana ketawa sinis dipendengaran Rayyan.
"Aku tak buat fitnah. Aku cuma beritahu kau apa yang betul. Aku nak kau jangan terlalu percaya apa yang dikatakan oleh Laina. Dia cuma memperbodohkan kau saja."
"Bukti?"
"Bukti ada depan mata, Rayyan. Kau yang buta tak nampak sebab kau dibutakan dengan cinta yang Laina ucapkan." Terdiam Rayyan sambil memikirkan kata-kata gadis itu.
"Apa maksud kau ni? Jangan berkias. Beritahu aku apa yang sepatutnya aku tahu."
"Kau kena cari sendiri maksudnya." Tit! Terlopong mulut Rayyan apabila gadis itu meletakkan telefon. Rayyan meraup muka geram. Siapa gadis itu? Apa kaitan dia dengan Laina?
{DONE}
Please vote and comment! ❤
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
RomanceElina Ayzrina. Gadis yang banyak kenangan pahit dari manis. Kenangan manis baginya hanya kenangan bersama keluarga angkat dan juga kenangan bersama Rayyan. Si kekasih hati. Saat bahagia mula datang, rayyan meninggalkan elina buat selamanya kerana sa...