Bab 3 - Keluarga baru

173 12 9
                                    

Matanya meliar memandang kawasan ruang tamu itu. Beg pakaian diletakkan ditepi sofa dan dia mula duduk disofa.

"Mulai hari ini, kamu tinggal bersama kami."

"Tak apa ke pakcik? Saya macam menyusahkan pakcik dengan makcik je." Selepas mengetahui mengapa Elina tidur di perhentian bas, pasangan suami isteri itu mengambil keputusan untuk membawa Elina tinggal bersama mereka.

"Tak menyusahkan pun. Pakcik dengan makcik ni tak ada anak, jadi kamu nak tak jadi anak kami?" Elina diam sejenak sebelum dia mengangguk kepala. Tersenyum encik Nazmi dan puan Nadhia.

"Elina boleh panggil kami, mama papa."

"Terima kasih, mama papa."

"Sama-sama. Erm.. Boleh kami panggil kamu kakak?" Elina mengangguk kepala.

"Okay kakak.. jom mama tunjukkan bilik kamu, sekarang kamu mandi lepas tu rehat. Tengah hari nanti, mama panggil kamu turun makan."

"Kalau ka-kakak nak tolong mama masak boleh?" Elina tersenyum malu kerana masih tidak biasa membahasakan diri sebagai kakak. Dengan adiknya, dia cuma menggunakan panggilan aku-kau.

"Tak payah sayang. Mama boleh buat sendiri. Lain kali kakak tolong, harini biar mama yang masak. Okay, sayang?" Elina hanya mampu mengangguk kepala.

"Abang.. saya tunjukkan bilik kakak sekejap. Abang nak pergi mana-mana ke?" Encik Nazmi yang sedang menatap screen handphonenya terus memandang wajah isterinya yang sedang tersenyum manis.

"Abang nak keluar jumpa datuk. Waktu tengah hari nanti, sayang makan je dengan kakak. Mungkin abang balik masa makan petang. Sayang dengan kakak jaga diri kat rumah ye?"

"Baik bang."

"Baik papa." Puan Nadhia dan Elina menyalam tangan encik Nazmi.

*****

Elina yang sudah selesai mandi dan berpakaian duduk dibirai katil. Elina menutup mulutnya dengan belakang tangan kerana sedang menguap.

'Baik tidur kejap.' Elina membaringkan badannya dan memejam mata.

*****

Puan Nadhia sungguh gembira dengan kehadiran Elina didalam keluarga mereka. Selesai saja memasak untuk makan tengah hari, puan Nadhia berlalu ke bilik untuk mandi. Selesai saja mandi dan berpakaian, puan Nadhia menuju ke bilik hujung dimana bilik Elina berada disitu. Diketuk pintu 3 kali sebelum kepala dijengah masuk.

Tersenyum puan Nadhia melihat Elina yang sedang nyenyak tidur lalu dia duduk dibirai katil sambil memerhati Elina. Dia berjanji dengan diri sendiri, dia akan menjaga dan menyayangi Elina seperti anaknya sendiri. Dahi yang masih bertampal dengan penampak luka itu direnung. Mujur waktu itu Elina menyelamatkan dia, jika tidak pasti dia akan dilanggar oleh motorsikal itu. Diusap perlahan rambut Elina. Elina yang merasakan sentuhan seseorang, lalu dia membuka mata.

"Mama.." panggil Elina apabila melihat puan Nadhia yang mengusap rambutnya.

"Maaf mama buat kakak terbangun."

"Tak apa.. pukul berapa sekarang ni ma?" Elina duduk bersila dihadapan puan Nadhia.

"1:30 petang."

"Maaf kakak tidur lama sangat." Ditutup mulutnya yang sedang menguap.

"Tak apa. Jom makan. Mama dah siapkan makanan." Ditarik perlahan tangan Elina, Elina cuma mengikut.

*****

Selepas makan malam bersama, mereka bertiga duduk diruang tamu.

"Kakak ada handphone?" Elina yang mendengar soalan dari encik Nazmi, menggeleng kepala.

"Nah." Beg kertas yang dihulurkan oleh encik Nazmi dipandang hairan.

"Ambil, lepastu tengok isi dalam dia ada apa." Perlahan-lahan Elina menyambut huluran beg kertas itu. Dikeluarkan isi beg kertas itu, rupanya isi didalam beg kertas itu adalah sebuah kotak. Tulisan pada kotak itu dibaca sebelum memandang encik Nazmi.

"Pa?" Encik Nazmi mengangguk kepala.

"Itu untuk memudahkan kakak nak telefon papa dengan mama. Tak perlu guna telefon rumah."

"Pa.. telefon mahal ni pa. Kalau papa nak beli, belilah yang murah punya. Membazir je." Encik Nazmi cuma menggeleng kepala.

"Mahal tak apa, janji telefon ni berkualiti. Papa ada beli simkad sekali, kakak reti guna?" Elina tersengih.

"Reti kot. Haritu elina guna sekejap je telefon along."

"Tak apa, papa dengan mama boleh ajar."

"Terima kasih, papa."

"Sama-sama."

*****

Pagi itu mereka bersarapan bersama sebelum encik Nazmi dan puan Nadhia bergerak ke tempat kerja. Elina? Dia dikehendaki mengikut puan Nadhia yang bekerja sebagai pengetua sekolah menengah kebangsaan putera puteri. Elina berpakaian biasa iaitu dia memakai seluar jeans biru, baju-T lengan panjang dan rambut dibiar lepas.

"Jom." Elina duduk disebelah tempat duduk pemandu.

"Kakak nak sekolahkan?" Elina memandang puan Nadhia sebelum mengangguk kepala sambil tersenyum.

"Mama akan masukkan kakak dekat Sekolah Menengah Kebangsaaan Putera Puteri, nak tak?"

"Jauh tak dari rumah?"

"15 minit dah sampai kalau naik kereta. Kakak pergi dan balik dengan mama jelah."

"Oh. Tak payah naik bas?" Puan Nadhia menggeleng kepala.

"Tak payah sayang. Mama pengetua sekolah situ, jadi pergi balik kakak naik kereta dengan mama je. Okay?" Elina mengangguk kepala sambil tersenyum lebar.

*****

"Kakak duduk dekat sofa ye? Mama nak siapkan kerja sikit, lepas tu kita pergi dewan." Elina hanya menurut apa yang dikatakan oleh puan Nadhia tanpa banyak cakap.

"Buat apa pergi dewan? Ada majlis ke mama?"

"Haah, ada majlis." Elina membelek-belek majalah sekolah yang berada dibawah meja kaca didalam pejabat puan Nadhia. Tersenyum dia membaca artikel mengenai sekolah itu.

"Okay mama dah siapkan kerja. Jadi jom pergi dewan." Elina mengemas semula majalah sekolah yang dibacanya tadi sebelum mengikut puan Nadhia ke dewan.

"TEST ONE TWO THREE.. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. DIMINTA SEMUA PELAJAR SMK PUTERA PUTERI HADIR KE DEWAN DENGAN KADAR SEGERA. DIULANGI SEMULA. DIMINTA SEMUA PELAJAR SMK PUTERA PUTERI HADIR KE DEWAN DENGAN KADAR SEGERA." Elina menjawab salam didalam hati. Elina memandang kelas yang berada diblok sebelah, pelajar mula keluar dari kelas-kelas mereka.

"Weyh siapa tu? Lawa gila do."

"Anak pengetua ke?"

"Comellah perempuan tu."

"Kalau single aku nak tackle."

Bermacam-macam ayat dilontar oleh pelajar yang memerhati Elina yang sedang berjalan disebelah puan Nadhia.

"Masuk dewan sekarang!!" Mata puan Nadhia mencerlung geram dan menyebabkan semua pelajar yang berada dikawasan itu berlari ke dewan.

"Mama ni garanglah." Kata Elina sambil ketawa kecil.

"Mama garang dekat sekolah je." Puan Nadhia tersenyum melihat Elina ketawa. Nampak comel dimatanya. Masuk saja mereka berdua didalam dewan terus suasana didalam dewan itu senyap. Elina hanya menunduk kepala kerana dia perasan mata-mata pelajar didalam dewan itu memandang kearah mereka berdua. Elina duduk dibarisan kerusi pengawas manakala puan Nadhia duduk dibarisan kerusi guru.

{DONE}

Please vote and comment!

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now