Aryan duduk mencangkung disebelah kubur Rayyan sambil tersenyum.
"Maafkan aku Ray, amanat kau aku cuma mampu buat sampai sini je. Dia dah jadi isteri orang dan kejap lagi aku akan ke Amerika. Nak urus bisnes keluarga aku disana. Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Diusap batu nisan tertera nama Rayyan bin Rizman. Keluhan dilepaskan mengingatkan cinta yang tak kesampaian. Aryan mula bangun dan berjalan menuju ke keretanya. Kereta dipandu dengan tenang dan berhenti berdekatan rumah Qi.
"Semoga korang bahagia selalu dan semoga perkahwinan korang berkekalan hingga ke akhir hayat." Ucap Aryan seorang diri sebelum dia menekan pedal minyak dan kereta dipandu meninggalkan perumahan itu.
*****Elina tersenyum, tangannya diletakkan pada penghadang balkoni bilik. Qi yang baru saja selesai mandi melihat langsir beralun lembut menandakan sliding door sudah dibuka oleh seseorang.
'El dekat luar ke?' Soal Qi didalam hati. Selepas memakai pakaian, dia mendekati sliding door dan menyelak langsir. Elina yang membelakangnya dipandang sebelum kaki melangkah mendekati si isteri. Elina terkejut apabila seseorang memeluknya.
"Terkejut El tau!" Ditepuk tangan Qi yang memeluknya. Buat terkejut orang je.
"Sorry wife. Erm... buat apa kat luar ni? Tak sejuk?" Soal Qi, dagu dilabuhkan dibahu Elina. Sesekali dia menghidu rambut si isteri. Wangi.
"Bila duduk luar macam ni, teringat pulak dekat arwah. Tak sejuk pun, lagi-lagi bila Iman peluk El." Qi tersengih.
"Iman tak marah El ingat arwah?" Qi cuma tersenyum.
"Dia lelaki yang pertama El cinta dan dia lelaki yang susah El nak lupakan. Siapa Iman nak halang El dari ingat arwah? Dia dah macam abang bagi Iman. Iman tahu, El ingat dekat dia sebab rindu bukan sebab cinta." Elina memegang tangan Iman dan dia memusing badan memandang si suami. Tangan Qi masih melingkar pada pinggang Elina. Dipegang sisi muka Qi sambil tersenyum.
"Ye, dia lelaki yang pertama El cinta dan El agak susah nak lupakan dia. Perasaan El pada arwah sekarang adalah rindu dan bukannya cinta. Sekarang El cuma cintakan Iman. Lelaki yang dah sah jadi suami El." Qi tersenyum.
"Terima kasih sayang." Elina mengangguk kepala dan kepala disandarkan pada dada si suami. Elina berumur 18 tahun manakala Qi berumur 19 tahun. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.
'Ray, aku janji aku akan jaga El macam aku jaga diri aku sendiri. Aku akan sayang El lebih dari aku sayang diri aku. Aku akan cintakan El hingga nafas terakhir aku. Dan aku janji cuma dia seorang je yang akan tetap menjadi isteri aku dunia akhirat.' Bisik Qi didalam hati.
*****
Mereka berdua sambung belajar ditempat yang sama. Qi mengambil bidang Kejuruteraan manakala Elina mengambil bidang bisnes.
"Amboi berseri muka kau bila dah kahwin ni." Usik Badrul. Qi cuma tersengih dan mengusap belakang tengkuknya.
"Aduh kau ni Bad, mestilah berseri. Kahwin dengan orang tercinta pulak tu." Ujar Zackri. Makin lebar senyuman Qi.
"Qi, kau jaga dia elok-elok. Kalau kau sakitkan hati dia, siap kau." Kata Laina. Qi dengan yakin mengangguk kepala.
"Jangan risau lah Laina. Aku akan jaga El elok-elok dan aku takkan sakitkan hati dia." Ujar Qi. Zafran cuma tersenyum. Hubungannya dengan Laina sudah kembali pulih selepas sebulan Rayyan meninggal dunia. Laina sendiri berjanji akan buat yang terbaik untuk hubungan mereka.
"Eh bini kau mana? Tak nampak pun." Soal Zafran.
"Oh, dia pergi jumpa prof D dengan kawan kumpulan dia." Yang lain hanya mengangguk kepala. Prof D adalah singkatan dari nama Danial. Prof yang terkenal dengan sikap peramah dan suka senyum tapi jangan sesekali buat dia marah.
Seorang kena marah, satu kelas kena denda. Itu mereka dengar dari mulut budak bisneslah. Mereka berlima bukanlah budak bisnes.
Laina ambil bidang fesyen, Zafran ambil bidang seni muzik manakala Badrul ambil bidang seni lukis dan seni reka. Zackri dan Qi ambil bidang kejuruteraan perkhidmatan bangunan. Suhaila juga mengambil bidang fesyen seperti Laina.
*****
"Wife okay?" Soal Qi. Dia melihat Elina yang sedang memicit dahi.
"Pening sikitlah. Tak tahulah kenapa." Qi mendekati Elina yang sedang duduk diatas kerusi meja belajar dan ditarik Elina untuk membaringkan kepala dipehanya.
"Sayang penat sangat kot. Lama betul hadap laptop tu, tu yang pening sampai macam ni." Qi sempat mengambil minyak angin dari laci meja dan diletakkan sedikit pada tepi kening Elina, lalu diurut perlahan.
"Ye kot. Assignment banyak sangat tu yang asyik kena hadap laptop je." Ujar Elina sambil matanya tertutup menikmati urutan Qi.
"Sayang tidur dulu, nanti bangun baru sambung buat assignment balik. Okay?" Elina mencelikkan mata dan mendongak sedikit memandang Qi. Dia mengangguk dan kembali menutup mata. Urutan Qi terhenti sekejap apabila mendengar dengkuran halus keluar dari mulut si isteri. Dia tersenyum.
"Mengantuk sangatlah tu." Ucap Qi lalu dialihkan kepala Elina dari pehanya. Diperbetulkan kedudukan badan Elina bagi lagi selesa. Dia nak Elina cukup tidur dan diusap perlahan rambut Elina.
Ditenung muka si isteri yang lena tidur. Dia amat bertuah menjadi suami Elina. Sudahlah cantik, pandai masak dan pandai menjaga hatinya.
Setiap malam sebelum tidur, pasti Elina akan mencerita apa yang berlaku pada hari itu kepadanya. Dengan tabiat si isteri membuatkan dia juga turut suka berkongsi cerita apa yang berlaku pada hari itu. Tanpa sedar dia juga turut tertidur disebelah Elina sambil memeluk pinggang gadis itu.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
RomanceElina Ayzrina. Gadis yang banyak kenangan pahit dari manis. Kenangan manis baginya hanya kenangan bersama keluarga angkat dan juga kenangan bersama Rayyan. Si kekasih hati. Saat bahagia mula datang, rayyan meninggalkan elina buat selamanya kerana sa...