"Jomlah masuk." Ajak Qi, Elina cuma mengangguk kepala. Qi dan Elina berjalan masuk kedalam rumah.
"Kita makan dulu, baru bincang ye? Makanan dah siap ke sayang?" Soal encik Nazmi dan puan Nadhia mengangguk kepala.
"Kalau macam tu, marilah semua ke dapur." Encik Ismail memandang tajam kearah Elina yang sedang berjalan disebelah Qi. Elina cuma diam dan buat tidak tahu. Elina menolong puan Nadhia menyenduk nasi buat mereka yang datang dan menolong apa yang patut sebelum mereka makan bersama-sama.
"Sedap lauk-lauk Dhia masak ni." Ujar puan Imani.
"Apa pulak saya yang masak, Imani. El yang masak, maklumlah sekarang ni rajin betul dia masak untuk kami."
"Erm... sesuai dah ni jadi menantu saya. Sedap..." ujar encik Que pula. Elina cuma tersipu malu dipuji. Qi hanya tersenyum.
'Orangnya comel, masak pun sedap.' Puji Qi didalam hati.
*****
"Maafkan saya." Semua memandang Elina. Elina meramas tangannya sendiri. Jantung Qi berdegup laju menanti Elina menyambung kata.
"Boleh beri saya waktu?" Puan Imani dan encik Que berpandangan sambil tersenyum.
"Kalau itu yang kamu minta, baiklah kami beri kamu waktu 2 minggu. Saya harap keputusan yang kamu beri nanti adalah keputusan yang sangat-sangat menggembirakan bagi pihak kami terutamanya Qi." Balas encik Que. Elina memandang Qi dan dia melihat Qi tersenyum manis.
"Terima kasih." Ucap Elina.
"Sama-sama. Kalau begitu, kami minta diri dulu. Assalamualaikum." Terus encik Que berdiri dan sesi salam menyalam berlaku.
"Waalaikumussalam." Jawab yang lain.
*****
"Apa saja keputusan El, mak terima." Kata-kata puan Ayz Shah sebelum pulang membuatkan Elina mengeluh.
"Mampu ke aku beri keputusan yang menggembirakan semua orang?" Tanya Elina perlahan.
"Kakak mampu buat keputusan yang betul kalau kakak ikut kata hati." Elina berpaling memandang pintu. Disitu encik Nazmi dan puan Nadhia berdiri sebelum melangkah masuk.
"Papa dengan mama sentiasa ada untuk kakak. Papa percaya yang kakak akan pilih keputusan yang betul. Tak kesahlah keputusan tu membahagiakan semua orang ataupun tak, yang pasti ia mampu bahagiakan kakak." Elina terdiam. Kenapa keluarga angkat yang sangat memahami dirinya? Kenapa bukan keluarga kandungnya sendiri?
*****
"Hish! Boleh tak awak berhenti kacau saya?" Soal Elina apabila dia terserempak dengan Aryan dikedai runcit.
"El, aku nak kau. Aku cintakan kau. Tolonglah. Beri aku peluang." Rayu Aryan.
"Peluang apa? Peluang untuk awak laksanakan amanat yang arwah bagi pada awak? Macam tu?" Aryan terkejut.
"Ma-mana kau tahu?"
"Saya tahu dari mana tu tak penting. Tapi sekarang ni saya tak suka! Awak dekat dengan saya semata-mata sebab amanat Rayyan! Bukan sebab awak ikhlas cintakan saya." Aryan mengeluh.
"Memang aku dekat dengan kau sebab amanat tu. Tapi itu masa mula-mula aku kenal kau. Lama-lama perasaan tu jadi lain, aku dah mula sukakan kau. Aku ikhlas dengan kau." Elina tersenyum nipis.
"Kalau awak ikhlas dengan saya, bagi saya bahagia dengan pilihan saya sendiri. Saya dah janji dengan Rayyan yang saya akan cari lelaki yang penuhi apa yang saya mahu dan orang itu bukan awak, Aryan. Saya harap awak faham."
"Si-siapa?" Hati Aryan sakit. Sakit untuk dia terima yang sebenarnya orang yang dia cinta, mencintai orang lain. Kebetulan Elina membawa beg tangannya bersama, lalu dikeluarkan kad kahwin yang sudah ditempah. Dihulurkan kepada Aryan dan dengan teragak-agak Aryan menyambut.
"Qi?" Soal Aryan sambil memandang Elina. Elina tersenyum nipis dan mengangguk kepala.
"Tahniah."
"Terima kasih. Awak datang ye nanti?" Aryan cuba mengukir senyuman ikhlas namun dia tidak boleh.
'Datang majlis perkahwinan orang yang aku cinta? Itu pun kalau aku mampu.' Ucap Aryan didalam hati.
"Inshaallah. Semoga kau bahagia dengan pilihan kau. Mungkin kita tak ada jodoh dan kau dah jumpa jodoh kau sendiri. Amanat tu cuma nak aku jaga kau dan kalau kau jodoh aku, aku kena kahwin dengan kau. Tapi sekarang kau bakal berkahwin, jadi bermakna amanat kedua tak boleh aku lakukan. Aku percaya Qi mampu bahagiakan kau. Erm... aku minta diri dulu lah kalau macam tu. Assalamualaikum." Aryan terus melangkah pergi.
"Waalaikumussalam. Maafkan saya Aryan tapi saya tak mampu terima awak sebab sekarang hati saya ada pada Qi. Kawan baik kepada arwah kekasih saya dulu." Dua ayat terakhir diucapkan setelah Aryan benar-benar jauh darinya.
*****
"Qi Iman bin Que Redza." Panggil tok kadi.
"Ye saya." Sahut Qi.
"Aku nikahkan dikau dengan Elina Ayzrina binti Arfa berwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Elina Ayzrina binti Arfa dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."
"Sah?" Soal tok kadi kepada para saksi.
"Sah!"
"Alhamdulillah." Selepas Qi membuat solat sunat 2 rakaat, dia mendekati Elina dan duduk dihadapan Elina dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibirnya. Puan Imani menghulurkan sebentuk cincin dari kotak kecil. Qi menyambut cincin itu dan memandang Elina yang menunduk.
"Kakak, hulur tangan." Elina mengangkat muka dan matanya bertembung dengan mata Qi. Sempat Qi mengenyit mata sebelum menyarung cincin dijari manis Elina. Elina mencium tangan Qi dengan senyuman.
'Awak... saya dah jumpa lelaki yang mampu bahagiakan saya macam yang awak inginkan.' Bisik Elina didalam hati. Puan Nadhia menghulurkan cincin kepada Elina lalu Elina sarungkan dijari manis Qi. Qi mengangkat badan sedikit sebelum mencium dahi Elina. Kamera berkelip-kelip membuatkan Elina segan tapi dia tetap tersenyum.
Disudut rumah, Aryan tersenyum melihat Qi dengan sekali lafaz sudah menjadi suami kepada Elina. Gadis yang dicintainya. Tidak semestinya kita mencintai seseorang, kita dapat memilikinya. Lihat orang yang kita cintai bahagia disamping orang tercinta pun dah boleh buat kita bahagia.
Qi berpaling kebelakang dan tersenyum kearah Aryan. Aryan membalas senyuman sambil mengangguk kepala sebelum sesi bergambar bermula.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
RomanceElina Ayzrina. Gadis yang banyak kenangan pahit dari manis. Kenangan manis baginya hanya kenangan bersama keluarga angkat dan juga kenangan bersama Rayyan. Si kekasih hati. Saat bahagia mula datang, rayyan meninggalkan elina buat selamanya kerana sa...