Elina melangkah dengan lemah menuju ke kelas. Perutnya masih belum diisi dengan makanan. Dia cuma minum air masak sebelum keluar rumah.
"El?" Laina menyapa dan Elina tersenyum sedikit.
"Sihat?" Elina mengangguk kepala. Pipi Elina, Laina pegang.
"Kenapa muka nampak pucat ni?" Elina melarikan pandangan.
"Pucat ke? Mana adalah. Haha." Elina tertawa. Tawa yang sangat palsu.
"Pucat sikit. Qi mana?" Elina terdiam. Dia datang tadi pun daddy yang hantar. Langsung tidak nampak kelibat Qi dirumah.
"Tak tahulah. Tadi daddy yang tolong hantar." Laina mengangguk kepala.
*****
"Awak...." panggil Elina apabila tiba disebelah Qi ketika kafe universiti.
"Ada apa?" Qi cuma beriak biasa. Dia tidak mahu rakan-rakannya tahu tentang masalahnya dengan Elina.
"Duit belanja." Qi membuka beg dompetnya dan mengeluarkan dua keping RM 20 lalu dihulurkan kepada Elina. Elina tersenyum ketika menyambut duit itu.
'Alhamdulillah dapat jugak makan.' Kata Elina didalam hati. Kaki melangkah membeli makanan.
"Weyh Qi. Aku perasan muka Elina pucatlah. Muka pucat dia lagi teruk dari pagi tadi." Laina terus memberitahu Qi. Qi agak tersentak. Bukan dia tak perasan tapi dia buat-buat tak perasan je. Ego dia waktu ini terlalu tinggi.
"Aku tengok biasa je. Mana ada pucat." Qi cuba mendalih seolah muka Elina tidak pucat.
"Haih. Tapi bagi aku muka dia pucatlah. Macam sakit pun ada." Qi hanya diam selepas itu.
*****
Elina duduk diatas kerusi yang mempunyai roda sambil membuat assignment yang diberi oleh prof Danial. Qi yang sedang duduk melunjur kaki diatas katil langsung tidak dipandang. Tumpuannya hanya pada laptop yang sedari tadi menyala.
Kepala yang berdenyut membuatkan fokusnya agak terganggu. Dipicit-picit dahinya dengan jari. Dibuka laci lalu mengambil minyak angin. Disapukan ditepi kening lalu dia duduk menyandar pada kerusi sambil mata dipejam.
Qi hanya melihat tanpa ada niat membantu. Hati terasa kasihan namun dia ego. Dia rasa egonya tercalar apabila Elina keluar rumah tanpa memaklumkan pada dirinya sendiri.
Dipandang saja wajah Elina yang agak pucat itu.Hati meronta-ronta mahu menolong isterinya namun egonya lebih tinggi pada waktu itu. Tidak dihiraukan rasa sakit yang isterinya rasa.
Ting! Elina mencelikkan mata manakala Qi pura-pura membaca buku ditangannya. Elina mengambil telefon lalu ditekan butang on-off. Satu pesanan ringkas dari seseorang dibaca dengan teliti sebelum tersenyum.
Jarinya ligat menekan-nekan keypad sebelum butang hantar ditekan. Qi yang melihat Elina yang sedang tersenyum itu menahan rasa sakit hati. Elina meletakkan telefonnya semula ditepi laptop sebelum menumpukan perhatian pada laptop. Senyuman masih terukir dibibir Elina.
'Siapa mesej dia sampai dia boleh senyum?' Soal Qi didalam hati.
Setelah puas dengan kerja yang dia hasilkan, dia meregangkan sedikit badan sebelum menutup laptop lalu dicas. Telefon juga turut dicas ditepi katil sebelum dia melangkah kedalam bilik air. Selesai mencuci muka dan menggosok gigi, dia berbaring membelakangkan suaminya.
Qi diam melihat perlakuan Elina. Dia agak terasa hati apabila Elina tidur membelakangkan dia. Sebelum ini mana pernah Elina tidur membelakangkan dia. Tidur pun dia peluk pinggang Elina.
*****
"Hish!" Terus ditolak dengan kasar tangan Qi yang melinggar pada pinggangnya. Qi terpisat-pisat bangun dengan tolakan Elina.
"Yang awak peluk saya kenapa?" Soal Elina. Sekarang sudah pukul 3 pagi.
"Salah ke aku nak peluk isteri aku?" Soal Qi semula. Belakang tapak tangan menutup mulutnya yang sedang menguap.
"Tak salah tapi saya tak suka. Awak peluk jelah bantal peluk dekat dalam almari tu. Hish! Awak tidur jelah sini, saya nak tidur tempat lain."
"Nak kemana? Tidur jelah sini." Qi bersandar pada kepala katil.
"Tidur dengan awak? Heh. Taknak saya. Silap hari bulan, saya kena tengking lagi sekali." Sindir Elina lalu membawa sebuah bantal dan sehelai selimut keluar dari bilik.
Qi terdiam lalu menunduk. Akhirnya sampai azan subuh pun Qi masih tidak dapat melelapkan mata. Sudahlah malam tadi dia tidur setelah Elina benar-benar tidur. Itu pun pukul 11 lebih.
*****
"Qi tidur lambat ke semalam? Menguap je dari tadi." Tegur puan Imani. Qi hanya tersenyum kelat.
"Terjaga pukul 3 lebih tadi mummy lepastu tak boleh tidur." Elina duduk disebelah hanya beriak selamba tanpa sedikit pun menguap. Elina langsung tidak memandang lelaki disebelahnya itu. Tumpuannya hanya pada makanan yang terhidang.
"El, harini pergi dengan Iman." Ujar Qi sebelum sesudu mee goreng selamat masuk kedalam mulutnya lalu dikunyah perlahan.
"Saya tak ada kelas pagi." Satu ayat saja membuatkan Qi memandang Elina. Baru dia perasan baju yang Elina pakai adalah baju yang biasa dipakai didalam rumah.
"Kalau macam tu, tengahari kita lunch sama." Sambung Qi lagi.
"Saya makan tengahari dekat rumah je lepastu kak Anna hantar saya pergi universiti. Awak tak payahlah susahkan diri awak nak hantar saya." Qi terdiam. Suzanna sudah tersenyum sinis kepada Qi setelah mendengar ayat yang dituturkan Elina. Qi cuma diam melihat senyuman kakaknya.
*****
Qi memandang pelik melihat Elina keluar dari sebuah kereta myvi berwarna ungu melalui pintu penumpang belakang.
'Tadi bukan kata kakak hantar ke?' Soal Qi didalam hati.
"Sayang, siapa hantar tu? Tu bukan kereta kakak." Sapa Qi setelah Elina melintas dihadapan mereka.
"Awak tanya kenapa? Suka hati sayalah nak nak naik kereta siapa pun." Terus Elina meninggalkan Qi yang sudah terhenti langkahnya.
"Hahahaha bro, asal bini kau? Dia merajuk dengan kau eh?" Soal Badrul.
"Agaknya." Jawab Qi perlahan.
"Kalau kau ada buat salah dekat dia, kau ada minta maaf?" Soal Zafran. Qi menggeleng kepala perlahan.
"Memang sahlah dia merajuk. Minta maaf pun kau tak buat. Minta maaf jelah. Apa susah?" Soal Zackri. Qi diam.
'Susahlah.... sebab aku ego.' Bisik Qi didalam hati. Dipandang saja Elina yang berjalan sehingga Elina hilang dari pandangan.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
RomanceElina Ayzrina. Gadis yang banyak kenangan pahit dari manis. Kenangan manis baginya hanya kenangan bersama keluarga angkat dan juga kenangan bersama Rayyan. Si kekasih hati. Saat bahagia mula datang, rayyan meninggalkan elina buat selamanya kerana sa...