Bab 12 - Nasib sayang

107 6 2
                                    

"El!" Terhenjut bahu Elina bila disergah. Rayyan ketawa melihat muka masam yang Elina pamerkan.

"Aw.. jangan buat muka masam macam tu El. Kau nampak comel sangat." Terus berubah riak wajah Elina yang masam itu. Elina menyiku perut Rayyan dan Rayyan mengaduh sakit.

"Apa ni El. Sakit tau. Eh pipi dia merahlah. Malu ler tu." Elina menunjuk penumbuknya yang kecil dihadapan muka Rayyan. Rayyan cuma ketawa.

"Penumbuk kecil macam tu kalau tumbuk aku, tak sakit tau." Dijeling Rayyan yang berada disebelahnya. Ditekup kedua-dua tapak tangannya dipipi. Cuba menutup pipinya yang merona merah.

"Takyah tutuplah. Kau nampak lagi cantik bila malu macam tu." Ditarik kedua-dua tangan Elina yang menekup pipi. Bila Rayyan berkata begitu, makin malu Elina rasakan sekarang ni.

"Hish awak ni. Janganlah usik saya. Malulah." Rayyan ketawa dan tangannya masih memegang kedua-dua tangan Elina.

"Dengan aku pun nak malu. Rileklah sayang. Lagi kau malu lagi aku suka." Pap! Elina menarik tangan kanannya dan menampar bahu Rayyan. Rayyan mencebik bibir dan mengusap bahunya yang ditampar Elina.

"Nah." Elina menghulurkan beg kertas.

"Apa benda tu?" Soal Rayyan pelik tapi disambut juga huluran beg kertas itu.

"Popia horlicks. Saya buat dengan mama petang semalam." Rayyan mengangguk kepala.

"Terima kasih. Gemuk aku kalau hari-hari kau bagi aku makanan dari air tangan kau." Elina mencebik bibir.

"Baguslah kalau gemuk. Tak ada perempuan nak dekat dengan awak." Rayyan mengerut dahi sebelum tawanya meletus.

"Kau jeles eh ramai perempuan suka dekat aku?" Laju saja Elina menggeleng kepala. Gilalah kalau dia angguk kepala. Kantoi pula dia suka si Rayyan ni.

"Yeke ni sayang? Baik mengaku."

"Mana ada. Buat apa saya nak jeles. Awak bukan boyfriend saya pun." Balas Elina selamba sebelum dia menekup mulut. Rayyan tersengih.

"Kalau aku jadi boyfriend kau, kau akan jeles lah ni?" Baru saja Elina mahu melarikan diri, Rayyan sudah memegang tangannya.

"Hah nak lari lah tu." Kata Rayyan selamba. Suka betul dia mengusik Elina.

"Mana ada lari. Tak nampak saya tengah jalan?" Soal Elina.

"Baik mengaku sekarang. Kau jeles kan?" Beria-ria Elina menggeleng kepala.

"Awak. Awek awak ada dekat atas tu." Terus Rayyan memandang ketingkat atas. Disitu cuma ada kawan-kawannya sahaja yang sedang memerhati dirinya. Elina merentap tangannya dan berlari meninggalkan Rayyan. Mujur dia sedang memakai pakaian sukan, kalau tak susah dia nak berlari.

"El! Siap kau kalau aku jumpa kau lagi!" Jerit Rayyan geram kerana ditipu dengan helah Elina. Sudahlah Elina cakap 'awek awak ada dekat atas tu' mestilah dia pandang. Tak memasal kantoi lebih awal dari apa yang dia jangka. Sampai saja ditingkat atas, Qi menyoal Rayyan.

"Kau pahal muka masam je?"

"Elina. Dia boleh kenakan aku. Nasib sayang." Ayat terakhir suaranya diperlahankan. Qi yang paling dekat dengan Rayyan tersengih mendengar ayat terakhir yang diucapkan Rayyan.

"Nasib sayang kan?" Usik Qi. Rayyan cuma mampu tersengih. Ketika itu, Zafran tiada bersama mereka kerana pergi ke tandas.

"Apa kau bawak tu weyh? Makanan ke?" Soal Zackri yang terkenal dengan sikap pantang nampak makanan.

"Haah makanan. Elina kata popia horlicks." Rayyan mengeluarkan bekas sederhana berisi popia horlicks lalu diletakkan diatas meja. Satu sticky note ditampal diatas penutup bekas dibaca oleh Rayyan sambil tersenyum.

Makan dengan kawan-kawan. Bekas ni tak payah bagi balik ☺.

"Kau rasa cukup tak untuk kita? Macam tak cukup je?" Soal Zackri.

"Untuk kau memang semua tak cukup." Bidas Badrul. Zakri tersengih manakala Qi dan Rayyan sudah ketawa.

*****

"Hai sayang." Sapa Rayyan. Elina yang sedang membaca novel diperpustakaan mengangkat muka. Dia tersenyum melihat Rayyan yang sedang menarik kerusi dan duduk dihadapannya.

"Mana tahu saya kat sini?" Elina meletakkan penanda buku dimuka surat yang dibacanya tadi sebelum menutup novel itu.

"Tadi jumpa puan Nadhia, jadi aku tanya lah kau dekat mana." Elina mengangguk kepala.

"Erm.. Popia horlicks yang kau bagi pagi tadi memang sedap. Lepas ni kau nak bagi makanan apa lagi?" Elina tersengih sebelum menongkat dagu memandang Rayyan dihadapannya.

'Alangkah indah kalau dia bukan milik sesiapa pun..' bisik hati elina.

"Awak nak saya masak apa?" Rayyan mengusap dagu setelah mendengar soalan Elina.

"Aku tak kesah sebenarnya kau nak bagi apa. Kalau kau yang buat, semua aku makan." Kata Rayyan sambil merenung wajah Elina yang sedang tersenyum.

"Tengoklah macam mana nanti, kalau saya tak sibuk saya buatkan makanan untuk awak lagi." Rayyan mengangguk kepala sebelum mengambil telefon Elina yang berada bersebelahan novel.

"Boleh aku buka?" Soal rayyan. Elina mengangguk kepala.

"No pin?"

"1710." Rayyan mengangguk kepala.

"17 okt? Tarikh lahir kau?" Elina cuma tersenyum. Rayyan tersenyum melihat gambar wallpaper hanphone Elina. Gambar mereka berdua dikedai yang menjual sate malam tadi. Rayyan membuka gallery dan melihat gambar-gambar yang berada didalam telefon Elina. Jarinya terhenti di satu gambar. Didalam gambar itu ada sepasang suami isteri, 2 lelaki remaja, 2 kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan yang mempunyai rupa sama seperti Elina.

'Ni macam Elina. Siapa mereka ni? Elina ada adik beradik? Tapi ini bukan muka puan Nadhia dan encik Nazmi. ' monolog Rayyan didalam hati. Rayyan menekan butang home dan meletakkan telefon Elina disebelah novel. Dia tersenyum melihat Elina yang sedang tidur beralaskan lengan. Dia mengambil telefon bimbitnya dari poket seluar sebelum mengambil beberapa keping gambar Elina yang sedang tidur itu.

'Masa tidur pun masih comel macam selalu.' Bisik hatinya. Dia terpandang jam tangan dan gelang pemberian dia sewaktu hari sukan berlangsung.

"Aku harap kau tahu yang aku dah jatuh hati pada kau." Kata Rayyan perlahan sebelum dia turut tertidur sambil memandang wajah Elina.

{DONE}

Please vote and comment!

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now