Elina dengan muka tak puas hatinya mendekati meja yang Qi duduki. Panas hatinya melihat Atikah dan kawan-kawan Atikah berada disitu. Dipeluk selamba lengan Qi.
"Eh perempuan, kau buat apa dekat sini? Nak mengatal dengan suami orang?" Soal Elina dengan nada sinis. Atikah dan kawan-kawan tersentak.
"Aku cuma nak tolong tengok leher Qi tu. Macam teruk je." Ucap Atikah selamba.
"Eh tak kau tak payahlah sibuk dengan leher laki aku. Aku tahulah nak jaga dia. Berambuslah perempuan. Meluat sia aku dengan kau ni." Qi menelan air liur. Nasib baik Elina serang Atikah. Kalau serang dia? Habislah leher dia.
"Eh peduli apa aku? Kau siapa nak arah aku hah?" Atikah memandang tajam kearah Elina. Tiba-tiba Elina memegang kepalanya.
"Sayang kenapa ni?" Soal Qi cemas.
"Kepala sayang peninglah hubby." Bulat mata Qi.
"Kita pergi klinik eh? Kelas petang ni tak payah hadir. Okay?" Soal Qi lagi. Risau melihat Elina.
"Erm..." itu saja balasan dari Elina.
"Guys, aku gerak hantar Elina pergi klinik. Jumpa esok. Jom sayang." Terus dipeluk bahu isterinya dan berlalu pergi.
"Ok bro." Balas Zackri.
"Eh Elina kenapa eh? Sejak kebelakangan ni perangai dia lain do. Garang lain macam aku tengok." Soal Zafran.
"Haah do. Aku pun perasan. Paling aku perasan, Elina nampak marah bila ada girl dekat dengan Qi." Ucap Badrul pula.
"Aku rasalah kan, El mengandung. Emosi orang mengandung ni kan tak berapa stabil, sensitif pula tu." Kata Laina sambil memegang dagu. Atikah dan kawan-kawannya berpandangan. Atikah mengetap gigi. Macam mana kalau betul Elina mengandungkan anak Qi?
"Serius ah? Wah tak sabarnya. Nanti aku jadi pakcik." Dengan muka teruja Zackri menongkat dagu. Atikah terus melangkah pergi. Tidak tahan mendengar apa yang dikatakan mereka.
'Elina tak boleh mengandung anak Qi!' Bisik Atikah. Kawan-kawan Atikah turun melangkah mengejar langkah Atikah yang agak laju.
*****
"Tahniah encik, isteri encik hamil 7 minggu." Senyuman dibibir Qi tak pernah hilang sejak pulang dari klinik. Elina pula tersipu malu apabila Qi terlebih manjakan dia.
Keluarga angkat Elina dan keluarga kandungnya tumpang gembira dengan berita itu. Siap nak buat kenduri kesyukuran lagi tu.
"Awak... saya minta maaf. Teruk betul saya gigit kat leher awak tu." Ucap Elina ketika mereka didalam bilik tidur.
"Tak apa sayang. Saya tahu awak tak ada niat. Tapi kenapa ye awak gigit saya semalam?" Elina tersengih malu.
"Ada orang hantar gambar awak dengan Atikah. Saya cemburu sebab tu saya gigit awak." Qi menggeleng kepala.
"Gambar? Bila pulak saya ambil gambar dengan Atikah ni?" Soal Qi hairan. Elina mengambil telefonnya dan membuka whatsapp lalu ditekannya chat semalam. Dihulurkan telefon kepada suaminya. Qi merenung gambar itu dan sesekali dia zoom.
"Bila pula suami awak ni pakai subang sayang oi?" Elina makin tersengih. Dia pun baru perasan masa balik dari klinik tadi. Gambar itu diedit. Qi sudah menggeleng kepala.
"Sakit tahu sayang gigit. Dah macam vampire." Aduh Qi. Elina menunduk kepala.
"Maaf awak. Saya janji tak buat lagi." Qi tersenyum senget.
"Yeke tak buat lagi ni? Sayang sekarang kalau geram suka menggigit. Nasib suami awak ni sayang awak tau, kalau tak dia lambung je awak keluar balkoni tu." Elina sudah tercebik-cebik mulutnya mendengar apa yang dikatakan Qi. Qi sudah tersenyum sinis melihat wajah Elina yang seakan nak menangis.
"Sampai hati awak. Hiks." Terus saja Elina menangis membuatkan Qi tertawa kecil. Comel je Elina ni nangis macam baby kena ngomol.
"Hati Iman ni sampai je. Itu yang asyik melekat ni." Terus dipeluk tubuh Elina yang sudah terhenjut-henjut menangis.
"Awak jahat! Hiks. Awak tak sayang saya!" Dipukul-pukulnya belakang badan Qi. Qi cuma ketawa tanpa menghalang badannya yang sedang dipukul.
*****
"Bah!" Terhenjut bahu Qi dan dia ternganga melihat telefonnya selamat jatuh kedalam kolam renang ditingkat bawah.
"Sayang! Apa awak buat ni hah?" Tengking Qi. Elina sudah terpaku mendengar intonasi suara Qi yang tinggi itu.
"Saya cuma nak kejutkan awak je." Ucap Elina perlahan. Kepala ditunduk memandang kaki.
"Nak bergurau tu agaklah sikit! Habis telefon tu siapa nak ganti? Sedar sikit diri tu tak kerja. Nak ganti guna apa? Baby dalam perut tu ke?" Soal Qi dengan nada yang kasar. Elina tersentak lalu mengangkat muka memandang Qi.
"Saya tahu saya salah. Saya minta maaf." Walaupun hatinya sakit mendengar kata-kata Qi tapi dia cuba untuk memohon kemaafan dari suaminya. Qi mendengus geram sebelum keluar dari bilik dan sempat menghempas pintu bilik dengan kuat. Elina menyandar pada dinding sebelum dia jatuh melorot kebawah.
"Hiks... sampai hati awak tinggikan suara dengan saya." Dijenguk sedikit kebawah dan melihat sebuah motorsikal berkuasa tinggi meninggalkan rumah. Dia kembali menangis.
*****
"Apa Qi buat ni?" Tinggi suara encik Que menyoal Qi. Tegang saja riak wajahnya apabila mengetahui yang Elina keluar rumah dan hanya meninggalkan sekeping nota dibilik tidur Qi.
Awak, saya nak minta izin keluar. Saya harap awak tak kesah ♡
Emoji love juga tidak ketinggalan. Bila ditanya kenapa Elina tinggalkan nota, barulah Qi memberitahu keluarganya yang dia memarahi Elina sebelum dia keluar rumah tadi. Sekarang sudah pukul 10 malam tapi Elina masih tidak pulang. Sudah ditelefon puan nadhia namun Elina tidak ada datang ke sana.
"Qi, orang perempuan ni kalau mengandung sensitif. Sekarang macam mana? Mummy call Elina tak angkat." Qi diam. Dia tak sengaja tertinggi suara dengan Elina. Dia cuma bengang bila telefon dia selamat jatuh kedalam kolam renang ditingkat bawah.
"Kau ni Qi, dia tu mengandung anak kau. Yang kau pergi tinggi suara kenapa? Telefon tu daddy boleh tolong belikan. Elina hilang kau beli baru ke?" Soal Suzanna dengan nada sinis.
*****
Tepat pukul 1 pagi, Elina dengan senyap masuk kedalam rumah tanpa disedari sesiapa. Dia melihat Qi yang sedang tidur duduk manakala televisyen masih terpasang. Elina terus mematikan televisyen dan mendaki tangga.
Dia mengambil selimut lalu turun semula. Dia menyelimut badan Qi dan sempat meletakkan sesuatu diatas meja ruang tamu sebelum naik semula ke atas. Dia mengiring ke kanan dan menutup mata.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
RomanceElina Ayzrina. Gadis yang banyak kenangan pahit dari manis. Kenangan manis baginya hanya kenangan bersama keluarga angkat dan juga kenangan bersama Rayyan. Si kekasih hati. Saat bahagia mula datang, rayyan meninggalkan elina buat selamanya kerana sa...