Bab 22 - Jumpa lagi

133 4 1
                                    

"Weyh aku dengar ada cikgu sementara baru masuk hari ni." Suhaila mengambil tempat disebelah Elina yang sedang bersandar pada kerusi ditaman sains.

"Ada kena mengena dengan aku ke, Su?" Soalan dengan nada biasa tapi dipendengaran Suhaila ianya seperti soalan sinis yang dituju kepadanya.

"Eh kau ni kan, aku cakap je kan. Aku perasanlah sejak pakwe kau meninggal, perangai kau dah lainlah. Dah tak macam dulu." Suhaila berdiri dan bercekak pinggang dihadapan Elina.

"Tolonglah Su.. jangan serabutkan aku lagi." Kata Elina perlahan.

"Kau dah lain El. Kau dah tak macam dulu. Kau berubah sangat-sangat. Aku sebagai kawan baik kau, aku kecewa sangat dengan kau sekarang ni. Kau fikir sangat pasal arwah Rayyan sampai tak terjaga waktu makan kau. Sampai kau masuk hospital. Bila aku ajak borak mesti kau suka bagi ayat-ayat sinis dekat aku. Aku ni siapa bagi kau? Rayyan dah meninggallah El! Kau kena move on!"

"Stop!" Jerit Elina dan matanya berkaca. Dia berdiri dihadapan Suhaila.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Jadi kau jangan cakap ikut suka kau. Macam mana aku nak move on kalau setiap kali aku bergerak, semua benda mengingatkan aku dekat dia? Kau cakap dengan aku macam mana aku nak move on? Aku fikir kau faham apa yang aku rasa sekarang ni, tapi aku salah. Kau langsung tak faham perasaan aku." Suhaila terkesima melihat air mata Elina mengalir dihadapannya. Elina terus berlalu meninggalkan Suhaila ditaman sains.

"Su... El tu kenapa?" Soal Kamarul yang baru sampai ditaman sains. Kebetulan dia lalu situ dan nampak perbalahan antara Elina dan Suhaila.

"Tak payah sibuklah!" Terus Suhaila berlalu dan meninggalkan Kamarul yang terpinga-pinga.

"Aik? Gaduh dengan El dengan aku sekali kena tempias. Hah inilah perempuan... satu salah semua kena tempias..." dan bermulalah Kamarul membebel sepanjang perjalanan ke kelas. Pelajar yang berselisih dengan Kamarul memandang pelik kerana Kamarul bercakap seorang diri. Macam orang gila. Ops!

*****

Aryan berjalan sambil tersenyum ketika berselisih dengan pelajar di SMK Putera Puteri. Kini dia menuju ke kelas tingkatan 5 gigih. Aryan masuk lalu diletakkan beg diatas meja.

"Bangun semua... Assalamualaikum cikgu!" Wahidah memberi salam selaku penolong ketua kelas. Xin selaku ketua kelas bagi kelas tingkatan 5 gigih cuti kerana demam.

"Assalamualaikum cikgu!" Seisi kelas memberi salam.

"Waalaikumussalam semua. Semua boleh duduk." Kata Aryan sambil matanya memandang pelajar-pelajar yang berada didalam kelas itu. Matanya terhenti dihujung kelas, gadis yang memandang keluar tingkap. Ye, itu Elina Ayzrina. Gadis yang dicarinya. Tak sangka dia mengajar kelas yang menempatkan Elina. Dia memandang beberapa pelajar yang saling berbisik.

"Okay baiklah semua. Nama saya Aryan bin Fahmi. Saya guru sementara menggantikan puan Laila yang sedang cuti bersalin." Ketika itu Elina memandang Aryan dan dia terpaku. Itu lelaki yang dia jumpa dua minggu lepas! Sreett! Bunyi kerusi ditolak kebelakang membuatkan seisi kelas memandang Elina yang sudah berdiri. Mata Elina berkaca.

"Ye ada apa?" Soal Aryan dengan nada biasa.

"Sa-saya nak minta izin ke tandas."

"Okay. Boleh, silakan." Terus Elina keluar dari kelas dengan keadaan tergesa-gesa. Apabila lalu dihadapan Aryan, Elina menunduk kepala. Suhaila yang melihat itu diam tanpa kata. Seisi kelas diam. Sebab apa? Sebab wajah Aryan se iras dengan Rayyan! Mahu tak terkejut dan mereka sedia maklum yang Rayyan sudah meninggal dunia kerana sakit. Aryan yang melihat keadaan itu berdehem.

"Kenapa senyap?" Wahidah mengangkat tangan.

"Ye ada apa?" Soal aryan.

"Cikgu ni kembar Rayyan ke?" Aryan terdiam.

"Tak. Siapa Rayyan ye?" Aryan pura-pura bertanya padahal dia dah tahu siapa yang mereka maksudkan.

"Weyh Ida! Kembar sama umurlah. Aduh kau ni." Sampuk Syafik.

"Maksud aku, kembar rupa. Kan muka cikgu baru ni sama sangat dengan muka arwah Rayyan." Wahidah membidas semula. Aryan berdehem membuatkan Wahidah dan Syafik memandang kehadapan semula.

"Dalam dunia ni ada tujuh rupa yang sama. Jadi tak hairan kalau rupa saya sama dengan dia. Arwah Rayyan tu kawan kamu semua ke?" Ujar Aryan. Masing-masing dah geleng kepala.

"Bukan kawan korang? Jadi siapa dia?" Soal Aryan lagi.

"Rayyan boyfriend Elina. Perempuan yang ketandas tadi." Jawab Irda. Aryan mengangguk kepala.

*****

Sampai saja ditandas, Elina mengunci pintu tandas dan duduk mencangkung. Dia teresak tanpa suara.

'Kenapa perlu jumpa dia semula?' Bisik hati Elina. Rupa yang sama dengan Rayyan membuatkan fikiran bercelaru. Dalam keadaan mencangkung, badan disandarkan pada dinding. Air mata mengalir tanpa diseka.

'Awak... saya rindu...' bisik hati Elina sekali lagi. Betapa seksa dia mahu membiasakan dengan keadaan sekarang. Selepas hampir setengah jam didalam tandas, dia mengesat air mata yang mengalir dan membasuh muka.

Dipandang wajah yang sembap dan hidung yang merah kerana menangis. Dia menarik nafas dan menghembus nafas beberapa kali lalu keluar dari kelas. Dia berjalan dengan keadaan kepala menunduk. Dia masuk kedalam kelas setelah mengetuk pintu. Sampai dihadapan Aryan dia mengangkat muka sambil tersenyum nipis.

"Maafkan saya kerana lambat masuk." Dengan mata yang sembap dan hidung membuatkan Aryan rasa nak peluk dan pujuk Elina tapi dia sedar dia dimana dan siapa dia kepada Elina. Dia cuma sama rupa dengan Rayyan dan dia bukan Rayyan.

"Tak apa. Awak boleh duduk." Aryan berkata dengan perasaan berbaur.

'Ya Allah, setiap kali dia tengok aku pasti dia sedih. Bagaimana aku mahu melaksanakan amanat itu? Aku tak sanggup tengok dia menangis lagi. Hati aku sakit Ya Allah.' Bisik hati Aryan. Dikawal riak wajahnya supaya tidak ketara.

"Baiklah. Saya minta diri dulu."

"Bangun semua! Terima kasih cikgu."

"Terima kasih cikgu!" Ucap seisi kelas. Aryan mengangguk kepala dan keluar dari kelas dengan perasaan berbaur. Digigit lembut bibir bawahnya. Resah dan keliru. Adakah keputusan yang dia buat ini betul?

{DONE}

Aryan dah mulakan step pertama.
Patut ke aryan teruskan?
Ke dia kena undur diri?

Setiap kali tengok aryan, elina sedih sebab teringat rayyan.
Hah elina kena buat apa?
pindah sekolah ke?

Please vote and comment!

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now