"Hai, Qi." Sapa Atikah. Qi mengangkat muka dari terus membaca buku. Yang lain turut mengangkat muka memandang Atikah.
"Qi je yang kau hai? Kami ni tak? Ke dah buta tak nampak kami?" Soal Laina sambil tersenyum sinis. Atikah memaniskan muka tapi dalam hati dah menyumpah Laina.
"Haha. Maaflah. Hai semua." Tiada balasan dari mereka berlima. Krik krik.
"Er... Qi, esok petang you free tak? Jom tengok wayang." Ujar Atikah lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Qi.
"Bapak tak malu sia kau duduk depan Qi. Tak ada pulak orang pelawa kau duduk." Kata-kata Zackri disambut tawa oleh mereka bertiga manakala Qi cuma menahan gelak. Atikah menahan malu apabila mereka mentertawakannya manakala Qi yang sedang tersenyum-senyum menahan gelak.
"Weyh tikar. Ops! Haha. Maksud aku Tikah. Qi ni dah ada someone dan kau takyahlah berangan nak ngorat Qi. Takkan dapat punyalah weyh." Makin membahang muka Atikah apabila Laina berkata begitu.
"Sampai bila-bila pun aku takkan lepaskan Qi. Ingat tu perempuan." Terus Atikah bangun dan berlalu pergi.
"Pergh perempuan tak tahu malu sia!" Jerit Badrul.
"Perigi cari timba ke woi?" Jerit Zackri. Zafran hanya menggeleng kepala manakala Qi mengeluh. Laina memandang Qi setelah mendengar Qi mengeluh.
"Qi, kau kena berhati-hati sikit dengan perempuan tu. Dari tahun lepas kot dia asyik cari perhatian dari kau. Aku takut dia guna cara kotor je." Nasihat Laina. Qi tersenyum nipis dan mengangguk kepala.
*****
"Kau dengar sini eh, Qi aku punya. Aku akan dapatkan dia walaupun termasuk guna cara kotor."
"Aku nak kau jauhi diri dari Qi. Kau tu bukannya lawa mana pun. Aku ni lagi lawa, lagi reti bergaya dari kau." Kata-kata Atikah seolah pita rakaman dalam kepalanya. Dia terduduk sambil memeluk lutut dibawah pancuran air. Pakaian masih tidak ditanggalkan dari badan.
Pancuran air masih dibuka namun dia sudah berdiri dan memandang wajahnya sudah lecun dengan air dari pancuran air termasuk air matanya sendiri. Dipandang badannya yang masih berpakaian.
'Aku tak lawa ke?'
'Aku tak pandai bergaya ke?' Soal Elina pada dirinya sendiri.
"Entah-entah Qi nak dekat kau sebab badan kau je? Hahaha. Siapa je nak dekat perempuan macam kau?" Dush! Krak! Retak cermin dihadapan ditumbuknya.
"Sayang? Sayang dekat dalam ke? Bunyi apa tadi tu?" Elina cuma diam tanpa membalas soalan Qi.
"Kau nak tahu sesuatu? Aku pernah keluar berdua dengan Qi. Awh! Dia sangat romantik. Aku suka. Dia pegang tangan aku tau waktu tu." Atikah ketawa. Argh! Elina menjerit geram. Dush! Trak! Prangg! Cermin pecah berderai membuatkan Qi yang mahu berpatah balik ke katil tidak menjadi.
"Sayang? Sayang! Buka pintu dia cepat! Sayang!" Diketuk beberapa kali pintu tandas. Elina memegang tepi sinki untuk menyokong dia untuk terus berdiri. Tangan kanan yang berdarah dan darah menitik tanpa henti di atas lantai, Elina buat tidak tahu. Didalam kepalanya hanya terfikir satu soalan.
'Qi akan tinggalkan dia dan pergi pada Atikah ke?' Arghh! Kali ni jeritannya dua kali lagi kuat dari jeritan pertama. Ditumbuk dinding tandas. Air mata tetap mengalir.
"Qi, kenapa ni?" Soal encik Que. Dia bersama isterinya dan dua lagi anak perempuan sudah berada dalam bilik Qi.
"Tak tahu daddy. Tadi bunyi cermin pecah. Lepas tu Elina menjerit." Encik Que memandang puan Imani.
"Sayang! Buka pintu ni! Jangan macam ni!"
"Diamlah! Argh!" Elina menumbuk dinding buat kali kedua. Dia tak dapat kawal emosi dia sendiri.
"Daddy macam mana ni?" Soal Qi. Risau mendengar apabila mendengar jeritan Elina yang menyuruhnya diam.
"Kopak jelah pintu ni. El takkan buka punya pintu ni dari dalam." Ujar Queya. Qi memandang encik Que dan encik Que mengangguk kepala.
"Sayang? Cuba buka pintu ni. Cerita kat Iman apa jadi?" Qi cuba untuk berlembut walaupun dia rasa nak pecahkan pintu tandas ni sekarang jugak.
"Diam! Berambuslah! Hiks hiks." Qi menggenggam penumbuk apabila mendengar Elina menangis. Dia tak kesah Elina menjerit sebegitu sebab dia tahu Elina tak pernah berkasar kecuali apabila dia sendiri tak dapat kawal emosinya.
"Sayang, jauh dari pintu. Saya nak buka pintu."
"Aku cakap berambuslah! Tak faham bahasa ke sial?" Encik Que, puan Imani, Suzanna dan Suhaili terkejut dengan jerkahan itu. Tanpa mempedulikan kata-kata kesat yang keluar dari mulut Elina, Qi terus merempuh pintu dengan bahu kanannya. Rempuhan pertama tak berjaya membuatkan pintu itu terbuka. Kali kedua juga begitu namun rempuhan ketiga berjaya membuatkan pintu terbuka.
Qi terkejut melihat serpihan cermin bersepah dilantai dengan darah menitik dari tangan Elina. Elina masih memandang kawasan terlekatnya cermin padahal cermin sudah tidak ada disitu. Tangannya masih memegang tepi sinki menyokong dari dia terduduk. Dia tak kuat.
Rasa sakit yang sama apabila dia dihina oleh rakan sekolahnya dan dilabel perempuan murah. Perlahan-lahan Qi melangkah mendekati Elina dengan perasaan berdebar. Dia tak pernah nampak Elina versi ini. Darah yang menitik diabaikan seolah itu air yang menitik.
"Sayang..." Elina berpaling kebelakang dan memandang Qi.
"Kenapa ni?" Elina menyengetkan sedikit kepala dan tersenyum senget.
"Jom, kita keluar. Iman sapu ubat dekat tangan tu." Ucap Qi dengan nada lembut. Cuba memujuk.
"Berambus..." Walaupun perlahan tapi Qi tetap mendengar. Dia menelan air liur. Dengan senyuman senget terukir dibibir Elina membuatkan Qi agak was-was mendekati isterinya itu.
"Aku cakap berambuslah!" Terhenjut bahu Qi mendengar jerkahan itu.
"Sayang..." Qi melembutkan nada suaranya.
"Pe-pengsankan saya. Cepat." Dengan air mata yang masih mengalir Elina melangkah mendekati Qi yang sudah terdiri statik setelah mendengar jerkahannya.
"Pengsankan saya. Cepat Iman. Saya tak tahan." Dia berdiri dihadapan Qi. Tiba-tiba satu tumbukan hampir mengena pipi Qi namun Qi sempat mengelak dan dia terus memukul belakang tengkuk Elina. Elina tak sedarkan diri dan Qi terus mencempung badan Elina. Dibawa ke katil.
"Kakak. Ambil kain, Qi nak balut bagi darah ni tak keluar dah." Terus Suzanna mengambil sehelai kain panjang diatas rak didalam bilik air lalu dihulurkan kepada Qi.
"Mummy, call doktor dengan mama El." Puan Imani mengangguk kepala dan dikeluarkan telefon dari poketnya lalu dia terus menelefon doktor dan puan Nadhia.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
RomanceElina Ayzrina. Gadis yang banyak kenangan pahit dari manis. Kenangan manis baginya hanya kenangan bersama keluarga angkat dan juga kenangan bersama Rayyan. Si kekasih hati. Saat bahagia mula datang, rayyan meninggalkan elina buat selamanya kerana sa...