"Cik!! Hati-hati!!" Menjerit Elina lalu ditarik tangan wanita itu. Pon!!!!!! Buk!! Berpinar kepala Elina apabila kepalanya terhantuk pada jalan tar. Motor yang hampir melanggar puan Nadhia terus melanjutkan perjalanan tanpa ada niat hendak berhenti.
"Dik? Adik okay?" Sebelah tangan kirinya diletakkan disebelah kepala, keningnya berkerut-kerut dahinya menahan sakit.
"Okay cik. Sikit je ni." Bulat mata puan Nadhia melihat luka didahi Elina.
"Dahi awak ni luka, mari makcik hantar pergi klinik." Elina menggeleng perlahan kepalanya.
"Tak apa cik, sikit je ni. Letak ubat nanti mesti dah okay."
"Makcik rasa bersalah sangat ni. Bagi makcik bawa kamu pergi klinik ye? Tampal luka kat dahi kamu tu." Kerana malas memanjangkan berbalahan, akhirnya Elina bersetuju untuk pergi ke klinik berdekatan. Mereka melintas jalan untuk ke kereta puan Nadhia.
*****
"Terima kasih, makcik."
"Sama-sama, nak." Sudah ditegah cuma hantar ditepi jalan tetapi tetap mahu menghantarnya sampai didepan rumah.
"Kau pergi mana lama sangat hah?" Terkejut Elina dan puan Nadhia mendengar suara kasar dari encik Ismail.
"Makcik pergi balik ye? Sa-saya masuk dalam dulu." Puan Nadhia menggeleng kepala.
"Makcik nak jumpa mak ayah kamu sekejap."
"Tapi makcik-"
"Elina!" Encik Ismail berdiri depan pintu rumah.
"Siapa ni? Kenapa dahi kau tu?" Soal encik Ismail garang.
"Ni makcik Nadhia. Dahi ni, El kemalangan tadi."
"Padan muka kau! Tulah aku cakap, kau tu kecik lagi. Ada hati nak kerja dekat luar, tengok sekarang apa jadi? Kenapa tak mati je kau?" Terkedu puan Nadhia mendengar bicara encik Ismail. Elina menunduk kepala. Malu dia terhadap puan Nadhia.
"Maafkan saya encik, Elina yang tolong saya hampir kena langgar dengan motor. Dahi dia luka sebab terkena jalan. Saya minta maaf kalau saya bawa Elina lama sangat, saya hantar dia pergi klinik tadi."
"Kau fikir aku peduli? Eh baik mampus jelah budak ni. Dulu aku hantar dia pergi sekolah, dapat nombor periksa belakang sekali. Memang bagus dia tak sekolah sekarang ni, tak membazir duit aku."
"Ayah! Ye, El bodoh. El menyusahkan ayah. Semuanya El tapi ayah kena ingat, ayah punca segalanya." Berang dengan kata-kata Elina, encik Ismail mara ke hadapan. Puan Ayz Shah yang berdiri sebelah encik Ismail , menahan suaminya itu dari mendekati elina.
"Sudah bang. El tak salah."
"Kau diam! Kau selalu lebihkan anak kau ni! Suka pijak kepala orang!"
"El cepat masuk dalam!" Elina terus masuk kedalam rumah. Sampai didalam bilik, ditekup mukanya pada bantal dan dia mula menangis teresak-resak. Selepas encik Ismail dan puan Ayz Shah berlalu masuk kedalam rumah, puan Nadhia memandang kawasan rumah itu sebelum kembali ke keretanya.
*****
"Mak.. El tak tahan mak. El nak keluar dari rumah ni." Teresak-resak Elina sambil memeluk tubuh emaknya itu. Puan Ayz Shah mengusap belakang badan Elina. Sungguh dia tidak punya kekuatan untuk keluar dari rumah ini.
"El nak pergi mana? Keluarga mak tak ada kat sini sayang." Dicium dahi anaknya itu.
"El nak lari rumah. El cari rumah kat luar ye mak?" Elina melepaskan pelukan dan mengesat air matanya yang mengalir dipipi. Dipandang lama wajah anak tunggal perempuannya itu.
"Kalau itu El nak, pergilah nak. Mak izinkan. Jaga diri kat luar sana ye? Pergi sekarang, kalau pergi lambat takut ayah balik." Terus dicium kedua-dua pipi puan Ayz Shah dan Elina masuk kedalam bilik lalu mengemas baju.
*****
"Anak kau tu mana?" Kelu lidah puan Ayz Shah bila suaminya menyoal tentang Elina.
"Tak tahu bang."
"Tak tahu? Kau mak dia! Macam mana kau boleh tak tahu?!" Ditarik rambut puan Ayz Shah sehingga puan Ayz Shah merintih kesakitan.
"Sakit bang.. lepas.."
"Sakit lagi hati aku bila anak kau menjawab! Keluar kau dari rumah ni!" Encik Ismail menolak kasar badan puan Ayz Shah sehingga isterinya itu tersungkur dilantai. Dengan langkah lemah, puan Ayz Shah berdiri dan melangkah keluar lalu duduk dipondok berdekatan rumah mereka.
*****
Kini Elina berada didalam bas rapid kl. Dipandang beg baju yang dibawanya tadi, mujur dia sudah terima gaji pada pagi tadi. Sekarang dia mahu ke mana? Rumah abang-abangnya? Rasanya tak.
Elina keluar dari bas selepas pemandu bas memberitahunya ini adalah perhentian terakhir. Dipandang sekeliling sebelum memandang jam tangannya, sudah pukul 12 malam. Dia duduk diperhentian bas dan menyandar badannya pada tiang.
"Dik.. dik.." Elina terjaga apabila seseorang menggerakkan bahunya.
"Makcik?" Puan Nadhia tersenyum apabila Elina mengenalinya. Dipandang lama beg pakaian disebelah Elina.
"Kamu buat apa tidur dekat perhentian bas?" Elina menunduk kepala lalu bermain jarinya sendiri.
"Tak apalah kalau kamu taknak jawab, mari kita pergi makan dekat kedai depan tu. Suami makcik dah tunggu." Elina memandang wajah puan Nadhia sambil tersenyum.
"Tak apa makcik, makcik pergi je. Saya nak duduk sini." Bahu Elina ditepuk perlahan oleh puan Nadhia.
"Marilah. Makcik lapar ni." Dengan terpaksanya, Elina bangun dan menjinjit beg pakaian disebelah tangan kirinya lalu mengekori puan Nadhia dari belakang.
"Abang.. inilah Elina yang saya bagitahu haritu. Elina, ini suami makcik."
"Assalamualaikum pakcik. Selamat pagi." Elina menyalam tangan encik Nazmi.
"Waalaikumussalam. Selamat pagi. Mari sarapan sekali."
"Saya pergi tandas sekejap, nak cuci muka."
"Tu tandasnya." Encik Nazmi menunjuk hujung gerai itu. Elina meletakkan beg pakaian dan menyandang beg sandang lalu pergi ke tandas yang dimaksudkan oleh encik Nazmi.
"Kenapa dia bawak beg pakaian?" Soal encik Nazmi.
"Entahlah bang. Saya tanya dia diam je."
"Awak jumpa dia dekat mana tadi?"
"Saya jumpa dia dekat perhentian bas, tengah tidur waktu tu." Encik Nazmi memandang hairan.
"Dia lari rumah ke?"
"Agaknya. Nanti habis sarapan, saya tanya lagi sekali." Encik nazmi cuma mengangguk kepala dan elina datang kemeja mereka dengan wajah yang ceria.
"Elina nak makan apa? Order je." Elina cuma mengangguk kepala dan puan Nadhia memanggil pelayan.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
RomanceElina Ayzrina. Gadis yang banyak kenangan pahit dari manis. Kenangan manis baginya hanya kenangan bersama keluarga angkat dan juga kenangan bersama Rayyan. Si kekasih hati. Saat bahagia mula datang, rayyan meninggalkan elina buat selamanya kerana sa...