Bab 20 - Selamatkan kucing

138 6 2
                                    

Selepas 3 hari ditahan didalam wad, akhirnya Elina dibenarkan untuk pulang. Kini mereka dalam perjalanan pulang kerumah. Elina memandang sebelah kirinya yang terdapat sebuah kotak bersiaz sederhana yang diberi oleh Raihana masih tidak dibuka. Hatinya kuat mengatakan yang ada sesuatu yang akan membuatkan dia menangis untuk kesian kalinya jika dia membuka kotak itu.

"Kakak nak apa-apa tak? Boleh kita singgah sebelum balik." Soal encik Nazmi sambil memandang cermin pandang belakang. Elina hanya mempamerkan muka tanpa riak.

"Kakak nak biskut oreo." Ujar Elina dengan nada perlahan.

"Abang berhenti dekat kedai runcit depan tu. Beli 5 bungkus biskut oreo terus." Ujar puan Nadhia. Encik Nazmi hanya mengangguk. Diikut saja kata isterinya.

"Mama turun kejap. Kakak duduk diam-diam dalam kereta. Jangan keluar." Elina cuma mengangguk kepala dan memandang kearah jalan raya. Matanya terpandang seekor kucing sedang melintas dan sebuah kereta yang dipandu agak laju. Dia tak sedar ada kucing melintas ke?

Elina membuka pintu kereta dan berlari mendapatkan kucing itu dan ketika itu juga bunyi hon dari kereta yang sedang menghala kearah Elina dan kucing yang dipegang Elina. Elina kaku apabila kereta itu menghala kearahnya.

"Kakak!" Jerit encik Nazmi dan puan Nadhia.

Srettt! Bunyi tayar kereta berhenti secara mendadak membuatkan Elina membuka matanya semula. Dia agak terkejut melihat dia didalam dakapan seseorang. Kucing itu mengiau perlahan dan itu membuatkan Elina tersedar. Dia berdehem dan pelukan dilepaskan.

"Adik tak apa-apa? Maaf kakak tak perasan adik tadi." Soal si pemandu kereta yang hampir melanggar Elina. Elina mengerut dahi. Aik? Kenapa minta maaf? Dia yang buat salah kenapa orang lain yang minta maaf?

"Kakak okay? Ya allah, sayang. Kan mama dah cakap duduk dalam kereta je." Dipusing badan Elina dan itu membuatkan makin berkerut dahi Elina.

"Sayang, sudahlah tu. Pening kakak, awak pusing-pusing badan dia." Puan Nadhia tersengih malu.

"Kakak okay? Ada sakit kat mana-mana?" Perlahan-lahan Elina mengangguk kepala dan selepas itu dia menggeleng kepala.

"Okay ke tak ni? Pening mama tengok kakak kejap angguk kejap geleng." Encik Nazmi ketawa perlahan.

"Sayang... kakak cakap dia okay, dia tak sakit pun."

"Oh.."

"Maafkan saya ye pakcik sebab hampir langgar anak pakcik. Saya nak cepat sampai tak perasan kucing melintas dan waktu tu baru saya perasan anak pakcik melintas." Kata si pemandu itu.

"Takpa. Anak saya pun tak ada cedera kat mana-mana pun." Ujar encik Nazmi.

"Kalau macam tu, saya gerak dululah. Maafkan akak sekali lagi ye dik?" Elina cuma mengangguk kepala tanpa mengeluar sepatah kata. Selepas kakak itu berlalu pergi, encik Nazmi memandang si pelaku yang menyelamatkan Elina.

"Terima kasih ye selamatkan anak saya." Ujar encik Nazmi.

"Tak apa pakcik. Kebetulan saya nampak anak pakcik lari ambil anak kucing melintas tadi." Encik Nazmi mengangguk kepala.

"Kakak jangan buat macam tadi. Mama risau tahu tak?" Dipeluk tubuh Elina yang masih tidak bersuara.

"Miaww." Anak kucing yang tersepit diantara Elina dan puan Nadhia mengiau kuat membuatkan puan Nadhia melepaskan pelukan.

"Eee comelnya kucing ni." Puan Nadhia terus mengambil kucing yang berada dipelukan Elina. Dibelai manja dan kucing itu mengiau lagi.

"Nama siapa ye?" Soal encik Nazmi.

"Aryan, pakcik." Elina memandang jalan tar selepas lelaki yang menyelamatkannya memperkenalkan diri. Nama yang seakan arwah Rayyan.

"Panggil saya pak Naz. Ini pula isteri pakcik, panggil makcik Nadhia. Yang kamu selamatkan tadi anak pakcik, nama dia Elina." Aryan mengangguk kepala dan matanya memandang Elina yang menunduk kepala.

"Kakak..." panggil puan Nadhia setelah melihat Elina yang menunduk kepala, diam tanpa mengucapkan terima kasih kepada Aryan.

"Cakap terima kasih dekat Aryan." Kata puan Nadhia setelah Elina mengangkat muka memandangnya. Elina lantas memandang Aryan dan dia terpaku.

"Rayyan..." tanpa sedar dia memeluk tubuh Aryan. Encik Nazmi dan puan Nadhia terkesima. Aryan turun kaku dan perlahan-lahan dia mengusap rambut Elina.

"Rayyan, saya rindu awak. Hiks hiks." Ucap Elina sambil menangis.

"Maaf tapi aku bukan Rayyan, aku Aryan." Balas Aryan. Dia kesian melihat gadis itu menangis sambil memeluk dia. Siapa Rayyan? Itu menjadi tanda tanya dalam dirinya.

"Awak tipu. Awak Rayyan kan? Bukan Aryan?" Elina melepaskan pelukan dan dengan wajah yang lecun dengan air mata menyoal Aryan.

"Kakak.. itu bukan Rayyan. Itu Aryan." Puan Nadhia memegang bahu Elina.

"Tak! Mama tipu! Ini Rayyan! Bukan Aryan! Rayyan hidup lagi!" Elina menepis tangan puan Nadhia. Encik Nazmi terus memeluk Elina dan mengusap kepala Elina.

"Dengar cakap papa sayang... Rayyan dah tak ada... kita balik ye?" Elina menggeleng kepala dan meronta untuk lepas dari pelukan papanya.

"Maafkan anak pakcik, Aryan. Terima kasih sekali lagi. Pakcik minta diri dulu." Diangkat Elina yang sedang menangis itu.

"Rayyan! Nak Rayyan! Papa lepaskan kakak! Kakak nak Rayyan! Rayyan!" Aryan cuma memandang simpati terhadap Elina. Puan Nadhia masuk kedalam tempat duduk belakang sambil memeluk Elina. Barang yang dibelinya tadi puan Nadhia letakkan ditepinya. Encik Nazmi terus memecut laju kereta yang dipandunya. Aryan mencangkung dan mengusap kepala kucing yang diselamatkan oleh Elina.

'Siapa Rayyan? Rayyan dah tak ada? Lelaki tu dah meninggal dunia ke? Kenapa dia panggil aku Rayyan? Siapa Rayyan pada Elina?' Bisik hati Aryan. Kenapa hati dia rasa sakit melihat gadis itu menangis? Dia tiada jawapan untuk semua soalan yang berlegar dikepalanya. Didukung kucing itu dan dibawa pergi. Kucing jalanan yang comel.

{DONE}

Hah kenapa hati aryan sakit bila tengok elina nangis?

Please vote and comment!

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now