Bab 28 - Gambar

148 4 0
                                    

"Assalamualaikum." Aryan memberi salam ketika dia berdiri dibelakang Elina. Elina memusing badan kebelakang dan mendongak. Aryan terlalu tinggi baginya membuatkan dia terpaksa mendongak. Aryan mengukir senyuman manisnya. Mereka kini di koridor kelas dan beberapa pelajar memandang kearah mereka berdua.

"Waalaikumussalam. Ada apa cikgu?" Aryan menarik tangannya yang berada dibelakang badan. Sebuah beg kertas yang dibawanya dihulurkan kepada Elina. Elina menyambut dengan senyuman manis.

"Apa ni? Untuk saya ke?" Soal Elina.

"Ya, untuk kau. Kek cheese dengan coklat cadbury." Elina mengangguk kepala.

"Terima kasih." Aryan cuma memerhati gelagat Elina yang teruja dengan makanan yang diberinya. Dadanya yang berdegup laju membuatkan dia pelik dengan dirinya sendiri. Kenapa degupan jantung dia laju bila berkaitan dengan Elina? Parah betul dia ni. Setiap kali jumpa dan sebut nama Elina pasti degupan jantungnya seperti dia baru sahaja selesai lumba lari.

"Kasih diterima..." Elina mendongak memandang Aryan dengan terkebil-kebil. Aryan terpaku melihat wajah Elina yang terkebil-kebil itu. Ya Allah, comelnya!

"Ehem." Seseorang berdehem membuatkan Elina menunduk dan Aryan memandang kesisi. Puan Nadhia mengangkat kening beberapa kali sambil tersengih. Aryan tersenyum kekok.

"Amboi tenung muka anak saya macam nak tembus." Usik puan Nadhia. Aryan ketawa kecil sambil tangannya mengusap tengkuk. Segan.

"Maaf puan. Tak sengaja. Anak puan lawa sangat." Puan Nadhia ketawa mendengar pujian itu. Elina tersipu-sipu malu.

"Kakak masuk kelas, kelas nak bermula dah."

"Baik, ma." Terus Elina melangkah masuk kedalam kelas dengan beg kertas ditangan kanan.

"Cikgu Aryan tak ada kelas?" Aryan menggeleng kepala perlahan. Senyuman terukir dibibirnya.

"Kelas saya lepas rehat nanti, puan." Puan Nadhia mengangguk kepala.

"Erm... saya minta diri dulu, puan."

"Baiklah. Oh ye, saya nak tanya sikit ni." Aryan yang mahu melangkah terus terhenti.

"Apa dia puan?" Senyuman tetap terukir dibibir merah aryan.

"Cikgu ada hati dengan Elina?" Aryan menggigit bibir bawahnya perlahan.

"Jika betul apa yang saya nampak dan cikgu yakin dengan perasaan cikgu, cikgu kena usaha. Dan saya nak ucapkan terima kasih sebab cikgu, Elina dah kembali ke Elina yang saya kenal dulu." Aryan mengangguk kepala perlahan.

"Sama-sama puan. Saya ikhlas dekat dengan Elina dan saya tak ada niat nak lukakan hati anak puan. Inshaallah, jika jodoh milik kami ia tetap milik kami. Saya minta diri dulu ye?" Selepas puan Nadhia mengangguk kepala, Aryan terus membuka melangkah. Puan Nadhia tersenyum mendengar apa yang dikatakan Aryan dan dia melangkah masuk kedalam kelas tingkat 5 gigih.

'Kau kata kau ikhlas dekat dengan Elina sebab kau dah jatuh hati dekat Elina. Masa-masa kau mula-mula dekati dia, niat kau cuma satu Yan. Nak laksana amanat yang arwah Ray bagi. Itu je.' Bisik hati Aryan. Aryan mengetap gigi mendengar bisikan hatinya itu.

'Suka hati akulah. Tak payah sibuklah.' Balas Aryan. Dia masuk kedalam tandas dan membasuh muka. Dipandang wajahnya melalui pantulan cermin.

Ye, wajah persis Rayyan membuatkan dia senang mendekati Elina. Andai bukan sebab wajah ini, pasti susah dia mahu mendekati Elina. Ye, dia mengaku sekarang dia sudah jatuh hati pada Elina.

Gadis yang hidup bersederhana, cantik walaupun tak bertudung, dari segi kelakuan yang selalu saja mencuit hati lelakinya. Tapi adakah Elina turut mempunyai perasaan sama sepertinya? Macam tak je.

Sebab apa? Sebab hati Elina hanya buat Rayyan dan bukan buatnya. Keluhan dilepaskan dan dia memperkemaskan lagi bajunya. Aryan melangkah keluar dan menuju ke bilik guru.

*****

Elina bersandar pada dinding bilik. Rambut yang sudah separas pinggang dibiar tanpa diikat. Dipandang gambar yang tergantung bertentangan arah dengannya.

Gambar dirinya sedang memeluk pinggang Rayyan berlatarkan KLCC dibelakangnya. Dalam gambar itu Rayyan sedang tersenyum menampakkan gigi manakala dia sedang tersenyum malu kerana Rayyan memintanya memeluk pinggang Rayyan. Dalam gambar itu langsung tidak menampak Rayyan sedang sakit. Dia seperti seorang yang sihat tanpa sebarang sakit.

Elina mengeluh perlahan lalu memandang gambar disebelah kanan. Gambar dia dan Rayyan duduk berhadapan. Rayyan menongkat dagu sambil tersenyum memandangnya manakala dia menutup muka dengan kedua-dua tangan.

Gambar disebelah kiri pula dia tatap, gambar Rayyan memeluk pinggangnya ketika mereka di pantai. Gambar itu menampakkan matahari sedang terbenam. Ya, itu moment dimana Rayyan menganjaknya pergi ke port dickson, Negeri Sembilan.

Moment itu yang paling dia tak boleh lupa. Moment yang membuatkan dia tersengih sorang-sorang apabila Rayyan membuat kejutan hari lahir buatnya. Turut ada keluarga Rayyan dan keluarganya disitu. Tapi tahun ni dia tak dapat nak sambut hari lahir dia bersama Rayyan lagi.

Gambar di atas pula gambar dia sedang menutup mulut menggunakan tangan manakala Rayyan sedang melutut sambil menghulurkan setakai bunga ros merah. Ketika itu Rayyan sedang memakai baju melayu merah bersama sampin, dia pula memakai baju kurung moden sama warna dengan warna baju melayu rayyan. Mereka berada disebuah majlis kesyukuran di rumah salah seorang rakan Rayyan.

Dinding berdekatan pintu dan meja belajar itu penuh dengan gambar dia bersama Rayyan. Turut ada gambar mereka diatas meja yang bersaiz kecil. Setiap kali dia memandang gambar mereka pasti dia akan tersenyum walaupun pahit nak telan hakikat yang Rayyan sudah meninggalkan dia untuk selamanya.

{DONE}

Please vote and comment!

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now