Bab 17 - Hospital

174 7 6
                                    

"Kenapa pandang saya macam tu? Ada apa-apa dekat muka saya ke?" Soal Elina sambil menyentuh wajahnya sendiri. Rayyan cuma senyum dan menggeleng kepala. Dia memegang tangan Elina lalu diusap perlahan.

"Awak okay ke ni? Saya perasan sejak kebelakangan ni perangai awak agak pelik." Ujar Elina ketika Rayyan mengusap tangannya. Tabiat Rayyan ketika mereka berjumpa. Tangannya pasti selalu diusap.

"Apa yang pelik dengan perangai aku?" Rayyan memandang pelik kearah Elina.

"Awak banyak mengelamun, suka usap tangan saya dan awak suka tenung saya macam saya ni takkan jumpa awak lagi dah." Rayyan tersenyum kelat. Dia tiada jawapan untuk itu. Dia cuma rasakan masa untuk dia bersama Elina akan berakhir tidak lama lagi. Dia cuma mahu tatap wajah kekasih hatinya yang dia cinta sebelum dia menutup mata untuk selamanya.

"Salah ke aku tenung muka orang yang aku cinta? Hmm?" Elina tersipu malu dan Rayyan tersenyum suka.

"El.." panggil Rayyan.

"Ye?" Rayyan menggenggam tangan Elina.

"Kalau satu hari nanti aku dah tak ada, kau kena cari pengganti aku. Boleh sayang?" Elina memandang pelik dan menggeleng kepala perlahan.

"Awak nak kemana? Nak tinggalkan saya ke?" Rayyan menyelit rambut Elina yang terjuntai kebelakang telinga.

"Ajal ditangan tuhan, sayang. Kita tak tahu sampai bila kita hidup. Aku cuma nak kau cari pengganti bila aku dah tak ada nanti. Yang mampu sayang dan cintakan kau. Yang paling penting, yang mampu jaga kau dan bahagiakan kau. Janji dengan aku. Boleh sayang?" Rayyan cuba menahan sebak. Dia betul-betul taknak kehilangan Elina tapi dia tahu dia tetap akan pergi tinggalkan Elina dekat dunia ni.

"Sa-saya janji, saya akan cari lelaki yang macam awak. Lelaki yang suka usik dan manjakan saya. Lelaki yang cemburu bila saya dekat dengan lelaki lain. Lelaki yang suka usap rambut saya dan paling penting lelaki yang cintakan saya macam awak." Rayyan tersenyum lalu diusap rambut Elina yang sudah sedikit panjang.

'Ya Allah... kau redhakan hati Elina sewaktu aku meninggalkannya nanti.' Bisik hati Rayyan.

*****

3 bulan kemudian..

"Kakak!" Jerit encik Nazmi sambil matanya melilau memandang sekeliling mencari kelibat Elina.

"Ye pa." Sahut Elina yang ketika itu sedang menuruni tangga.

"Kamu pergi siap cepat." Arah encik Nazmi.

"Nak kemana pa?" Encik Nazmi mengusap rambut Elina sebelum matanya bertembung dengan mata Elina.

"Kita nak jumpa seseorang. Kakak pergi siap ye? Mama dah tunggu dalam kereta." Elina mengangguk kepala dan melangkah menaiki tangga.

'Kau kuatkanlah semangat anakku, Ya Allah.' Bisik hati encik Nazmi.

*****

"Hospital?" Soal Elina perlahan. Tiba-tiba dadanya berdebar. Nak buat apa dekat hospital ni? Siapa sakit? Nak jumpa siapa? Walaupun bermacam soalan berlegar didalam kepala, dia tetap membontoti langkah puan Nadhia dan encik Nazmi. Sampai dihadapan satu wad, encik Nazmi memeluk bahu Elina sambil membisikkan sesuatu.

"Kakak kena kuat walauapapun yang akan berlaku. Jumpa dia sebelum dia pergi. Dia nak sangat jumpa kakak buat kali terakhir. Kakak kena kuat ye?"

Elina kebingungan mendengar apa yang dikatakan encik Nazmi. Jumpa siapa untuk kali terakhir? Kenapa dia pula yang kena kuat? Walaupun dia tiada jawapan itu, dia tetap menolak pintu wad diikuti encik Nazmi dan puan Nadhia dari belakang.

Elina kaku setelah pintu wad ditutup. Matanya terpaku ke arah seseorang yang terbaring diatas katil hospital. Lelaki botak yang dia jumpa semalam kini terlantar diatas katil hospital dengan wayar berselirat dibadan?

Dia memandang orang yang berada didalam wad itu yang kini memandang kearahnya. Kelopak matanya bergenang.

"Kakak kena kuat walauapapun yang akan berlaku. Jumpa dia sebelum dia pergi. Dia nak sangat jumpa kakak buat kali terakhir. Kakak kena kuat ye?"

Kata-kata encik Nazmi seperti pita rakaman didalam kepala. Jadi ini orang yang perlu dia jumpa untuk kali terakhir? Jadi ini sebab kenapa papanya berkata begitu? Setitik air mata jatuh mengalir dipipi. Dia masih kaku sambil memandang lelaki botak yang terbaring diatas katil hospital.

"El... mari sini sayang." Puan Firna memanggil Elina yang masih berdiri tanpa bergerak walau sedikit pun. Elina yang seakan baru tersedar mula berjalan kearah puan Firna dengan langkah yang sangat berat.

'Kenapa dia yang perlu terbaring atas katil tu?' Bisik hati Elina. Mahu disoal tapi satu suara pun tidak terkeluar dari mulutnya.

"Sa-sayang..." lelaki botak itu membuka topeng pernafasan dan memanggil Elina walaupun payah. Air mata Elina makin banyak mengalir di pipi. Puan Firna mengangkat punggung dari terus duduk dikerusi sebelah katil lelaki botak itu untuk memberi ruang kepada Elina.

Sampai saja disebelah lelaki itu, Elina terus memeluk tubuh lelaki itu sambil teresak-esak menangis. Dengan bersusah payah lelaki itu mengangkat tangan lalu meletakkan dibelakang badan Elina dan mengusap perlahan belakang badan Elina.

"Ja-jangan me-menangis sayang." Pujuk lelaki itu.

"Ke-kenapa awak terbaring macam ni? Hiks. A-awak sakit apa? Hiks. Ke-kenapa awak tak bagitahu saya? Hiks." Dalam tangis Elina menyoal. Dipeluk erat badan lelaki itu. Lelaki itu tersenyum nipis dan air mata lelaki itu mengalir melihat gadis yang dicintai menangis kerananya.

"Ma-maafkan aku, sa-sayang." Elina melepaskan pelukan dan merendah badan supaya dekat dengan lelaki itu. Lelaki itu mengesat air mata Elina dengan ibu jarinya. Elina juga berbuat begitu, dia mengesat air mata lelaki itu sambil tersenyum. Dia kena kuat. Dia kena terima semua ini. Tapi mampukah dia?

{DONE}

Please vote and comment!

Cinta Buat DiaWhere stories live. Discover now