"Sayang...." Tangan dilingkarkan pada pinggang Elina. Dia agak tersentak apabila Elina meleraikan pelukan itu.
"Kenapa ni?" Soal Qi.
Elina cuma diam tanpa menjawab. Lagi sekali Qi cuba melingkarkan tangan pada pinggang Elina namun gagal. Elina lebih pantas mengelak dengan masuk kedalam bilik.
Qi turut melangkah masuk kedalam bilik dan dihampiri Elina yang duduk dibirai katil. Dia duduk disebelah Elina dan dicapai tangan isterinya itu. Elina cuba menarik tangannya kembali namun Qi menahan. Diusap perlahan tangan isterinya.
"Iman minta maaf ye?" Ucap Qi sebelum belakang tapak tangan Elina dicium. Elina hanya diam. Langsung tak dipandang wajah suami dihadapannya itu. Hatinya sakit.
"Lepaslah saya nak turun bawah." Qi cuba memandang anak mata Elina namun Elina melarikan pandangan. Qi mengeluh.
"Please.... maafkan Iman. Iman tahu Iman salah, tapi janganlah merajuk macam ni. Iman tak cukup tidur." Elina merentap tangannya dengan kuat.
"Awak fikir saya pedulilah awak tak cukup tidur? Saya tak kesah langsung. Dahlah saya nak turun bawah. Baik saya borak dengan Suhaili dari borak dengan awak yang menyakitkan hati saya ni." Sindir Elina sebelum melangkah keluar. Qi memandang belakang Elina dengan perasaan hiba.
'Padan muka kau Qi! Yang kau pergi sakitkan hati isteri kau siapa suruh?' Bisik hati Qi. Qi mendengus geram sebelum berjalan ke balkoni.
*****
Elina memandang lama Qi yang sedang membaringkan badan dikerusi malas yang berada ditepi kolam renang. Tanpa sedar dia mengeluh. Bukan niat nak berkasar dengan suaminya namun dia mahu melihat sejauh mana kesungguhan suaminya itu.
Dia mendekati Qi lalu diletakkan sedulang makanan di atas meja kecil disebelah kerusi malas. Dia melihat Qi langsung tidak memberi respon. Tidurkah dia? Kesian pula tengok suaminya tidur dikerusi malas itu.
Tak sejuk ke tidur dekat luar ni? Dibuka jaket yang dipakai lalu diletakkan diatas badan suaminya. Perlahan-lahan Qi membuka mata apabila dia merasakan seseorang meletakkan sesuatu diatas badannya. Kepala ditoleh kekiri dan melihat isterinya sedang tunduk bermain jari.
"Buat apa dekat luar ni? Awak tu mengandung, pergilah masuk dalam. Sini sejuk." Dia melihat sehelai jaket diatas badannya. Perlahan-lahan dia tersenyum.
'Merajuk pun tetap risau aku.' Bisik Qi didalam hati.
"Awak tu, janganlah tidur luar. Kalau sakit macam mana?" Qi duduk sambil matanya tidak lepas melihat isterinya.
"Saya sakit tak apa, jangan awak yang sakit." Ucap Qi perlahan namun Elina masih dapat mendengarnya. Perlahan-lahan Elina mengangkat muka lalu ditolak sedikit dulang yang dibawanya tadi.
"Makanlah, awak makan sikit sangat tadi. Nanti awak sakit."
"Suapkan." Elina mengerut sedikit dahinya sebelum bibirnya dicebik.
"Mengada. Makanlah sendiri. Ada tangankan?" Qi tersengih. Elina terus berpaling namun belum sempat dia mahu membuka langkah, Qi menarik tangannya membuatkan dia tidak dapat mengimbangkan badan. Akhirnya dia terduduk diatas peha Qi.
"Apa awak ni? Lepaslah. Saya nak bangun ni." Dia cuba untuk bangun tapi Qi tetap menahan. Diambil jaket tadi lalu dipakaikan pada Elina. Dia tidak mahu isterinya sakit kerananya.
"Teman saya makan. Boleh?" Elina sedikit gugup memandangkan kedudukannya agak dekat dengan Qi. Perlahan-lahan Elina mengangguk kepala membuatkan senyuman Qi makin lebar. Diambil pinggan yang berada diatas dulang, selepas membaca doa makan, dia menyuap nasi itu dengan berselera.
"Awak nak makan sekali? Saya suapkan?" Soal Qi.
"Saya dah makan tadi. Awak makanlah." Qi cuma mengangguk kepala dan kembali menyuap makanan kedalam mulut.
"Malam ni boleh saya tidur peluk awak tak?" Soal Qi sambil jarinya memusingkan cincin dijari manis Elina.
"Tak boleh." Dengan selamba Elina menjawab. Dia melihat riak wajah Qi berubah. Riak wajah hampa ditayang. Hampir saja dia tersenyum melihat wajah suaminya itu.
"Kenapa tak boleh? Dah berapa malam saya tidur tak peluk awak. Saya tak boleh tidurlah kalau tak peluk awak. Bolehlah sayang...." Elina menayang muka selamba sebelum dia berdiri. Qi mengeluh. Dia sudah buntu, tidak tahu macam mana mahu memujuk isterinya itu. Merajuk bukan main lama lagi. Terseksa dia dibuatnya.
"Saya nak masuk dalam. Awak jangan lupa masuk. Jangan lama-lama dekat luar ni. Nanti awak sakit." Diambil dulang lalu dia melangkah masuk kedalam rumah. Dengan lemah, Qi turut masuk kedalam rumah.
'Malam ni tidur peluk bantal peluklah kau, Qi.' Bisik hati Qi.
Elina yang bersandar pada kepala katil hanya melihat Qi yang sedang bersandar pada kerusi yang mempunyai roda kecil sambil memejamkan mata. Tidur ke tu? Elina bangun dan digerakkan sedikit bahu Qi. Qi membuka mata sambil menjongket sebelah keningnya.
"Tidur atas katil bukan tidur atas kerusi." Ujar Elina.
"Buat apa saya tidur atas katil kalau saya tak dapat peluk awak. Baik saya tidur atas kerusi ni je. Sama je. Tak dapat peluk awak jugak." Elina tersenyum senget.
"Suka hatilah. Jangan cakap saya tak ajak awak tidur atas katil." Qi mencebik sedikit bibir melihat Elina sudah berbaring diatas katil. Qi memejamkan matanya semula apabila dia merasa mengantuk.
*****
Elina mengosok sedikit matanya dan melihat jam yang digantung pada paku didinding. Tiga pagi. Matanya memandang Qi yang sedang tidur dalam keadaan duduk diatas kerusi. Dituang air kedalam gelas sebelum dia meneguk air itu sehingga habis. Tiba-tiba dia tersenyum penuh makna.
'Nak sangat tidur atas kerusi ye? Sini aku bagi sedikit beban.' Bisik Elina didalam hati sebelum dia duduk diatas peha Qi. Kaki terjuntai pada penghadang sisi kerusi dibiarkan. Kepala diselesakan didada Qi sebelum dia memejamkan mata.
{DONE}
Please vote and comment! ❤
YOU ARE READING
Cinta Buat Dia
RomanceElina Ayzrina. Gadis yang banyak kenangan pahit dari manis. Kenangan manis baginya hanya kenangan bersama keluarga angkat dan juga kenangan bersama Rayyan. Si kekasih hati. Saat bahagia mula datang, rayyan meninggalkan elina buat selamanya kerana sa...