BUKK ! bunyi seperti nangka busuk yang jatuh tergolek.
"Aduhh..Woi.takde mata ke argh?! Selamba nenek kau aja langgar orang.apa kau fikir jalan ne bapa kau punya ?!".Sembur Nilam agak kuat hinggakan orang lain yang turut ada di kawasan itu terpaksa menoleh.
Plastik yang dijinjingnya tadi terlerai dari tangan lalu terjatuh di sisi jalan atu kerikil.
Maluu ! Nya tuhan saja lah yang tahu.Membulat mata Zarul di herdik sebegitu rupa.giginya di ketap perlahan.tidak pernah seumur hidupnya selama 25 tahun ini dia diherdik teruk macam tu.
'Amboi kau fikir kau aje sakit.kaki aku yang kau pijak ne.tak sakit lah yah'.suara Zarul di dalam hati.
Malang betul nasib.dah lah dia baru lepas dari meninjau kawasan projek baru yang masih belum bermula proses pembangunan itu.di tambah lagi dengan cuaca panas terik.
Kereta?takkan dia nak guna kereta nya pula kan.tak pasal2 ada pula yang kena sawan pagi2 ne kalau terlihat kereta miliknya itu.terpaksa lah jalan kaki.berkat dari pertanyaan demi pertanyaan nya pada orang kampung.nak beli air.kedai pun dia tak tahu tempat di mana.
Namun.dia terfikir semula,Kalau tidak kerana status yang terpaksa dia galas sekarang ne.sudah lama gadis celupar yang tengah menunduk menepak2 seluarnya yang kotor oleh debu jalan itu disembur kembali.
Matanya hanya mencerlung tajam ke atah Nilam.
"Kenapa diam?pekak ke apa?ke ka....".serentak dengan wajahnya melihat ke arah Zarul.
Erkkk..orang tua?.ya allah jadi tadi dia menjerit jerit macam orang gila tu tadi di hadapan orang tua.what a case!
Manakala mata Zarul yang membulat kerana diherdik semakin membulat besar sampai nak terkeluar biji matanya sejurus melihat wajah gadis di hadapannya saat itu.
'Ehh perempuan ne kan??budak hari tu..dia buat apa kat sini'.bisik hati Zarul.Namun perasaan terkejut nya sekejap sahaja.Perasaan geram dan marah kembali bertandang.
'Patutlah rasa macam pernah dengar suara dia ne.Kurang ajar pula tu.rupanya malaun ne ada kat sini.cis'.
"Ehh errr ma..ma..maaf pakcik.Saya tak sengaja nak teriak macam tu.ingatkan budak mana yang langgar saya tadi.maaf sangat..Pakcik ok? Ada sakit kat mana2 tak?".soal Nilam dengan rasa serba salah yang makin menggunung kerana memaki tanpa periksa 'orang tua' itu.
Muka penuh dengan jambang putih dan misai itu di pandang seketika.Kulit muka orang tu kelihatan agak 'bergerutu' dan nampak tompok2 hitam di beberapa kawasan.
Hasil tangan Zeeta @ tukang mekap terkenal tu lah!semua nya boleh berubah.
Zarul kembali memandang gadis itu semula.dia berdehem perlahan.
"Tak mengapa nak.salah pakcik juga sebab tak nampak anak di depan tadi.tak apa apa.Pakcik ok.takde yang sakit atau cedera pun".bohongnya.
'Jadi hati kau yang sakit ne kira ok lah ya.Lembap!'.Kutuknya sendiri.
"Emm kalau macam tu kata pakcik.yelah.sekali lagi saya minta maaf lah ya..".ujar Nilam lagi.Muka asing yang tak pernah dilihat selama 19 tahun dia di kampung itu ditatap dalam.
Entah mengapa terdetik di hatinya untuk terus melihat wajah 'orang tua' itu meskipun agak berserabut dengan bulu2 dimuka macam monyet.kulit bergerutu.tapi mata itu...
Seperti pernah nampak..Zarul yang perasan ditatap lama oleh gadis itu sesekali melarikan pandangannya sebelum berdehem kecil.
"Pakcik ne orang baru kat sini ke?".tanya Nilam.Gara2 dibelenggu dengan perasaan ingin tahu.akhirnya soalan itu keluar dari mulutnya.
'Apa aku nak jawab ne erk?'.fikir Zarul.
Kepalanya yang berbalut topi lusuh berwarna merah di garu2 perlahan.mencari jawapan sesuai.
Orang2 kampung yang tadinya melihat 'kemarahan tidak jadi' Nilam itu telah beransur pergi.hanya ada beberpa orang sahaja lagi yang tinggal.itu pun bertemankan kerja masing2.
Nilam setia menunggu jawapan.
"Yeah..pakcik orang baru kat sini".pendek jawapan.tapi masa yang diambilnya sangatlah banyak.Bangang!
"Ooh.patutlah macam tak pernah nampak.orang baru rupanya.pakcik tinggal kat mana?darimana? Bila berpindah ke kampung ne?".seperti peluru machine gun pula Nilam menyoal.tidak cukup dengan soalan.tangannya turut dihulurkan untuk menyalami orang tua itu.
Perlu ke aku jawab soalan bodoh kau tu budak.Ishh.
Namun cepat matanya menangkap wajah Nilam.
'Memang kacukan cina ke dia ne?asal sepet mata dia eh.emm tapi sepet2 pun cantik alisnya'.puji Zarul secara tidak sedar di dalam hati.
Sempat lagi dia menilik wajah gadis itu.Berwajah bulat dengan memiliki sepasang mata yang sepet tapi cantik di matanya.Berkening agak tebal semula jadi.Hidung gadis itu tidak mancung.tidak juga kemek.Bibir segar yang berwarna agak pink kelihatan seksi.Memang manis di pandangannya.berkulit sawo matang.
'Mungkin sebab dia orang kampung kut.sebab tu kulit dia tak putih.'.
Wajah yang ayu bertudung hitam itu dipandang lama hingga menimbulkan ketidakselesaan Nilam.Pipinya bertukar merah walaupun kulitnya sawo matang.tapi tetap ketara.
"Ergh pakcik..".dipetik2 jarinya di hadapan wajah Zarul.Tersentak lelaki itu.
"Haa yeye..pakcik baru lagi berpindah kat sini 4 hari yang lalu.Pakcik tinggal bersebelahan dengan dusun buah2an tu.dulu pakcik tinggal kat Pahang.berpindah kat sini pun sebab ada hal".Jawab Zarul.Nilam mengganguk2.
"Owhh".tangannya terasa sakit kerana salam yang dihulur tidak bersambut..
Nilam menilik jam di tangan.sudah pukul 1 petang.Tidak sedar.jumpa orang baru sampai tak ingat masa.
"Patutlah saya rasa macam tak pernah nampak sebelum ne.hee pasal tadi tu.saya minta maaf lah eh".giginya yang bersusun cantik sewaktu dia tersenyum agak mengetarkan sedikit jiwa lelaki itu.
"Aah.takpe lah nak.Pakcik maafkan".Kata Zarul jujur.
Jujur ? Tengkorak engkau !.tadi dok mengumpat dalam hati tu jujur lah yea..ish ish ish.mohon cepat bertaubat Zarul !.
"Heee.owh ya kalau pakcik sudi jemputlah datang ke rumah saya ya.jalan2..saya nak berborak lagi dengan pakcik.sekarang ne saya kena pergi dulu.Ada hal.mustahak.apa2 jemput lah bersiar2 di kampung ne.".pelawa Nilam agak panjang. Zarul hanya tersenyum dan mengganguk.
Nilam menundukkan kepalanya sebelum melangkah pergi untuk pulang ke rumah.dia melemparkan kembali senyuman manis untuk orang tua itu.tangannya menjinjit beg plastik yang berisi sayur2 hutan tadi.
Zarul hanya melihat setiap bait2 langkah yang disusun oleh gadis itu.
Fuh !
Lega bila gadis itu hilang dari pandangan.serasa alam kembali damai dan seperti berpelangi.kalau tidak.tadi lagi dia merasa seperti terjerut dengan tali gantung.
"Baik aku balik rumah.kang ada lagi pula.manusia banyak mulut macam perempuan tu.Mampus aku".kata Zarul seraya melangkah laju menuju ke rumahnya.
YOU ARE READING
Misi Penyamaran Cinta❤
RandomKontroversi yang melanda Syarikat milik keluarga Tan Sri Emran telah menyebabkan jutawan tersohor itu memberi tanggungjawab kepada anaknya bagi menyelesaikan masalah tersebut. "Ayah nak kamu ubah penampilan kamu dari hujung rambut hinggalah ke huju...