Part 18💕

51 1 0
                                    

Panggg !!! Sekali lagi pipinya ditampar kuat.

Terjerit Nilam sebelum menangis kuat.Wajah Puan Laila yang menyinga dipandang.Meminta kasihan..

Pang !! Pipinya sebelah kiri pula kini menjadi mangsa.Nilam memegang pipinya.

"Maa.Sudahlah tu.Cukup.. cuba bawa bersabar sikit.Masalah takkan selesai macm ni maa".pujuk Redza.Abang Nilam.Lengan Puan Laila dipegang erat.Takut dengan tindakan mamanya.

"Maa Nil tak salah maa.percayalah ".tangan mamanya cuba digapai namun ditepis kasar oleh Puan Laila.

"Nil buat apa kat pondok tu hah !! Nil buat apa? Berani Nil conteng arang kat muka mama dengan abah.Apa salah kami Nil ! Apa salah kami ! Salah mama ke ketika mengandungkan kamu dulu ?!!salah mama ke sebab tak bagi tunjuk ajar dengan kamu ! Salah mama ke Nil ?!".jerkah Puan Laila.Airmata nya telah mengalir lebat di pipi.

Hidup mereka dah penuh dengan beban dan masalah yang besar.Sampai hati anaknya itu berbuat onar dibelakangnya.

Hampir luruh jantungnya apabila dikhbarkan orang kampung bahawa Nilam telah dicekup berkhalwat dengan PakCik Samad di sebuah pondok hulu kampung.

Patutlah dia seperti teragak2 nak tinggalkan anaknya itu bersendirian semalam.Rupanya ada udang di sebalik batu.

"Bawa bersabar Laila.Awak tu ada penyakit darah tinggi.Cuba lah mengucap sikit.Macam mana kita nak dengar penjelasan dari dia.Kalau awak terus2 begini'.tak tahan dengan situasi itu Akhirnya encik Ridzwan ikut campur.

Puan Laila mendengus kuat.Zarul yang berada bersebelahan dengan Nilam dipandang lama.Dia hanya diam membatu.

Turut terkejut dengan insiden yang menimpa mereka tiba2.

Kurang ajar punya Nurul..Berani dia tipu aku.kata Zarul di dalam hati.Nilam yang duduk disampingnya dilihat.20 minit yang lalu.Nilam telah sah menjadi isterinya.Mereka dicekup sebelum di bawa ke pejabat agama.

Berbagai alasan telah di beri oleh mereka kepada pihak agama.Namun ketiadaan bukti yang kukuh membuatkan mereka tidak dipercayai.Ubat yang terkandung dibadan mereka juga telah hilang.Kesan hanya boleh didapati dalam jangka masa 8 jam mereka menelan ubat itu.

"Nil..cuba bagitahu kami perkara yang sebenar.Jangan cuba2 nak selindung".tegas Encik Ridzwan.Anis memandang sayu ke arah kakaknya.dia yakin yang mereka memang tak salah.

"Semalam Nurul ada datang rumah.Waktu korang dah pergi kenduri kat kampung sebelah.Dia kata nak ajak Nil sambut hari jadi dia kat pondok hujung kg tu.Pertama tu.Nil memang tak percaya.Tapi Nil fikir mungkin Nurul dah berubah dan cuba nak minta maaf.Bila Nil dah sampai kat sana.Nil tekejut juga tengok keadaan pondok tu yang berubah.Kawan2 Nurul yang datang pun sikit.dalam 15 orang macam tu.Lepastu Pakcik Samad datang.Nil ingatkan ada masalah apa.Rupanya Nurul pun ajak pakcik samad untuk sambut hari jadi dia.lepas je sambut birthday dia.kitorang pun makan lah.Minum..tu aja mama abah.Nil tak buat apa2 pun.sumpah !".Kata Nilam bersungguh2.Mengalir lebat air matanya.

Encik Ridzwan dan Puan Laila terkedu mendengar.Redza pula mengengam penumbuk.

"Astagfirullahalazim".ucap Puan Laila dan Encik Ridzwan serentak.

"Sampai hati Nurul buat macam tu kat kamu.".Teresak kecil Puan Laila apabila mendengar anak buahnya menjadi punca Nilam dan Pakcik Samad dicekup lalu dinikahkan.

"Anak buah awak tu memang busuk hati".geram Encik Ridzwan mendengar.Dia tak tahu apa yang dibencikan oleh Nurul sangat dengan anaknya ini.

"Bisr Redza jumpa budak setan tu.Dia memang dah melampau !!".pekik Redza.Lalu menapak keluar.

"Redza..kamu nak pergi mana tu?! Duduk !.Abah kata duduk !".suruh Encik Ridzwan garang.

Redza mendengus kasar.

"Tapi dia dah hancurkan hidup Nil abah ! Adik Redza ! Dia tu memang setan !" Amuk Redza lagi.Peduli apa dia dengan maklong dan paklongnya.Asalkan dia dapat tuntut bela untuk adiknya.Jangan fikir keluarga mereka takde maruah.

Nilam mengelengkan kepalanya.

"Takpalah abang.Nak buat macam mana lagi.Benda dah berlaku.Nil redha".kata Nilam dalam esakan.Zarul kasihan melihat mata sembab milik Nilam.Dari tadi menangis tak habis2.

Puan Laila memaut tubuh Nilam lalu dipeluk erat.Kesian betul anaknya itu.Belum ada apa2 lagi.Masa depannya dah hancur.

Wajah anak gadisnya dipandang lama.Diusap pipi yang ditampar tadi.Rasa bersalah menguasai diri apabila bertindak mengikut nafsu amarah tanpa mendengar penjelasan dari Nilam dahulu.

"Err.maafkan saya abah..err pakcik".Zarul cuba menyampuk.kepalanya digaru2.

Encik Ridzwan tersenyum.

"Panggil abah sahaja.Apa2 pun.saya dah jadi mentua kamu.walaupun kamu lebih tua berbanding diri saya".kata Encik Ridzwan sambil gelak.Redza cuma memandang nya dengan muka toya.

Zarul tersengih.Sempat lagi pula melawak orang tua ne.Bisik hati Zarul.

"Er maafkan saya abbb.abahh..saya nak minta izin balik ke rumah saya.Err nak ambil barang".kata Zarul perlahan.Sebentar tadi rakan2nya telefon dia.tanya pasal kes tu.Tapi tak terjawab.Ne yang dia kelam kabut nak pulang rumah ne.

"Owhh.hemm.boleh.Pergila balik dulu.Nanti kita sembang lagi.Bawalah isteri kamu ne sekali.rehat cukup2.Satu aja abah minta ye Samad.Tolong jaga anak abah.Jangan buat dia menangis dan rasa sakit.Sebab selama dia hidup ne.Dia dah cukup sakit dengan masalah sekeliling.".Pinta Encik Ridzwan.Zarul terpanar mendengar sebelum dia menganguk kecil.

"Baiklah bah.insyallah.saya jaga dia baik2.".jawab Zarul.Nilam hanya tersedu2 mendengar.

Rasa tak percaya pula dia.Yang dia dah kahwin.Dengan orang tua pula tu..Sabar ajelah.Dah takdir allah bagi.kita hanya mampu berserah.

"Yelah.hemm.kami balik dulu bah.Maa".kata Zarul.Lengan isterinya ditarik.Lalu dia mengucup kedua tangan abah dan mama mentuanya diikuti oleh Nilam.Anis tersengih.Redza pula masih dengan reaksi muka yang sama.Namun dihulur juga tangannya untuk bersalam dengan zarul.

"Bye abang.hati2 tau kat jalan tu.Jaga kakak Anis baik2".gurau Anis.mengundang gelak kecil mereka yang berada di situ.

"Anis ne kan.Saje je buat akak malu kan !".Merona wajah Nilam bila diusik begitu.

Dia melepaskan genggaman tangan suaminya.lalu dipandang wajah itu.

'Ya allah.sekiranya dia yang tertulis dalam takdir ku dan di Luh Mahfuz.Kau kuatkanlah jodoh kami.Jagalah hubungan baru kami sebagai suami isteri ya allah.Kau bukakanlah pintu hati ku untuk menerima dia..Jadikan aku isteri yang taat dan setia kepada suamiku.Aku mohon padamu ya allah.tetapkanlah jodoh kami.Amin'.doa Nilam di dalam hati.

Zarul perasan mata gadis itu tidak lari dari memandangnya.Namun dia hanya buat2 tidak perasan.Perjalanan ke rumahnya.Ehhh..bukan..tapi rumah mereka mengambil masa 15 minit nak sampai..

Hati yang berdebar cuba untuk tidak diendahkan...sabarlah Rul.takkan lari ke mana bini kau tu..Acecceh...

Misi Penyamaran Cinta❤Where stories live. Discover now