Part 11💕

57 1 0
                                    

Dari ruang tamu Nilam melihat ke arah kawasan lapang di depan rumahnya yang berseberang dengan jalan kampung.

Fikirannya kadang2 melayang memikirkan aktiviti yang patut dia lakukan sementelah cuti sekolah yang telah bermula.

Keluhan kecil terlepas jua dari bibirnya sebelum dikejutkan dengan kedatangan mamanya dari arah dapur sambil menjinjing dulang yang berisi minuman petang.

  "Abah mana ma?".soal Nilam.Sekeping biskut jenama Marie dicapai lalu disumbat ke dalam mulutnya.Suasana ruang tamu amat lenggang pada masa itu.

"Abah pergi kebun belakang tu kejap.Nak tengok sayur2 yang dia tanam tu.Katanya dah gemuk berisi.Alhmdulilah.rezeki abah".kata Puan Laila.

Nilam hanya mengangguk.Mendengarkan perkataan yang terluah dari bibir mamanya itu membuatkan hatinya terbit rasa kasihan.

"Kesian abah.Kerana nak membesarkan kami adik-beradik.sanggup dia berulang-alik tanpa mengenal erti lelah pergi ke kebun hanya kerana tanaman yang mendatangkan rezeki kepada kami sekeluarga tu ".Kata Nilam di dalam hati.

"Nil..sekolah macam mana?ok tak?ada lagi pelajar lain kacau kamu?".soal Puan Laila.

Sengaja dia bertanyakan hal itu.Kerana dia tahu,Nilam seringkali menjadi mangsa ejekan dan keji pelajar 'terpilih' sekolah itu.Hal itu dia ketahui melalui laporan cikgu2 sekolah yang selalu hinggap ke telinganya.

Wajah tenang anak gadisnya itu dipandang seketika.Seperti tersimpan banyak keperitan yang di sembunyikan oleh anaknya di sebalik wajah tenang itu.Dia amat pasti !

"Ok ma..takde apa2 masalah pun.Kenapa mama tanya Nil macam tu?".Tanya Nilam pula.Matanya fokus ke wajah wanita yang telah mengandungkannya selama 9 bulan itu.Wanita yang sanggup bertaruh nyawa untuk melahirkan dan menjaganya!

"Tak..takde apa2 lah juga.Mama cuma tanya.".

"Haa abang..dah balik?".Tegur Puan Laila sejurus melihat kedatangan suaminya di ruang tamu kecil itu.Bersama pakaian kebun serta tangan yang memikul bakul yang berisi termos dan cawan.

"Bah"..Kata Nilam.Senyumannya segera terukir di bibir.

  "Haah.." jawab Encik Rizwan pendek.Dia meletakkan bakul berisi termos dan cawan tadi ke dapur lalu muncul semula dan mendaratkan punggungnya di sebelah Puan Laila.

"Minum bang.".pelawa Puan Laila.Dia menghulurkan cawan berisi kopi tadi kepada suaminya.Encik Rizwan menyambut huluran tersebut.

Nilam hanya memandang sahaja.sejuk hatinya melihat kemesraan ibubapanya itu.meskipun sudah agak berusia.namun hubungan intim mereka tidak pernah pudar ditelan peredaran zaman.

"Bah..macam mana kebun.ok tak?".Nilam memulakan sesi perbualan setelah melihat Encik Rizwan selesai menghirup kopi panas.

"Ok juga.Takde apa2 masalah pun.cuma tu lah..Masalah serangga pemusnah tu memang sukar nak selesaikan.dah guna pelbagai cara  pun.tak mati2 juga.tak tahulah nak buat macam mana lagi".Beritahu Encik Rizwan.

"Teruk ke bang?".Sampuk Puan Laila pula.Raut wajah risau menghiasi muka wanita tersebut.

"Tak lah teruk sangat.Benda tu kalau nak selesaikan.Satu je jawapan dia.Kita kena rajin ke kebun.tinjau2 apa yang patut.Lepas tu kena rajin juga sembur dengan racun yang tak membahayakan kesihatan bila di makan".Kata Encik Rizwan cukup untuk menyedapkan perasaan isterinya yang tika itu tengah bercelaru.

Isterinya hanya mengangguk.Nilam mendiamkan diri.

"Tak makan kos yang banyak ke bang?emm abang tahu juga kan ekonomi kita sekarang ne macam mana.tak boleh nak selalu keluarkan belanja tuk kebun tu".Celah Puan Laila.Kepalanya tepat melihat ke arah suaminya yang berkumis nipis.

"Emm makan tu makan lah juga.emm cuma..kita kena lah pandai2 nak kawal.Abang tahu tu Yang..Tu yang abang risaukan juga".

Nilam hanya tunduk menikus.Sebagai anak nombor dua selepas abangnya iaitu Redza.Dia turut merasa seperti terpikul dengan tanggungjawab yang terbeban di bahunya untuk keluarga.

"Emm.."Puan Laila hanya mengumam.

Suasana ruang tamu itu sunyi seketika...

"Ehhh.bang..sebelum tu.tadi saya ada dengar cerita dari jiran sebelah tu.Kata Cik Tipah,ada penduduk kampung baru yang menetap kat bekas rumah pemilik dusun berseblahan dengan dusun Pak Tempeh tu.Betul ke?".Tanya Puan Laila meminta kepastian.

Cerita itu memang dia dengar tadi sewaktu menjemur kain.Mak Limah yang beritahunya.Tak pasal2 mereka duk bergosip tadi.

"Tak silap abang.Memang ada penduduk baru yang menetap kat kampung kita ne.Abang pun ada juga dengar khbar tu.Tak tahu lah betul ke tidak"Jawab Encik Rizwan.

Puan Laila hanya diam mengganguk..Tangannya mencapai bakul berisi kain dan alatan jahit.

Sehelai seluar yang koyak di bahagian tengah itu dipandang seketika.kemudian dia tergelak kecil.Encik Rizwan hanya diam melihat telatah isterinya.Manakala Nilam telah berlalu pergi ke bilik.

Sedikit sebanyak perbualan mama dan abahnya itu terlintas di kotak fikirannya.

Daun pintu di tutup perlahan kemudian dia melabuhkan punggung di atas katil.

"Penduduk baru ...".seru bibirnya.Dahinya berlapis seperti cuba untuk mengingati sesuatu.Badannya telah di rebahkan ke atas tilam keras itu.

"Siapa pula penduduk baru kat kampung ne.Tak pernah pula aku nengok.Tapi....".serta merta bayangan zarul terlintas di otak lugunya

"Hah ! Aku dah tahu.Pakcik yang aku langgar tempoh hari tu kut orang baru kat kampung ne.Adoi asal aku lambat sangat tangkap eh.ish ish ish".gelaknya perlahan dengan kepala tergeleng-geleng.Dahinya ditepuk menggunakan telapak tangan.

"Hemmm.Abah cakap dia tinggal kat bekas rumah pemilik dusun di tengah kampung.Nanti aku nak pergi melawat lah".Katanya sendiri.Bibirnya menguntum senyuman.

Tidak sabar untuk menemui penduduk baru yang dirempuh tempoh hari.Hatinya agak senang.Tak tahu kenapa.

Yang pasti..dia akan berjumpa dengan pakcik itu semula.Lalu dengan perlahan matanya brubah kuyu sebelum terkatup rapat.Nyenyak melayan perasaan penat dan mengantuk.

Misi Penyamaran Cinta❤Where stories live. Discover now