Menjelang jam5 subuh.Nilam kembali terjaga.Dia merasa nafasnya tertahan dek terhempap dengan sesuatu.Sertas merta peluh mula mengalir di dahinya.
"Ya allah.aku dah takde ke kat dunia ne?kenapa aku rasa susah sangat nak bernafas.Ya allah..Tak sempat aku nak minta ampun dekat ibu bapa dan suami aku.Mati lah aku dalam khilaf ".carut Nilam sendiri.Tak menyedar langsung.
Tiba2...
'Kejap...suami aku ??'..kata hati Nilam.Tangannya cuba menyentuh sesuatu dihadapannya.Tangannya menolak kuat objek tersebut.
Serta merta dia bangun dari perbaringan.Fuhh.baru lah lega sikit.Namun matanya yang sepet terbeliak besar apabila melihat seseorang yang tengah nyenyak tidur tanpa baju sedang berbaring di sebelahnya.
"What ?!! ".jerit hati Nilam di dalam hati.Dia cuba mengingati kejadian semalam.Mukanya tiba2 membahang..Baru dia teringat yang dia demam lepas tu minta tolong Zarul pelukkan untuk kurangkan sejuk semalam.Mereka berpeluk sehingga....
Bertambah merah mukanya..
"Aduh...macam mana aku boleh lupa yang aku dah kahwin.Aish...pasal semalam pun.Alahai..bengong lah kau ne Nil".kutuknya dekat diri sendiri. Kepala diketuk2 menggunakan telunjuk.
Tiba2 badan Zarul bergerak2.Nilam turun dari katil.
"Huaargh...Hemm.dah subuh ke.Asal tak kejutkan aku?".soal Zarul mamai sejurus sahaja bangun dari perbaringannya.
Kelopak mata yang terasa berat digosok2.Berlapis dahinya pagi2 itu bila melihat Nilam yang hanya mendiamkan diri.
'Dah kenapa minah ne.pagi2 lagi dah bisu..'.kutuk Zarul dalam hati.
"Woii.aku tanya kau ne".herdik Zarul.Terkejut kecil Nilam.
"Kut ya pun.Boleh tak kau jangan jerit pagi2 ne.Pekak lah telinga aku nanti !".rengus Nilam tak puas hati.
Lelaki itu hanya mencebik kecil.Dia bangun dari perbaringan.Mencapai tuala mandi untuk ke membersihkan diri.Subuh tak lama.Jadi dia kena cepat.
Namun belum sempat dia hendak keluar.Tiba2 tercetus idea nakal di kepala hotaknya.Dia kembali berpaling melihat ke arah Nilam yang sibuk melipat selimut tidur dengan senyuman.
"Best betul kau tidur semalam erk.Siap minta peluk kat aku lagi".sindir Zarul.Siap dengan pakej kening terjongket lagi.Nilam menjegil biji mata.Bibirnya diketap.
'Cilaka betul punya laki.'.Kutuk Nilam di dalam hati .Geram pula dia.
Zarul yang masih beriak gatal dijeling sekilas.
"Sukahati aku lah.Bukannya orang lain pun.Bini kau juga kan".lawan Nilam.Dia turut mencapai tuala mandinya.Rambut disanggul tinggi.
Zarul tersentak mendengar jawapan gadis itu hanya mencebik perlahan.
"Ke tepi lah.Aku nak lalu".arah Nilam.Tubuh lelaki itu ditolak kasar.Sikit lagi Zarul hilang keseimbangannya.
Mulutnya terlopong luas.
Lawan tauke nampak.Ish ni tak boleh jadi ne.Dia mengikuti langkah gadis itu.Tangan Nilam ditarik dari belakang.
Tubuh gadis itu terdorong ke belakang sebelum mendarat didada bidang suaminya.
"Weh...lepaslah.aku nak mandi ne.Ish..jembalang mana lah yang rasuk kau pagi2 ne.Nak mengacau orang aje".kutuk Nilam.
"Jembalang2 aku pun.Suami kau juga kan.".
Erk...ayat tu macam...
Nilam memandang ke arah Zarul.Berlawan mata kejap.Uhuk !
"Kau nak apa ne ! Aku nak cepat lah.subuh dah nak habis.Lepaskan tangan aku boleh tak !".maki Nilam lagi.
Mereka memang berdebat dalam gelap dapur itu.Tapi dengan suara yang perlahan.Yelah takut kawan2 suaminya terjaga pula.
"Ouh.kau nak mandi sangat ehh.Boleh boleh.jom kita mandi sesama ".terlopong Nilam mendengar ayat yang akhir sekali itu.
Belum sempat dia nak menjawab.Zarul terlebih dahulu menarik tangannya memaksa gadis itu mengikut langkahnya ke dalam bilik air.
"Wehh.gila ke ! Lepaslah".dia cuba sedaya upaya menolak tangan Zarul.
"Nope ! Hari ne kau kena teman aku mandi.Lagipun apa yang kau nak takutkan sangat.Aku ne suami kau yang sah okey.So jangan nak gedik termalu2 macam pocong.Just stop and follow me.Kau tak nak jadi isteri derhaka kan. ?".soal Zarul.
Nilam menahan panas di hati..Lagi lagi nak guna kuasa veto dia tu .Benci !
"Apa yang kau menungkan lagi tu ? Jom ".akhirnya dengan lafaz bismillah Nilam mengikut suaminya ke dalam bilik air.
Mandi sama2 ! buat pertama kalinya dalam kamus hidup gadis itu selama dia hidup 19 tahun ini.
Matanya dipejam kuat saat langsir kanvas bilik itu ditarik oleh Zarul.
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
"Salam lah tangan suami kau ne.Tak nak restu ke ?".ejek Zarul.Muncung isterinya dipandang sebelum di tertawa kecil.
"Apesal panjang sangat muncung kau tu ? Dah boleh sangkut tudung saji dah macam tu".usik Zarul lagi.
Apalagi.makan bertambah panjang lah mulut ikannya.Dengan hati bengang disambut juga tangan suaminya sebelum dia membuka telekung solat tadi.
Zarul melihat Nilam semula.Ini mesti tak lain tak bukan.Mesti pasal bilik air tadi.Mengingatkan itu segera dia tertawa besar.
Nilam memandangnya tak puas hati.
"Tak puas lagi ke nak gelakkan aku ?! ".kata Nilam dalam marahnya.Zarul mengetap bibir.Takut terluncur keluar sisa tawanya.
Namun semakin dia tahan.Semakin nafsu ketawanya hendak keluar.Tanpa kata.Tawa besarnya terhambur juga dari mulut.
"Hahaha u now what ? Kejadian tadi tu lah benda yang paling lucu selama aku hidup ne.hee".sengih Zarul.
Nilam mendengus tak puas hati.Kurang asam betul punya lipas.Dia dah lah geli dengan benda alah tu.Boleh pula dia ngintai waktu Nilam tengah mandi.
Tak cukup dengan itu.Siap meleret naik ke betis lagi.Siapa tak takut ?! Geli kut !! Nilam yang perasan haiwan itu merayap dikakinya segera menjerit meminta tolong.Dia dah tak peduli kain basahannya yang terlondeh sampai ke lantai bilik air.
Sampaikan mata suaminya terjojol keluar.Yelah..bila dah jatuh macam tu.Faham2 ajelah apa yang ada kat dalam tu.
Gelagatnya tadi pun mengundang tarian poco poco atau dangdut di dalam bilik air.Terjongket sana.Terjongket sini.Ingat syok lah macam tu ? Sebelum dia terjatuh sebab terpijak sabun buku jenama Lux .
Zarul ?? Bukannya tahu menolong.Tahunya nak memekik aja macam langsuir.Dia dah lah malu.
"Benda lucu lah sangat.Aku debik juga kau kat sini karang ".ugut Nilam.
"Dah lah.Layan kau lama macam ne.Hilang kewarasan otak aku.Baik aku pergi buat air.Lagi best !".kata Nilam.Dia mengangkat punggung dari katil lalu berlalu ke dapur.
Zarul menghantar langkah isterinya itu dengan gelak ketawa.
"Hahaha Nil Nil..Darah panas betullah kau ne".ucapnya sendiri.Bila teringat pasal isterinya tadi.Bibir merahnya kembali mengukir senyuman gatal.
'Rezeki aku pagi2 ne'.bisik hati Zarul sebelum dia turut mengorak langkah keluar dari bilik.Ingat melihat sarapan apa yang disediakan oleh isterinya.
Sorry part ne pendek sangat😢.sis kehabisan idea nak smbung.But dont worry.sis janji akan tmatkan juga story ne k.And for late publish.Im so sorry to.🙀.sis bz dengan exam n asssigment😣
YOU ARE READING
Misi Penyamaran Cinta❤
RandomKontroversi yang melanda Syarikat milik keluarga Tan Sri Emran telah menyebabkan jutawan tersohor itu memberi tanggungjawab kepada anaknya bagi menyelesaikan masalah tersebut. "Ayah nak kamu ubah penampilan kamu dari hujung rambut hinggalah ke huju...