Part 20💕

53 1 0
                                    

"Yang ne???nak?".sehelai tuala berwarna ungu ditujukan ke Nilam.Nilam mengerut dahinya.

"Takkan semua barang kat kedai ne dia nak borong pula".kata Nilam di dalam hatinya.Zarul menjongket kening.

Zeeta dan Damia sibuk melihat barang2 lain yang sederet dengan tempat letak tuala mandi di kedai itu.

"Nak ke tak?".soal Zarul semula.Nilam mengangguk.

"Ishh susah betullah kau ne.Aku tanya soalan senang macam tu pun.Susah betul mulut kau tu nak jawab.Kenapa...banyak sangat ke emas kat dalam mulut kau tu".bebel Zarul.2 helai tuala berwarna ungu bercorak bunga putih diambil kemudian diletakkan dia atas kaunter bayaran.

Dekat 3 jam mereka kat pekan.Nilam cuma tahu menganguk dan mengangguk.Sedangkan dia??penat lelah untuk sediakan keperluan gadis itu.

'Sesekali cubalah buka sikit mulut tu.Sekurang2nya bagi idea pasal barang yang dibeli.Ne tak.Aku juga yang kena pilih.Dah macam aku pula yang perempuan'.bebelnya lagi.

Nilam mengaru pipinya yang tidak gatal.Kawan2 suaminya itu hanya tergelak kecil.Zulfan dan Khairil sibuk ke kedai telefon.Nak beli handphone katanya.

Bukannya dia malas nak buka mulut.tapi dia malu...yelah ne pertama kali dalam hidupnya manusia lain belikan dia barang2 selain mama dan abahnya.Suami pula tu..Mana tak malunya..

Teringat dia insiden di kedai 'barangan wanita' tadi..Mukanya merah bukan kepalang apabila suaminya dengan selamba aja memilih pakaian dalam untuknya.Siap diaju2 ke tubuhnya lagi.

Haishh...takkan takda perasaan malu nya kot.Kalau lelaki lain dah lama angkat kaki bila isteri suruh beli atau pilih barang2 sebegitu untuk mereka..Tapi lelaki dihadapannya itu??

Malu tu tiada.Menjengkelkan aja yang ada..

Zarul hanya melihat sekilas wajah isteri mudanya itu dari samping.Dia tahu apa yang gadis itu fikirkan.Dari reaksi dan gaya dia aja Zarul dah tahu...

Dia mengeluh perlahan..

Bukannya dia tak malu.Tapi bila terkenang janjinya dengan abah gadis itu.Serta merta dia tersedar bahawa dia ada tanggungjawab yang besar yang perlu dia pikul sekarang ne..

Bukannya jaga anak kucing.Anak harimau atau anak gajah.Tapi dia kena jaga anak orang !.yang sememangnya telah sah menjadi isterinya kini..

Malu yang besar dicampak jauh dari landas hatinya.Sekarang ini dia cuba untuk menyelami isi dihati isterinya itu dengan cuba memberi yang terbaik sekadar yang dia termampu kepada gadis itu.

Kriukk..krookk krook..Muka Nilam kembali memerah..bunyi itu mengundang pandangan Zarul dan cashier wanita yang sibuk memasukkan barang yang telah berbayar ke plastik cap 7eleven.

Ya allah..time ne pula lah dia buat hal ! Haih lah perut.Jangan nak malukan aku boleh tak.Kata Nilam di dalam hati.Bibirnya digigit perlahan.

"Terima kasih".ujar Zarul setelah barang berpindah tangan..wanita itu tersenyum manis.

Bertentang mata dengan lelaki hensem.kena control ayu ye dok !.Kena2 lagi lelaki tadi adalah lelaki yang terhensem dan terkacak yang pernah dia nampak sepanjang berada di bumi Malaysia.

Tapi perasaannya tu cuma seketika apabila matanya sempat merenung wajah gadis yang berada disamping lelaki itu.

Tunang dia kot.Fikir wanita itu.cincin dijari manis gadis itu dilihat.Konfem tunang atau bini dia.kata gadis itu lagi.

Cantik.Pujinya lagi.Senyuman dihulurkan ke arah Nilam.Nilam membalasnya ikhlas.

"Dah jom..Zeet.Damia..Kitorang pergi makan jap.Korang nak join tak?".ujar Zarul.Zeeta dan Damia mengeleng sambil tersenyum.

Misi Penyamaran Cinta❤Where stories live. Discover now