"Assalamualaikumm.Assalamualaikum.Ada orang tak".Ucap Nilam di muka pintu lama itu.Tangannya perlahan mengetuk pintu itu.
Sesekali matanya meliar melihat ke arah tingkap yang terbuka sedikit.Mana lah tahu kalau2 ada kelibat manusia yang ada di rumah itu yang dia nampak.
Tapi hampa..tiada langsung manusia.
"Asaalamualaikum.."Serunya lagi.Terkadang tangannya memegang kejap bekas makanan yang diperbuat daripada besi itu.
Buah tangan untuk orang baru..
"Assalamualaikumm.Ada orang tak".laungnya agak kuat.Mungkin orang rumah ne keluar kut.fikirnya.
Kemudian dia duduk di tangga rumah itu.Cuba untuk menunggu kira2 3 4 minit.
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
"Siapa pula lah membagi salam pagi2 ne.Orang tidur pun tak senang langsung !".Selar Zarul.Dia dah lah penat semalaman menguruskan projek di kampung itu.Fail dan kertas kerja dah terabur sana sini.
Mulut nya menguap besar.Tak senonoh betul !
Pintu bilik di buka perlahan.kemudian dengan berhati-hati dia mengatur langkh ke arah tingkap rumah yang bersebelahan dengan pintu rumah itu.
Cuba untuk melihat gerangan orang yang memberi salam tadi.
Matanya yang kuyu bertukar jadi besar membulat.
"Gadis itu !".Soalnya sendiri.Bibirnya digigit perlahan.
"Apa dia nak awal pagi datang kat sini.Aduh mampus aku".matanya masih setia menancap ke arah gadis yang berbaju tshirt lengan panjang berwarna biru berjalur putih berkerudung hitam itu.
Zulfan dan lain2 yang mendengari pintu rumah mereka diketuk diselangi dengan ucapan salam itu pun memunculkan diri di sebalik bilik.
"Siapa tu?".soal Zulfan agak kuat.Zarul berdiri menekup mulut lelaki itu.Dah lah mulut basi baru bangun tidur.Adoii apa boleh buat.
Dahi dan mata zulfan memberi isyarat.
"Diamlah.kang budak tu sedar pula".warn Zarul.
Zeeta dan Damia hanya berpandangan satu sama lain.
"Budak mana pula ne Rul".Tanya Damia.
"Budak kat situ tu".tunjuk Zarul ke arah pintu rumah.
Serentak dengan itu,kedua kepala wanita muda segera berpaling melihat ke arah pintu tersebut.
"Mana??Budak ne main2 ke apa.ke masih mamai lagi.pagi2 dah cakap pasal budak.".Rungut Zeeta.Damia pula hanya melihat sipi2.
Kairil tergeleng-geleng mendengar rungutan dari mulut gadis itu.
"Dasar mulut murai".protesnya dalan hati.Nak kata depan2x.Habis mulutnya kena ganyang nanti oleh gadis itu.
Zulfan hanya melihat reaksi sahabat-sahabatnya.Mata nya dijulingkan ke atas.Zarul pula mengigit bibir.Otaknya masih berfikir.
"Heiii dahlah korang ne.Kalau nak tunggu sampai budak tu balik.Basah ketiak aku sampai bbulu pun takkan balik2 juga.Dah alang2 tu.bukak aje ar pintu.Apa susahnya.Tu .kat dalam tu ada jaket lusuh.Aku tak tahu sape punya ntah aku jumpa kat almari kayu kelmarin.Kau cekau ajelah.Jambang dan misai kau ada bergantung kat bilik.kau pergi siap sekarang.jumpa budak tu.tanya apa yang dia nak pepagi ne."bebel Zulfan panjang.
Serabut betul dia lihat kawan2nya yang entah apa2 dalam kotak fikiran diorang.Dia pula yang sakit hati.Khairil dan lain hanya mengganguk sambil memandang Zarul.
YOU ARE READING
Misi Penyamaran Cinta❤
DiversosKontroversi yang melanda Syarikat milik keluarga Tan Sri Emran telah menyebabkan jutawan tersohor itu memberi tanggungjawab kepada anaknya bagi menyelesaikan masalah tersebut. "Ayah nak kamu ubah penampilan kamu dari hujung rambut hinggalah ke huju...